Dilantik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 05 Sep 2023 06:16:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dilantik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Yee Tsai Yiew dilantik sebagai Pegawai Khas kepada KM https://sabahmedia.com/2023/09/05/yee-tsai-yiew-dilantik-sebagai-pegawai-khas-kepada-km/ https://sabahmedia.com/2023/09/05/yee-tsai-yiew-dilantik-sebagai-pegawai-khas-kepada-km/#respond Tue, 05 Sep 2023 05:23:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41296
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) N.20 Api-Api Yee Tsai Yiew dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Yee yang merupakan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk kawasan Parlimen Kota Kinabalu pada Pilihan Raya Umum yang lalu, menzahirkan rasa terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Ketua Menteri kepadanya untuk memegang jawatan tersebut.

Yee berkata pelantikan itu adalah bukti Ketua Menteri mengutamakan kepentingan memperkasakan belia, khususnya wanita muda, dalam perkhidmatan sosial.

“Saya akan melakukan yang terbaik dalam tugas saya sekaligus menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran Sabah,” katanya.

Yee berharap pelantikannya akan menggalakkan lebih ramai penyertaan wanita dalam tadbir urus sosial dan politik, serta membawa perspektif dan pendekatan baharu.

Dalam perkembangan lain, Yee akan berlepas ke Beijing, China pada 7 sehingga 27 September untuk menghadiri Seminar Pembangunan Keupayaan untuk Pegawai Wanita dalam Pengurusan Sosial dari Negara- Negara Membangun, sebagai wakil Kerajaan Negeri.

Seminar yang dianjurkan oleh Universiti Wanita China itu akan menawarkan pengalaman dan pandangan berharga mengenai penglibatan wanita dalam pembangunan ekonomi dan sosial dari negara- negara membangun.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/05/yee-tsai-yiew-dilantik-sebagai-pegawai-khas-kepada-km/feed/ 0 41296
472 Ahli Majlis dilantik terajui 25 PBT di Sabah https://sabahmedia.com/2023/06/22/472-ahli-majlis-dilantik-terajui-25-pbt-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/06/22/472-ahli-majlis-dilantik-terajui-25-pbt-di-sabah/#respond Thu, 22 Jun 2023 09:19:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36886
Read Time:2 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Seramai 472 Ahli Majlis telah dilantik untuk menerajui 25 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah bagi sesi 2023 hingga 2025, di mana lebih separuh daripada mereka merupakan lantikan baharu manakala selebihnya lantikan semula, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berharap pelantikan mereka akan dapat melancarkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan di PBT masing-masing agar lebih cekap, berkualiti dan telus.

Katanya, seorang Ahli Majlis yang dilantik memainkan peranan sebagai penghubung di dalam hubungan di antara Kerajaan dengan rakyat melalui bentuk kerajaan ketiga iaitu Kerajaan Tempatan.

“Mereka mempunyai kedudukan untuk membantu PBT dalam membuat dasar, merancang, mengawasi pelaksanaan program-program yang dilaksanakan serta menyampaikan pandangan dan nasihat dalam beberapa Jawatankuasa di peringkat PBT dan sekali gus menjadi rujukan dan penyebar kepada dasar dan matlamat kerajaan kepada rakyat.

“Namun begitu, Ahli Majlis juga mempunyai had dan bidang kuasanya yang tersendiri di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961. Oleh itu, bertindaklah atas batas dan kapasiti anda semua sebagai seorang Ahli Majlis,” katanya ketika merasmikan penutupan Seminar Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Sabah Lantikan Tahun 2023 Hingga Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Dr. Joachim mengingatkan Ahli Majlis untuk memahami, menghayati dan melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka.

Katanya, antara peranan dan tanggungjawab utama yang perlu dilaksanakan oleh setiap Ahli Majlis di daerah masing-masing adalah tertakluk kepada beberapa perkara iaitu sebagai penyampai dan jurucakap yang mana penglibatan mereka adalah untuk mewakili kepentingan-kepentingan orang ramai dan masyarakat setempat.

Ini sama ada bagi menyampaikan kehendak orang ramai atau mendapat maklumbalas dari orang ramai terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh PBT, jelasnya.

“Selain itu, Ahli Majlis juga membantu dalam membentuk dasar dan hala tuju PBT. Pada kebiasaan dasar yang dibuat oleh PBT mestilah dikaitkan dengan kehendak dan matlamat dasar negara.

