DINE-IN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 10 Jul 2021 08:47:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png DINE-IN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Salleh sambut baik pendirian Ketua Menteri Sabah membenarkan aktiviti ‘Dine-in’ di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/10/salleh-sambut-baik-pendirian-ketua-menteri-sabah-membenarkan-aktiviti-dine-in-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/10/salleh-sambut-baik-pendirian-ketua-menteri-sabah-membenarkan-aktiviti-dine-in-di-sabah/#respond Sat, 10 Jul 2021 08:47:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2866
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah untuk kekal membenarkan aktiviti “dine-in” di negeri ini.

Ketetapan tersebut baginya sekaligus menjelaskan keraguan orang awam terhadap prosedur operasi standard (SOP) di Sabah.

“Saya menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah untuk terus membenarkan ‘dine-in’ di Sabah dengan peralihan kita ke Fasa 2 PPN bermula hari ini.

“Harap ini menjelaskan sebarang keraguan orang awam dengan SOP Sabah,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah, pagi tadi mengumumkan bahawa kerajaan tetap dengan pendirian membenarkan aktiviti dine-in di negeri ini yang dikuatkuasakan sejak 29 Jun lalu.

Sementara itu, berhubung penambahan vaksin di Sabah, Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, semua pihak turut gembira dengan berita baik berkenaan dalam memastikan proses pemulihan di negeri ini berjalan lancar.

“Kita juga gembira bakal menerima penambahan vaksin untuk imunisasi Sabah.

“Semoga proses pemulihan Sabah berjalan dengan lancar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/10/salleh-sambut-baik-pendirian-ketua-menteri-sabah-membenarkan-aktiviti-dine-in-di-sabah/feed/ 0 2866
Kerajaan Sabah kekal benarkan Dine-in dalam restoran – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/07/10/kerajaan-sabah-kekal-benarkan-dine-in-dalam-restoran-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/07/10/kerajaan-sabah-kekal-benarkan-dine-in-dalam-restoran-hajiji/#respond Sat, 10 Jul 2021 03:06:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2855
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri kekal dengan keputusan membenarkan Dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata dalam kenyataan media hari ini, arahan untuk membenarkan aktiviti itu dikuatkuasakan Kerajaan Negeri pada 29 Jun lalu, berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 masih berkuatkuasa, “Ini pendirian kita,” kata Hajiji.

Berikutan beberapa Prosedur Standard Operasi (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua bagi negeri Sabah yang bermula hari ini khususnya yang melibatkan aktiviti ekonomi menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

Namun SOP yang dikeluarkan khususnya operasi melibatkan restoran, café, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji(foodtruck) ,penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan, atau kiosk dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 9 malam.

Meskipun dibenarkan beroperasi, SOP berkenaan menyatakan hanya secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dan tidak menyatakan larangan ‘Dine-In’ dan perkhidmatan ‘Park & Dine’.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kota Kinabalu; Keningau; Sandakan dan beberapa daerah lain telah membenarkan ‘Dine-In’ berdasarkan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 28 Jun lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/10/kerajaan-sabah-kekal-benarkan-dine-in-dalam-restoran-hajiji/feed/ 0 2855
PPN : KK,Putatan & Penampang Kembali Menjadi Satu Daerah https://sabahmedia.com/2021/07/10/ppn-kkputatan-penampang-kembali-menjadi-satu-daerah/ https://sabahmedia.com/2021/07/10/ppn-kkputatan-penampang-kembali-menjadi-satu-daerah/#respond Sat, 10 Jul 2021 01:37:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2851
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Beberapa Prosedur Standard Operasi (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua bagi negeri Sabah yang bermula hari ini khususnya yang melibatkan aktiviti ekonomi menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

SOP yang dikeluarkan khususnya operasi melibatkan restoran, café, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji(foodtruck) ,penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan, atau kiosk dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 9 malam.

Meskipun dibenarkan beroperasi, SOP berkenaan menyatakan hanya secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dan tidak menyatakan larangan ‘Dine-In’dan perkhidmatan ‘Park & Dine’.

Jurucakap rasmi COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kerajaan Sabah sebelum ini telah mengumumkan kebenaran ‘Dine-In’ berdasarkan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 28 Jun lalu.

“Makan dalam restoran atau ‘dine-in’ sepatutnya hanya dibenarkan dalam Fasa Ketiga PPN, Buat masa ini Sabah berada Fasa Kedua PPN.

“Ia tidak disentuh dalam SOP kerana kerajaan negeri Sabah telahpun membenarkan ‘Dine-in’.  Ini bermakna ‘Dine-in’ tidak dilarang di Sabah,” katanya ringkas kepada Sabah Media disini hari ini.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kota Kinabalu; Keningau; Sandakan dan beberapa daerah lain telah membenarkan ‘Dine-In’ berdasarkan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 28 Jun lalu.

