dinasihatkan berpindah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 20 Jan 2023 09:36:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dinasihatkan berpindah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tanah runtuh: Penghuni dinasihatkan berpindah https://sabahmedia.com/2023/01/20/tanah-runtuh-penghuni-dinasihatkan-berpindah/ https://sabahmedia.com/2023/01/20/tanah-runtuh-penghuni-dinasihatkan-berpindah/#respond Fri, 20 Jan 2023 09:33:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28228
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA BELUD: Penghuni di sekitar Kampung Lebak Moyoh dinasihatkan supaya berpindah sekiranya pergerakan tanah runtuh terus berlaku di kawasan bukit kampung terbabit.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihak menerima panggilan kecemasan mengenai tanah runtuh di lokasi berkenaan pada jam 7.34 pagi tadi. (20 Jan)

Pasukan Bomba dan JKR memantau keadaan sekitar kawasan tanah runtuh di kawasan bukit Kampung Lebak Moyoh di Kota Belud.- Foto ihsan JBPM Sabah

“Komander Operasi PPgB Muhammad Syazwan Latun bersama pasukan tiba di lokasi terbabit dan melaporkan berlaku pergerakan tanah runtuh di kawasan bukit Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud.

“Seterusnya pasukan Bomba menjalankan pemantauan di lokasi dan menasihati penghuni di kawasan sekitar untuk berpindah sekiranya pergerakan tanah terus berlaku,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, pasukan Bomba juga bertindak memasang sawar-sawar di sekitar lokasi kejadian dan berada di lokasi untuk sebarang kemungkinan berlaku runtuhan tanah yang lebih besar.

Menurutnya lagi, pada jam 11.00 pagi, berdasarkan penelitian dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), setakat ini hanya sebuah rumah yang diarahkan penghuninya untuk mengosongkan rumah.

“Manakala kerja-kerja pemantauan dan pemeriksaan tetap akan dijalankan oleh pihak polis dan pasukan Bomba secara berkala dan operasi ditamatkan pada jam 12.44 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/20/tanah-runtuh-penghuni-dinasihatkan-berpindah/feed/ 0 28228