Dikhuatiri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 11 Feb 2023 07:05:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dikhuatiri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki warga Filipina dikhuatiri lemas terjun ke laut, lari dari pihak polis https://sabahmedia.com/2023/02/11/lelaki-warga-filipina-dikhuatiri-lemas-terjun-ke-laut-lari-dari-pihak-polis/ https://sabahmedia.com/2023/02/11/lelaki-warga-filipina-dikhuatiri-lemas-terjun-ke-laut-lari-dari-pihak-polis/#respond Sat, 11 Feb 2023 07:05:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29402
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Filipina dikhuatiri lemas selepas terjun ke laut kerana ingin melarikan dari pihak polis dalam satu kejadian di Kampung Pukat Pasir Putih, Sandakan pada Jumaat.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.57 pagi tadi mengenai kejadian berkenaan.

“Menurut maklumat dari pihak polis mangsa telah terjun ke laut pada Jumaat (10 Feb) untuk melarikan diri dari pihak Polis.

“Pada mulanya operasi pencarian telah dijalankan oleh pihak Maritim lebih kurang sejam tetapi mangsa belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seterusnya, misi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan Bomba pada hari ini (11 Feb) dengan melakukan kaedah ‘Surface Rescue’ manakala anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bersiap sedia untuk melakukan selaman.

“Mangsa yang hanya dikenali sebagai Man berusia 18 tahun itu sehingga kini belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/11/lelaki-warga-filipina-dikhuatiri-lemas-terjun-ke-laut-lari-dari-pihak-polis/feed/ 0 29402
Remaja dikhuatiri lemas semasa aktiviti mandi-manda https://sabahmedia.com/2022/12/17/remaja-dikhuatiri-lemas-semasa-aktiviti-mandi-manda/ https://sabahmedia.com/2022/12/17/remaja-dikhuatiri-lemas-semasa-aktiviti-mandi-manda/#respond Sat, 17 Dec 2022 14:07:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26473
Read Time:52 Second

KUALA PENYU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas semasa melakukan aktiviti riadah, mandi-manda di pesisir pantai Kg. Tempurung dekat sini petang tadi.(17 Dis)

Menurut Pusat Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu, Bilik Kawalan BBP Kuala Penyu menerima laporan terdapat mangsa dikhuatiri lemas di pesisir pantai Kg. Tempurung Kuala Penyu.

“Menurut maklumat dari pemanggil terdapat tiga orang mangsa lelaki melakukan aktiviti riadah, mandi-manda di pesisir Pantai. Dua orang mangsa ditemui dalam keadaan selamat manakala seorang mangsa telah hilang dan belum dijumpai.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan dengan kaedah Surface Water Rescue pada jam 5.54 petang menggunakan satu buah Bot Penyelamat dengan radius pencarian 2 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya kenyataan hari ini.

Dua mangsa yang selamat dikenali sebagai Mohamad Hafizat,15, dan Mohamad Hafizan, 17, manakala seorang mangsa yang masih hilang Iqwan Haikal,17.

Bagaimanapun, mangsa belum dijumpai, operasi SAR ditangguhkan pada jam 7.07 malam dan akan disambung semula pada esok hari 18 Disember 2022. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/17/remaja-dikhuatiri-lemas-semasa-aktiviti-mandi-manda/feed/ 0 26473
Seorang Lelaki Dikhuatiri Jatuh Laut SemasaMemancing https://sabahmedia.com/2022/02/09/seorang-lelaki-dikhuatiri-jatuh-laut-semasamemancing/ https://sabahmedia.com/2022/02/09/seorang-lelaki-dikhuatiri-jatuh-laut-semasamemancing/#respond Wed, 09 Feb 2022 03:37:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12027
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan operasi CARILAMAT bagi mengesan seorang lelaki yang hilang semasa memancing di kawasan perairan Pulau Tiga dan Pulau Mengalum.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah dalam kenyataannya hari ini berkata, isteri mangsa telah membuat laporan kepada Maritim Malaysia setelah gagal menghubungi suaminya sejak 7 Februari.

