Dilanjutkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 21 Jun 2023 05:20:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dilanjutkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM 2023 untuk calon persendirian dilanjutkan https://sabahmedia.com/2023/06/21/tarikh-pendaftaran-peperiksaan-spm-2023-untuk-calon-persendirian-dilanjutkan/ https://sabahmedia.com/2023/06/21/tarikh-pendaftaran-peperiksaan-spm-2023-untuk-calon-persendirian-dilanjutkan/#respond Wed, 21 Jun 2023 05:16:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36777
Read Time:1 Minute, 12 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 bagi calon persendirian dilanjutkan hingga pukul 6 petang 30 Jun ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara ini bagi memberi peluang kedua kepada hampir 30,000 calon SPM Tahun 2022 yang tidak dapat hadir untuk menduduki peperiksaan itu.

“Pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan http://sppat.moe.gov.my. .Calon perlu mematuhi syarat-syarat pendaftaran yang ditetapkan serta perlu membuat bayaran asas dan bayaran mata pelajaran yang hendak didaftarkan,” menurut kenyataan itu.

Permohonan pendaftaran peperiksaan bagi calon lepasan SPM Tahun 2022 adalah dikecualikan daripada fi bayaran lewat daftar manakala pendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian selain calon lepasan SPM Tahun 2022 masih tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran sedia ada.

Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian boleh diperoleh daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my.

Sebelum ini, pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian telah tamat pada 16 Jun lepas seperti yang dinyatakan dalam surat makluman Pelanjutan Tarikh Pendaftaran Peperiksaan Awam Tahun 2023: SPM, Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bertarikh 2 Jun.

“KPM sentiasa prihatin dengan masa depan anak-anak bakal peneraju negara dan berharap agar calon-calon lepasan peperiksaan SPM Tahun 2022 menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk menduduki dan memperbaiki keputusan peperiksaan SPM masing-masing,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/21/tarikh-pendaftaran-peperiksaan-spm-2023-untuk-calon-persendirian-dilanjutkan/feed/ 0 36777
Pengusaha Pelancongan Desa Mahu Sabah New Deal Dilanjutkan https://sabahmedia.com/2021/11/27/pengusaha-pelancongan-desa-mahu-sabah-new-deal-dilanjutkan/ https://sabahmedia.com/2021/11/27/pengusaha-pelancongan-desa-mahu-sabah-new-deal-dilanjutkan/#respond Sat, 27 Nov 2021 05:40:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8966
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Pemain pelancongan luar bandar mahu peruntukan khas Sabah New Deal (SND) bagi sektor pelancongan dilanjutkan tahun depan kerana masih ramai yang memerlukan sokongan kewangan untuk membantu menaiktarafkan kemudahan mereka.

Mereka menyatakan harapan itu kepada Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, ketika lawatan beliau ke daerah Kota Marudu dan Pitas untuk meninjau status penambahbaikan fasiliti di bawah SND.

Joniston, yang juga pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata bantuan kewangan khas itu telah memberi manfaat kepada kira-kira 500 pengusaha pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Beliau yakin Kerajaan Negeri akan terus memberi penekanan kepada pelancongan, terutamanya sektor pelancongan luar bandar, dalam pembentangan bajet negeri 2022 akan datang.

“Saya harap apabila Ketua Menteri membentangkan bajet negeri pada 3 Disember ini, akan ada peruntukan seumpama ini dan jumlah ditambah lagi.

“Masih terdapat ramai pengusaha yang memerlukan bantuan kewangan untuk membina kemudahan asas dan bagi pihak pengusaha pelancongan luar bandar, kita berharap Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan akan memberikan peruntukan lebih besar dari RM10 juta,” katanya.

Sejak pandemik Covid-19 melanda, ramai pengusaha pelancongan desa kehilangan sumber pendapatan mereka untuk mengekalkan kemudahan yang sedia ada di kawasan pelancongan masing-masing.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM10 juta di bawah Sabah New Deal untuk membantu pemain pelancongan yang terjejas, dengan setiap penerima diberi RM20,000.

Pengagihan geran itu diselaraskan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

Walaupun ramai yang telah mendapat manfaat daripada geran khas itu, ia masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan yang digunakan untuk kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan kemudahan asas.

Antara lokasi yang dilawati oleh Joniston ialah Marudu Bay Homestay, Pusat Pelancongan D’Lutong Ria Pantai Ria, Sarangheayo-Sarayo Camping Ground, dan Walai Ondoton Pitas Homestay.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/27/pengusaha-pelancongan-desa-mahu-sabah-new-deal-dilanjutkan/feed/ 0 8966