“Dasar merangkumi aspek yang luas. Sesuatu dasar yang diperkenalkan perlu mengambil kira pandangan rakyat agar ianya tidak menimbulkan rungutan rakyat di masa akan datang apabila dasar tersebut dilaksanakan. Untuk mencapai tujuan ini, ahli majlis hendaklah mengetahui dasar kerajaan supaya dasar PBT tidak bercanggah dengan dasar kerajaan pusat mahupun negeri, selain memahami keperluan semasa rakyat. Ahli Majlis berperanan untuk memberi kefahaman dan penjelasan berhubung dasar-dasar baharu,” katanya.

Tambahnya, Ahli Majlis juga berperanan dan bertanggungjawab untuk menyemak kemajuan pengurusan pentadbiran PBT agar berjalan mengikut prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh PBT dan Kerajaan demi kelancaran pengurusan pentadbiran PBT, selain membuat, meminda atau membatalkan Undang-undang Kecil tertakluk kepada kelulusan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan agar dapat dijadikan asas dan panduan kepada pihak pengurusan di peringkat PBT untuk bertindak mengikut peraturan atau tatacara yang mempunyai punca kuasa perundangan.

Dr. Joachim berharap segala yang telah di kongsikan oleh para penceramah pada seminar hari ini dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan kepada impak yang positif sekembalinya ke daerah masing-masing.

“Besarlah harapan kami di Kementerian agar semua Ahli Majlis yang telah dilantik dan menyertai dengan jayanya seminar pada hari ini memahami dan menghayati peranan dan tanggungjawab tersebut. Atas keperluan itu, seminar pada hari ini difikirkan perlu dalam usaha untuk memastikan kefahaman terhadap keperluan seorang Ahli Majlis dicapai,” katanya. 

Turut hadir, Pembantu Menteri I dan II Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih san Datuk Mohamad Hamsan Ag Supain; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais; Timbalan Setiausaha Tetap I, Stanley Chong; Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah; Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Pengerusi-pengerusi Majlis Daerah, Pegawai-pegawai Eksekutif PBT serta para penceramah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/22/472-ahli-majlis-dilantik-terajui-25-pbt-di-sabah/feed/ 0 36886
Datuk Abdul Rahman Zakaria dilantik setiausaha agung SAFA https://sabahmedia.com/2023/06/15/datuk-abdul-rahman-zakaria-dilantik-setiausaha-agung-safa/ https://sabahmedia.com/2023/06/15/datuk-abdul-rahman-zakaria-dilantik-setiausaha-agung-safa/#respond Thu, 15 Jun 2023 11:44:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36453
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA), Datuk Abdul Rahman Zakaria dilantik sebagai setiausaha agung badan sukan berkenaan.

Presidennya, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pelantikan berkenaan dipersetujui sebulat suara pada mesyuarat eksekutif yang diadakan pada 9 Jun lalu.

Selain itu katanya, jawatan bendahari agung pula masih kekal disandang oleh Datuk Jasnih Daya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit.

“Bagi jawatan Penolong Setiausaha Agung SAFA, mesyuarat juga sebulat suara bersetuju untuk melantik Shamsuddin Mohd Shah yang sebelum ini Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SAFA.

“Penstrukturan semula jawatankuasa badan sukan ini amat penting bagi memastikan pembangunan dan pengurusan SAFA terus berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Shahelmey berkata, umum mengetahui, SAFA memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan bola sepak di negeri ini.

Katanya, antara fokus utama adalah mengenal pasti pemain berbakat bermula dari peringkat akar umbi.

“Melalui persatuan ini, kita dapat menganjurkan pelbagai program untuk mengilap bakat pemain berpotensi menerusi program latihan bola sepak akar umbi dan kursus kejurulatihan berterusan.

“Begitu juga dengan pembangunan pengadilan yang menjadi antara aspek utama yang ditekankan dalam perkembangan sukan bola sepak di negeri ini,” katanya.

Shahelmey berkata, SAFA juga bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran pembangunan pasukan futsal untuk lelaki dan wanita.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/15/datuk-abdul-rahman-zakaria-dilantik-setiausaha-agung-safa/feed/ 0 36453
Jauteh dilantik pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah https://sabahmedia.com/2023/03/30/jauteh-dilantik-pemangku-pesuruhjaya-polis-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/03/30/jauteh-dilantik-pemangku-pesuruhjaya-polis-sabah/#respond Thu, 30 Mar 2023 06:38:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31776
Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Datuk Jauteh Dikun dilantik sebagai pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah berkuat kuasa hari ini bagi mengambil alih tugas daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah yang akan bersara wajib esok.

