Dinasihatkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 29 Jan 2023 11:24:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dinasihatkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jalan runtuh di Kg Badukan, pengguna dinasihatkan lebih berhati-hati https://sabahmedia.com/2023/01/29/jalan-runtuh-di-kg-badukan-pengguna-dinasihatkan-lebih-berhati-hati/ https://sabahmedia.com/2023/01/29/jalan-runtuh-di-kg-badukan-pengguna-dinasihatkan-lebih-berhati-hati/#respond Sun, 29 Jan 2023 09:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28704
Read Time:1 Minute, 10 Second

RANAU: Penduduk kampung khususnya pengguna jalan raya di Kg Badukan di daerah ini dinasihatkan lebih berhati-hati apabila melalui jalan konkrit yang kini terjejas akibat hakisan tanah dan boleh runtuh pada bila-bila masa.

Keadaan bertambah buruk sejak musim hujan yang berterusan di seluruh negeri sejak akhir-akhir ini di mana air yang mengalir dari lereng bukit menyebabkan struktur tanah menjadi lemah.

Ketua Jabatan Kerja Raya Ranau, Alvonna Farhanah Jammy berkata, jalan di Kg Badukan, kira-kira 5 kilometer dari Pekan Ranau, terletak berhampiran Kg Kigiok dan Kg Sumaang bukan di bawah bidang kuasa JKR Ranau.

Manakala Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abdul Ghani telah mengesahkan jalan kampung itu di bawah jagaan Pejabat Daerah, dan kakitangan jabatan itu telah membuat pemeriksaan di kawasan tersebut.

Jumain berkata, papan tanda amaran sudah diletakkan di kawasan terbabit dan kita minta penduduk berhati-hati ketika melalui jalan itu. Kita harap keadaan tidak bertambah buruk.

“Turapan konkrit ini dibuat tahun lalu menggunakan peruntukan Ahli Parlimen, Datuk Jonathan Yasin. Susulan insiden terbaru ini, kita tiada pilihan selain memohon kerja-kerja pembaikan di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Jumain, Pejabat Daerah Ranau telah melakukan pemeriksaan teknikal di kawasan terbabit dan akan meneruskan langkah seterusnya.

Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan perkara itu, menggesa tindakan daripada pihak berkuasa yang berkaitan sebelum keseluruhan jalan runtuh dan memutuskan hubungan jalan raya kepada kira-kira ratusan pengguna yang melalui jalan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/29/jalan-runtuh-di-kg-badukan-pengguna-dinasihatkan-lebih-berhati-hati/feed/ 0 28704
Penduduk Dinasihatkan Supaya Berwaspada Apabila Hujan Lebat Melanda – Jeffrey Kitingan https://sabahmedia.com/2021/12/27/penduduk-dinasihatkan-supaya-berwaspada-apabila-hujan-lebat-melanda-jeffrey-kitingan/ https://sabahmedia.com/2021/12/27/penduduk-dinasihatkan-supaya-berwaspada-apabila-hujan-lebat-melanda-jeffrey-kitingan/#respond Mon, 27 Dec 2021 13:38:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10353
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diarah supaya memastikan semua longkang monsun di Pantai Timur Sabah tidak tersumbat dan mampu menyalurkan air hujan dengan lancar dari kawasan bandar.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ini sebagai persediaan menghadapi hujan lebih lebat daripada biasa yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi (MET).

“Hampir selalu, air hujan tidak dapat keluar dengan cepat di kawasan bandar kerana longkang tersumbat.

“Ia mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, kebiasaannya ialah longkang yang dibina dengan teruk dan sentiasa menjadi tempat pembuangan sampah.

“Tetapi sekarang bukan masanya untuk menuding jari, apa yang lebih penting ialah kita bersedia untuk menghadapi keadaan yang terburuk,” tegasnya.

Jeffrey, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan, menasihatkan mereka yang tinggal di kawasan rendah supaya berwaspada dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di beberapa negeri semenanjung Malaysia, di mana kawasan jarang banjir ditenggelami air sehingga 12 kaki.

“Jika boleh, buat perancangan sekarang untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi, terutamanya jika anda tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir. Ingat bahawa walaupun harta boleh diganti, nyawa tidak,” ujar Jeffrey lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/27/penduduk-dinasihatkan-supaya-berwaspada-apabila-hujan-lebat-melanda-jeffrey-kitingan/feed/ 0 10353