Dilantik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 02 Jan 2024 03:50:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dilantik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dr Sabin Samitah dilantik Datuk Bandar Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2024/01/02/dr-sabin-samitah-dilantik-datuk-bandar-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2024/01/02/dr-sabin-samitah-dilantik-datuk-bandar-kota-kinabalu/#respond Tue, 02 Jan 2024 03:43:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47385
Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan surat pelantikan kepada Dato’ Sri Dr Sabin Samitah sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu yang baharu hari ini.

Dato’ Sri Dr Sabin Samitah

Berasal dari Ranau, Dr Sabin, 63, menggantikan Datuk Noorliza Awang Alip sebagai Datuk Bandar ke-7 sejak Kota Kinabalu dinaiktaraf menjadi bandaraya 23 tahun lalu.

Jawatan terakhir Dr Sabin adalah sebagai Ketua Pengarah, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) di Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum itu beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Hadir pada majlis ringkas tersebut ialah Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/02/dr-sabin-samitah-dilantik-datuk-bandar-kota-kinabalu/feed/ 0 47385
KTC dilantik sebagai pengedar Hotlink Maxis di Sabah dan Labuan https://sabahmedia.com/2023/10/24/ktc-dilantik-sebagai-pengedar-hotlink-maxis-di-sabah-dan-labuan/ https://sabahmedia.com/2023/10/24/ktc-dilantik-sebagai-pengedar-hotlink-maxis-di-sabah-dan-labuan/#respond Tue, 24 Oct 2023 04:36:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44099
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) telah dilantik sebagai pengedar Hotlink Maxis di Sabah dan Labuan.

Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam merasmikan pelancaran Pengedar KTC dan Hotlink Prabayar Eksklusif untuk Sabah dalam satu majlis yang diadakan di pejabat KTC di Kolombong di sini pada Selasa.

Turut hadir Pengarah Urusan KTC Datuk  Lau  Kok Sing, anak beliau Datuk Dexter Lau merupakan Pengarah Eksekutif KTC, dan Patrick Er, Ketua Pegawai Jualan dan Perkhidmatan, Maxis Berhad.

Mengucapkan tahniah kepada KTC dan Hotlink Maxis atas perkongsian itu, Dr. Joachim amat yakin ia akan menjadikan tawaran Hotlink lebih mudah tersedia kepada pelanggan, menyediakan orang ramai dengan akses dan capaian yang lebih luas di seluruh Sabah dan Labuan.

Menurutnya, kerajaan mengalu-alukan dan berharap lebih ramai dapat berhubung melalui perkongsian ini.

“Saya difahamkan bahawa pelantikan KTC adalah selaras dengan rancangan Maxis untuk mengejar bidang peluang baharu merentasi saluran pasaran massa dan berkembang ke saluran baharu di rantau ini. Di bawah perjanjian pengedaran KTC, syarikat itu ditugaskan untuk memastikan ketersediaan pek SIM Hotlink dan produk ada di sini.

“Kita semua tahu bahawa KTC ialah sebuah syarikat tersenarai Papan Utama dengan rekod prestasi yang kukuh bagi kedua-dua keputusan kewangan dan prestasi perniagaan dan merupakan salah satu penyumbang paling ketara Sabah melalui inisiatif CSR mereka. KTC ialah pengedar barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) yang ditubuhkan untuk pelbagai jenama terkemuka Malaysia dan antarabangsa di rantau ini,” katanya.

Sebagai pengedar Hotlink baharu Maxis di Sabah dan Labuan, pengedar KTC meluaskan kehadiran Maxis di Sabah dan Labuan, menyediakan akses dan capaian yang lebih luas kepada pelanggan baharu.

Sempena pelantikan, Hotlink Prepaid Exclusive for Sabah turut memperkenalkan menawarkan pas internet 4G/5G tanpa had yang berpatutan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/24/ktc-dilantik-sebagai-pengedar-hotlink-maxis-di-sabah-dan-labuan/feed/ 0 44099