“Mangsa, Lauren Alipiin, 33, warga Filipina dilaporkan telah keluar ke laut menggunakan bot pam berwarna kuning hijau dengan nombor pendaftaran JN9099/2/R.

“Berikutan itu, Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia telah mengatur gerak satu aset masing-masing ke lokasi bagi melaksanakan pencarian awal. Pasukan CARILAMAT telah menemui satu tong ikan terapung di posisi lebih kurang 12 batu nautika utara Pulau Tiga dan disahkan milik mangsa oleh isteri beliau,” katanya.

Operasi CARILAMAT mangsa diteruskan lagi pada pagi ini.

Maritim Malaysia menyeru kepada orang awam yang mempunyai petunjuk berkaitan kes untuk disalurkan terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 088-387774.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/09/seorang-lelaki-dikhuatiri-jatuh-laut-semasamemancing/feed/ 0 12027
Seorang Lelaki Dikhuatiri Lemas Semasa Memukat https://sabahmedia.com/2022/01/03/seorang-lelaki-dikhuatiri-lemas-semasa-memukat/ https://sabahmedia.com/2022/01/03/seorang-lelaki-dikhuatiri-lemas-semasa-memukat/#respond Mon, 03 Jan 2022 08:28:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10656
Read Time:35 Second

KUALA PENYU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menjalankan aktiviti memukat dalam satu kejadian di Kg Lambidan dekat sini pada Isnin.

Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I ) Misran Bisara berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.59 pagi ( 3 Jan 2022) mengenai insiden itu dan pasukannya dikerah ke lokasi kejadian kira-kira 38 kilometer dari Balai Bomba Kuala Penyu.

“Maklumat yang diterima dalam kejadian awal pagi tadi, mangsa berusia 39 tahun dikenali sebagai Sharizan Sani dikhuatiri lemas semasa menjalankan aktiviti memukat di Kg Lambidan.

“Sehingga kini mangsa belum ditemui, operasi mencari dan menyelamat dari pelbagai agensi selain pihak Bomba sedang giat dijalankan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/03/seorang-lelaki-dikhuatiri-lemas-semasa-memukat/feed/ 0 10656
Dua Mangsa Hanyut Dikhuatiri Lemas Dalam Kejadian Bot Karam Di Sungai Padas https://sabahmedia.com/2021/09/22/dua-mangsa-hanyut-dikhuatiri-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-sungai-padas/ https://sabahmedia.com/2021/09/22/dua-mangsa-hanyut-dikhuatiri-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-sungai-padas/#respond Wed, 22 Sep 2021 11:59:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6739
Read Time:1 Minute, 3 Second

TENOM: Dua mangsa termasuk kanak-kanak berumur 10 tahun hanyut dibawa arus deras dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di sungai Padas, Kg Kalandos Pangi dekat sini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) PgKB I Misran Bisara dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian bot karam di sungai Padas, Kg Kalandos Pangi pada jam 4.13 petang tadi.

Sepasukan anggota Bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan menggunakan perkhidmatan keretapi yang memakan masa hampir sejam untuk tiba ke lokasi tersebut.

“Maklumat awal diterima dari pengadu/pemanggil, terdapat empat orang mangsa yang baru selesai daripada membeli barangan keperluan di Pekan Tenom menggunakan bot telah karam semasa menyeberangi sungai Padas untuk balik ke rumah. Semasa kejadian, bot yang menghampiri tebing sungai tiba-tiba terbalik kerana arus sungai yang deras.

“Dua mangsa iaitu seorang warga emas lelaki dan seorang wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri, manakala dua mangsa lagi seorang lelaki dewasa lingkungan 50 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 10 tahun telah dibawa arus deras,” katanya.

Walau bagaimanapun dua mangsa yang hanyut masih belum ditemui.

“Pihak Bomba masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian,” tambah Misran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/22/dua-mangsa-hanyut-dikhuatiri-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-sungai-padas/feed/ 0 6739