Dilaporkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 13 Sep 2021 14:03:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dilaporkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: JKNS Menjelaskan Bilangan Kes Kematian Tidak Semestinya Dilaporkan Dalam Tempoh 24 Jam https://sabahmedia.com/2021/09/13/covid-19-jkns-menjelaskan-bilangan-kes-kematian-tidak-semestinya-dilaporkan-dalam-tempoh-24-jam/ https://sabahmedia.com/2021/09/13/covid-19-jkns-menjelaskan-bilangan-kes-kematian-tidak-semestinya-dilaporkan-dalam-tempoh-24-jam/#respond Mon, 13 Sep 2021 14:03:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6286
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menjelaskan bahawa bilangan kes kematian akibat jangkitan virus COVID-19 di Sabah yang dilaporkan tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam, ini adalah ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.

Kenyataan tersebut menjelaskan berikutan kes kematian yang tinggi dilaporkan sebanyak 84 kes semalam (12 September 2021).

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, berdasarkan laporan JKNS, sebanyak 39 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu enam kes di Sandakan dan Tawau, lima kes di Kota Belud dan Tuaran, empat kes di Kota Kinabalu, dua kes di Lahad Datu dan Papar manakala Sipitang, Kudat, Kinabatangan, Kunak, Pitas, Keningau, Penampang, Kalabakan dan Beluran masing-masing mencatatkan satu kes.

“Manakala bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 2,085 iaitu lebih tinggi dari jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 1,649 kes,” kata Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

“Daripada 1,649 kes yg didaftar hari ini, 635 kes atau 38.51% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, 142 kes atau 8.61% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan 122 kes atau 7.40% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi5 hari,” kata Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Menurut Masidi, Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 932 kes atau 56.5%, Saringan Bergejala 481 kes atau 29.2%, 74 kes daripada Saringan Kluster dan 162 kes melalui Saringan Lain-lain.

Katanya, kes di Kota Kinabalu naik semula kepada 314 (+122) kes, Penampang naik (+97) kes, Keningau (+33) kes, Kinabatangan (+22) kes dan Tambunan (+25) kes.

Manakala Daerah Sandakan turun (-117) kes, Tawau (-31) kes, Papar (-47) kes dan Kota Marudu (-57) kes. Terdapat 44 kes melibatkan Orang Kena Tahan (OKT) yang dicatat hari ini termasuk 18 kes dari Pusat Latihan Henry Gurney dan 18 kes lagi daripada Penjara Kepayan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/13/covid-19-jkns-menjelaskan-bilangan-kes-kematian-tidak-semestinya-dilaporkan-dalam-tempoh-24-jam/feed/ 0 6286
COVID-19: 41 Kes Kematian Baharu Tertinggi Dilaporkan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/27/covid-19-41-kes-kematian-baharu-tertinggi-dilaporkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/covid-19-41-kes-kematian-baharu-tertinggi-dilaporkan-di-sabah/#respond Fri, 27 Aug 2021 13:35:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5376
Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak 41 kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah yang tertinggi di negeri Sabah setakat ini iaitu melibatkan 19 kes di Kota Kinabalu, lima kes di Sandakan, empat kes di Tuaran, Penampang dan Keningau masing-masing mencatatkan tiga kes, Beaufort, Lahad Datu dan Kalabakan masing-masing mencatatkan dua kes dan satu kes di Tenom.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 3,010 kes baharu hari ini, 1,206 kes atau 40% adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari. Manakala 213 kes atau 7.1% adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan 482 kes atau 16% adalah kes daftar lewat melebihi 5 hari.

Menurut Masidi, beberapa daerah terdapat penurunan kes dicatatkan seperti Kinabatangan turun sebanyak 198 kes, Penampang turun 60 kes dan Sandakan berkurangan 83 kes.

Namun secara keseluruhan Saringan Bergejala naik kepada 31.4% atau 946 kes sementara Saringan Kontak Rapat menyumbang 59.2% atau 1782 kes dan Saringan Kluster hanya 37 kes.

Walau bagaimanapun, hampir 37% daripada kes di Sandakan merupakan kes Saringan Bergejala dan lebih tinggi daripada jumlah kes saringan melalui Kontak Rapat manakala di Kota Kinabalu, kes melalui Saringan Bergejala mencecah 44.%.

Dalam pada itu, sejumlah 2,943 atau 97.77% pesakit dengan pecahan sebanyak 759 kes daripada Kategori 1 dan sebanyak 2,184 kes daripada Kategori 2, lapan pesakit dalam Kategori 3, satu pesakit dalam Kategori 4 dan 15 pesakit dalam kategori 5. 43 kes masih dalam siasatan lanjut.

Berkenaan dengan vaksinasi penduduk, Masidi memaklumkan setakat semalam (26 Ogos 2021) menurut statistik Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Negeri Sabah, 56.05% atau 1,546,009 penduduk dewasa Sabah telah memperolehi satu dos dan 35.44% atau 977,607 penduduk telah pun melengkapkan pengambilan kedua-dua dos.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/covid-19-41-kes-kematian-baharu-tertinggi-dilaporkan-di-sabah/feed/ 0 5376