dipandu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 31 Mar 2024 14:25:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dipandu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warga emas maut kenderaan dipandu langgar pagar rumah jiran https://sabahmedia.com/2024/03/31/warga-emas-maut-kenderaan-dipandu-langgar-pagar-rumah-jiran/ https://sabahmedia.com/2024/03/31/warga-emas-maut-kenderaan-dipandu-langgar-pagar-rumah-jiran/#respond Sun, 31 Mar 2024 14:25:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51961
Read Time:1 Minute, 18 Second

LAHAD DATU: Seorang warga emas maut apabila kereta yang dipandu terbabas lalu melanggar pagar rumah jiran dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Taman Gabungan, di sini petang tadi. (31 Mac)

Dalam kejadian jam lebih kurang 1.30 petang itu mangsa seorang wanita berusia 70 tahun dipercayai memandu sebuah kenderaan jenis Perodua Viva hilang kawalan lalu terbabas dab melanggar pagar rumah jiran.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad, hasil siasatan pihak polis mendapati punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian pemandu kenderaan tersebut yang gagal mengawal dan merempuh pintu pagar sebuah rumah

“Turut dilanggar sebuah kenderaan yang sedang parkir di kawasan perumahan taman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rohan berkata, sampel darah pemandu telah diambil untuk dianalisa oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia di Kota Kinabalu.

“Mayat mangsa seterusnya dibawa oleh sepasukan polis ke Hospital Lahad Datu untuk tujuan bedah siasat esok (1 April) untuk mengenalpasti punca sebenar kematian.

“Siasatan diteruskan dan kes disiasat di bawah seksyen 41 akta pengangkutan jalan 1987,” katanya.

Tambah Rohan, mana-mana individu yang melihat kejadian itu, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Humaidi Harun di talian 089-881255 sambungan 414 untuk membantu siasatan.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan kepada para pengguna jalanraya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalanraya sedia ada serta sentiasa mengamalkan sikap sabar dan berhati-hati ketika memandu serta mementingkan keselamatan diri dan para pengguna yang lain.

“Manakala, di kalangan pemandu warga emas dinasihatkan agar sentiasa mementingkan keupayaan dan tahap kesihatan masing-masing ketika memandu,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/31/warga-emas-maut-kenderaan-dipandu-langgar-pagar-rumah-jiran/feed/ 0 51961
Lelaki warga asing maut, pacuan empat roda dipandu terlibat dalam kemalangan di Putatan https://sabahmedia.com/2024/01/13/lelaki-warga-asing-maut-pacuan-empat-roda-dipandu-terlibat-dalam-kemalangan-di-putatan/ https://sabahmedia.com/2024/01/13/lelaki-warga-asing-maut-pacuan-empat-roda-dipandu-terlibat-dalam-kemalangan-di-putatan/#respond Sat, 13 Jan 2024 06:10:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47919
Read Time:1 Minute, 30 Second

PUTATAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya melanggar belakang sebuah motokar lalu kedua-duanya terbabas di bahu jalan berhampiran lampu isyarat simpang Klinik Kesihatan Putatan awal pagi tadi.

Dalam kejadian, mangsa warga asing berusia 30 tahun pemandu pacuan empat roda telah tersepit dalam kenderaannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supterintendan Sammy Newton berkata, pihak IPD Penampang mengesahkan telah terima satu maklumat awam pada jam 5.05 pagi tadi (13 Jan) mengenai kes kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kenderaan pancuan empat roda dengan sebuah motokar berlaku di jalan Papar ke Kota Kinabalu, berhampiran lampu isyarat simpang klinik kesihatan Putatan, Penampang.

“Hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah yang sama menuju ke Kota Kinabalu melalui jalan Papar ke Kota Kinabalu dan secara tiba-tiba kenderaan pancuan empat roda telah melanggar motokar dari arah belakang sehingga kedua-duanya terbabas ke arah kiri bahu jalan.

“Akibat daripada pelanggaran tersebut, pemandu kenderaan pancuan empat roda telah tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Manakala pemandu motokar seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun telah mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sammy berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.

“Pihak polis ingin menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” tambah beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/13/lelaki-warga-asing-maut-pacuan-empat-roda-dipandu-terlibat-dalam-kemalangan-di-putatan/feed/ 0 47919