Beberapa perkara lain turut dinyatakan pada SOP PPN Fasa Kedua Sabah antaranya daerah Kota Kinabalu; Putatan dan Penampang dikategorikan sebagai satu daerah.

Sebelum ini, pihak Polis telah menghentikan sekatan jalan raya (SJR) di tiga daerah ini bermula Isnin lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, keputusan itu dibuat berikutan pemerhatian pasukan itu sejak dua minggu lalu mengenai pergerakan lalu lintas.

“Pemerhatian kami menunjukkan bahawa kebanyakkan mereka yang menggunakan jalan raya di daerah ini adalah benar-benar pekerja dan orang yang keluar untuk urusan penting,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/10/ppn-kkputatan-penampang-kembali-menjadi-satu-daerah/feed/ 0 2851
Selepas Sandakan, Kota Kinabalu Turut Benarkan ‘Dine-In’ Di Restoran https://sabahmedia.com/2021/07/04/selepas-sandakan-kota-kinabalu-turut-benarkan-dine-in-di-restoran/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/selepas-sandakan-kota-kinabalu-turut-benarkan-dine-in-di-restoran/#comments Sun, 04 Jul 2021 05:07:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2485
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membenarkan semua peniaga restoran beroperasi secara ‘Dine-In’ berikutan kekeliruan yang berlaku berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Alip berkata, dengan kebenaran itu pihak penguatkuasa tidak akan mengeluarkan notis kompaun kepada restoran yang membuka operasi sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama di Sabah.

Katanya, ia juga adalah selaras dengan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menyatakan kerajaan Sabah akan melaksanakan PPN Fasa Pertama dengan mengekalkan sebahagian besar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Antara yang dibenarkan beroperasi pada PPN Fasa Pertama ini beberapa aktiviti sosial dan ekonomi termasuk makan di restoran selain operasi kedai gunting.

Noorliza berkata, meskipun belum ada SOP terkini yang diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihaknya akan berpandu kepada SOP yang sedia ada.

Katanya menerusi kenyataan yang dipetik Daily Express berhubung pertanyaan pelbagai pihak mengenai kebenaran operasi perniagaan.

Sebelum ini daerah Sandakan turut membenarkan operasi sama dibuka bermula kelmarin dengan masa operasi bermula 6 pagi hingga 8 malam.

Hanya dua orang satu meja makan sahaja dibenarkan selain 50 peratus individu sahaja boleh berada di dalam premis makanan.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakod kelmarin mengumumkan lima negeri akan beralih ke Fasa Kedua FFN berkuatkuasa Isnin ini.

Lima negeri tersebut ialah Perlis; Perak; Pahang; Terengganu dan Kelantan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/selepas-sandakan-kota-kinabalu-turut-benarkan-dine-in-di-restoran/feed/ 1 2485
Sandakan Benarkan ‘Dine-In’ Direstoran Mulai Esok – Presiden MPS https://sabahmedia.com/2021/07/02/sandakan-benarkan-dine-in-direstoran-mulai-esok-presiden-mps/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/sandakan-benarkan-dine-in-direstoran-mulai-esok-presiden-mps/#respond Fri, 02 Jul 2021 14:19:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2427
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Semua peniaga restoran dan gerai di Sandakan dibenarkan beroperasi secara ‘dine-in’ mulai esok.

Memetik laporan Astro Awani malam ini, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Wong Foo Tin berkata, pihaknya membenarkan perkara itu selepas mengikuti pengumuman yang dikeluarkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada Isnin.

Katanya, hanya dua orang satu meja makan dibenarkan selain 50 peratus individu sahaja boleh berada di dalam premis makanan.

“Makan di restoran memang dibolehkan bermula esok. Seperti Ketua Menteri Sabah katakan sebelum ini.

“Masa berniaga iaitu bermula jam 6 pagi sehingga jam 8 malam sahaja. Sebuah meja hanya dibenarkan untuk dua orang sahaja atau jumlah kehadiran dalam sebuah premis makanan hanya 50 peratus sahaja,” katanya.

Foo Tin berkata, pihaknya juga menasihatkan peniaga dan masyarakat setempat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“SOP seperti memeriksa suhu sebelum masuk ke premis dan mengimbaskan kod pantas (QR) MySejahtera juga wajib dibuat,” katanya.

Terdahulu, isu makan di restoran hangat diperkatakan di negeri Sabah sejak Isnin lalu.

Pada Isnin Ketua Menteri Sabah mengumumkan kebenaran kepada para peniaga untuk beroperasi dengan makan di restoran.

Peniaga kemudiannya membenarkan pelanggan makan di restoran.

Namun pada sebelah petang peniaga di Sabah termasuk Sandakan menghentikan kaedah berniaga secara ‘dine-in’ selepas mendapati tiada SOP mengenainya dikeluarkan oleh pihak berkaitan. AWANI

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/sandakan-benarkan-dine-in-direstoran-mulai-esok-presiden-mps/feed/ 0 2427