Majlis Serah Tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Idris menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah selama setahun enam bulan bermula 2 September 2021 bagi menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

Dalam pada itu, turut berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Sabah antara isteri Idris, Datin Suraya Zainal kepada isteri Jauteh, Datin Norhayatie Farhana Abdullah, sebagai pemangku tugas berkenaan.

Acryl berkata, beliau mewakili Kerajaan Malaysia dan Polis diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Idris yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam pasukan Polis dengan perkhidmatan yang terbaik.

“Diucapkan selamat bersara kepada Datuk Idris,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis berkenaan.

Beliau turut memberitahu bahawa beliau yakin dengan kemampuan Jauteh sebagai pemangku tugas Pesuruhjaya Polis Sabah akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menjaga keselamatan di negeri ini.

“Jauteh, saya percaya pengalaman yang telah beliau perolehi selama ini amat luas dalam pelbagai tugas bidang yang beliau telah lalui saya percaya dan yakin negeri sabah ini berada di tangan yang betul untuk dikendalikan, daripada aspek keselamatan, aspek keharmonian sosial kesejahteraan rakyat Sabah yang penuh dengan cabaran di negeri ini.

“Dan dengan kemampuan yang ada pada beliau, beliau mampu didokong dengan semangat kerja yang mantap daripada seluruh anggota kontinjen polis negeri Sabah.

“Saya percaya tidak lama lagi PDRM Sabah akan mengumumkan pelantikan rasmi jawatan Pesuruhjaya Sabah,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/30/jauteh-dilantik-pemangku-pesuruhjaya-polis-sabah/feed/ 0 31776
George dilantik Ketua Bahagian Karamunting Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2023/03/20/george-dilantik-ketua-bahagian-karamunting-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2023/03/20/george-dilantik-ketua-bahagian-karamunting-gagasan-rakyat/#respond Mon, 20 Mar 2023 08:57:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31156
Read Time:50 Second

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting George Hiew Vun Zin telah dilantik secara rasmi sebagai Ketua Bahagian Karamunting Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) hari ini.

Beliau menerima watikah pelantikan tersebut di ibu pejabat Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu hari ini.

Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Hajiji Noor yang berada di luar negara hari ini telah diwakili oleh Naib President Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah dalam penyerahan watikah pelantikan tersebut.

George berkata, beliau akan terus memperkasakan perkhidmatan untuk rakyat dan membangunkan kemudahan infrastruktur di kawasan Karamunting.

“Gagasan Rakyat adalah sebuah parti tempatan berbilang kaum yang berupaya mempertahankan perjuangan rakyat Sabah. Pendirian politik parti ini adalah untuk melindungi hak-hak rakyat Sabah dan membawa pembangunan yang lebih pesat di dalam Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Gagasan Rakyat Bahagian Karamunting akan mengukuhkan struktur organisasi dan membawa lebih ramai ahli baru dan menambah cawangan bahagian tersebut.

“Kami akan menambah keahlian dari kalangan mereka yang mempunyai matlamat dan pendirian yang sama dengan Gagasan Rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/20/george-dilantik-ketua-bahagian-karamunting-gagasan-rakyat/feed/ 0 31156
Anifah dilantik sebagai Senator https://sabahmedia.com/2023/03/20/anifah-dilantik-sebagai-senator/ https://sabahmedia.com/2023/03/20/anifah-dilantik-sebagai-senator/#respond Mon, 20 Mar 2023 03:53:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31124
Read Time:1 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai senator bagi penggal tiga tahun, mengangkat sumpah di Dewan Negara hari ini.

Senator Datuk Seri Anifah Aman.

Atas pelantikan itu, Anifah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan dan kepercayaan dalam mengesyorkan dan melantik beliau sebagai senator Parlimen Malaysia.

Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau bersyukur kerana diberi peluang berkhidmat untuk negara dan rakyat Malaysia dalam kapasiti baharunya sebagai senator. Beliau komited untuk menegakkan prinsip demokrasi, tadbir urus yang baik, dan kedaulatan undang-undang dan akan bekerja tanpa jemu ke arah kebaikan negara dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Katanya, sebagai bekas Menteri Luar, membawa bersama beliau pelbagai pengalaman dan pengetahuan ke Dewan Negara. Justeru, beliau berharap dapat menyumbang kepada perbincangan dan perbahasan bermakna yang akan membentuk masa depan Malaysia dan mengukuhkan kedudukannya di persada global.

Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) turut mengakui betapa pentingnya pelantikan itu, dan beliau amat berbesar hati dengan kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia.

Beliau baru-baru ini dilantik oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sebagai penasihat khas perhubungan antarabangsa dan pelaburan asing.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/20/anifah-dilantik-sebagai-senator/feed/ 0 31124
Maximus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah https://sabahmedia.com/2023/02/01/maximus-dilantik-sebagai-pengerusi-suruhanjaya-tenaga-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/02/01/maximus-dilantik-sebagai-pengerusi-suruhanjaya-tenaga-sabah/#respond Wed, 01 Feb 2023 09:10:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28862
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), hari ini.

Maximus menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor selepas menerima watikah pelantikannya di pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu, di sini.

Katanya, pelantikannya adalah satu penghormatan bagi Parti Bersatu Sabah.

“Saya akan berusaha untuk berkhidmat kepada ECoS dan industri tenaga Sabah dengan sebaik mungkin,” kata Maximus yang mempunyai pengalaman luas sebagai menteri persekutuan empat penggal, termasuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).

Presiden PBS, yang juga ahli parlimen enam penggal dari 1995 hingga 2022, menegaskan Sabah mempunyai kekuatan dan potensi yang sangat besar dalam sumber tenaga terutamanya dalam sumber boleh diperbaharui hijau seperti solar, hidro, angin dan biojisim

“Kami akan memastikan sebarang isu berkaitan ECoS akan dilaksanakan demi kebaikan Sabah dan rakyat Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/01/maximus-dilantik-sebagai-pengerusi-suruhanjaya-tenaga-sabah/feed/ 0 28862
ADUN Kapayan dilantik sebagai pengerusi KPD https://sabahmedia.com/2023/02/01/adun-kapayan-dilantik-sebagai-pengerusi-kpd/ https://sabahmedia.com/2023/02/01/adun-kapayan-dilantik-sebagai-pengerusi-kpd/#respond Wed, 01 Feb 2023 08:16:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28858
Read Time:29 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Luar Bandar atau Korporasi Pembangunan Desa (KPD) berkuat kuasa 19 Januari tahun ini. Beliau menggantikan Datuk Raimie Unggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan watikah pelantikan itu dalam satu majlis ringkas di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Turut hadir menyaksikan majlis itu Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Menteri Perindustrian Pembangunan dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/01/adun-kapayan-dilantik-sebagai-pengerusi-kpd/feed/ 0 28858
Anifah Dilantik Penasihat Khas Kepada Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2023/01/30/anifah-dilantik-penasihat-khas-kepada-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2023/01/30/anifah-dilantik-penasihat-khas-kepada-ketua-menteri/#respond Mon, 30 Jan 2023 07:45:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28741
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Mantan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Anifah, 69 yang juga mantan Ahli Parlimen Kimanis menerima watikah pelantikan daripada Hajiji di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji yakin pelantikan Anifah, yang berpengalaman luas dalam perhubungan
antarabangsa dapat membantu Kerajaan Negeri dalam menjalin hubungan yang baik
dengan negara-negara luar dan pelabur asing, selaras dengan dasar mesra pelabur.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau diberi taklimat ringkas oleh Arthur mengenai projek kerjasama MOSTI dengan
jabatan dan agensi negeri serta program-program yang telah dan akan dilaksanakan
di Sabah.

Hajiji mahu MOSTI menerusi jabatan dan agensinya membantu Sabah dalam merancakkan lagi pembangunan bidang sains, teknologi dan inovasi, termasuk
penyaluran pelbagai dana dan inisiatif yang ditawarkan oleh kementerian itu ke Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/30/anifah-dilantik-penasihat-khas-kepada-ketua-menteri/feed/ 0 28741
Ketua Menteri dilantik Canselor UCSF https://sabahmedia.com/2023/01/13/ketua-menteri-dilantik-canselor-ucsf/ https://sabahmedia.com/2023/01/13/ketua-menteri-dilantik-canselor-ucsf/#respond Fri, 13 Jan 2023 07:09:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27834
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dilantik sebagai Canselor University College Sabah Foundation (UCSF), baru-baru ini.

Beliau menerima watikah pelantikan daripada Pengerusi Badan Pengelola dan Lembaga Pengarah universiti itu, Datuk Mohd Yaakub Johari dan disaksikan oleh Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar pula dilantik sebagai Pro-Canselor UCSF.

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar ,(tengah) dilantik sebagai Pro-Canselor UCSF.

UCSF adalah kolej universiti kategori IPTS dan milik penuh Yayasan Sabah yang didaftarkan dengan Kementrian Pengajian Tinggi pada tahun 2014.

UCSF menawarkan program pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda untuk rakyat negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/13/ketua-menteri-dilantik-canselor-ucsf/feed/ 0 27834