Dipelawa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 05 Mar 2022 06:31:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dipelawa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Syarikat Penerbangan Dipelawa Jadikan Sabah Sebagai Hab Operasi https://sabahmedia.com/2022/03/05/syarikat-penerbangan-dipelawa-jadikan-sabah-sebagai-hab-operasi/ https://sabahmedia.com/2022/03/05/syarikat-penerbangan-dipelawa-jadikan-sabah-sebagai-hab-operasi/#respond Sat, 05 Mar 2022 06:31:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12717
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Sabah mempelawa syarikat penerbangan untuk menjadikan negeri itu sebagai pangkalan operasi mereka lebih-lebih lagi apabila sempadan negara dijangka buka tidak lama lagi.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, potensi dan rekod prestasi Sabah harus dijadikan semangat pembakar bagi semua pihak berkepentingan untuk terus bekerjasama bagi mengenal pasti dan merebut peluang baharu untuk menggiatkan semula industri pelancongan antarabangsa.

“Sebelum pandemik Covid-19, Sabah boleh diakses melalui penerbangan terus dari 20 bandar antarabangsa utama dengan lebih 220 penerbangan setiap minggu, terutamanya dari rantau Asia Utara.

“Selain itu, terdapat lebih 400 penerbangan domestik yang menghubungkan 10 destinasi di Malaysia. Memandangkan banyak negara membuka sempadan mereka mulai Mac, kami percaya Malaysia akan turut serta tidak lama lagi.

“Dalam hal ini, saya menjemput semua syarikat penerbangan untuk menjadikan Sabah sebagai hab operasi,” katanya pada majlis makan malam bersama Jawatankuasa Pengendali Syarikat Penerbangan (AOC) yang dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di sini, pada Jumaat.

Joniston, yang mempengerusikan STB, menyatakan keyakinan bahawa industri pelancongan antarabangsa akan pulih, walaupun tidak sama seperti sebelum ini.

Tambah beliau, penyertaan dan sokongan syarikat penerbangan adalah penting untuk membantu mempromosikan negeri ini dan mewujudkan semula kerjasama bagi akses baharu ke Sabah.

Sementara itu, Pengerusi AOC, Mohamad Azri Mohammad Rashad berkata, penerbangan Air Asia, Malindo Air, dan MAS bagi laluan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu mencatatkan muatan pesawat yang tinggi.

“Sejak beberapa minggu lalu, kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mempunyai 70-80 peratus muatan. Ia adalah angka yang agak tinggi.

“Malah bagi Sabah, terdapat tiga hingga empat penerbangan dalam sehari berbanding Johor Bahru, Alor Setar, Kota Bharu dan Terengganu. Jadi, saya berasa berbesar hati berada di sini, dan pada masa sama, kami mahu terus merangsang ekonomi,” katanya.

Mohamad turut berkata bahawa sempadan negara dijangka dibuka tidak lama lagi, sambil menambah pasukan AOC telah terlibat dalam merancang dan melaksanakan prosedur operasi standard dengan bantuan pihak Malaysia Airports, Tourism Malaysia, dan Kementerian Kesihatan pada 26 Februari lalu.

Ini adalah lawatan kedua pihak AOC ke Sabah, yang pada mulanya dijadualkan pada 2020 tetapi ditangguhkan akibat pandemik.

Turut hadir dalam majlis makan malam itu adalah wakil daripada syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/05/syarikat-penerbangan-dipelawa-jadikan-sabah-sebagai-hab-operasi/feed/ 0 12717
Usahawan Dipelawa Sertai Program Pemacu Kesan Sosial Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/28/usahawan-dipelawa-sertai-program-pemacu-kesan-sosial-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/28/usahawan-dipelawa-sertai-program-pemacu-kesan-sosial-sabah/#respond Tue, 28 Dec 2021 11:32:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10409
Read Time:2 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai, khususnya usahawan di negeri ini dipelawa menyertai program Pemacu Kesan Sosial Iltizam Sabah (ISIAS) yang ketika ini sedang membuka permohonan kepada mereka yang berminat dalam bidang keusahawanan.

Program selama enam bulan itu yang dianjur bagi mempromosikan inovasi sosial dan keusahawanan di Sabah disasar untuk memacu pertumbuhan perniagaan sosial dan aktiviti perniagaan di Sabah keseluruhannya.

Penganjurannya disokong oleh Iltizam di bawah Ekuinas (Ekuiti Nasional Berhad) dan Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC) serta diurus oleh Yayasan Amanah Belia (myHarapan) bermula pada Februari hingga Julai 2022.

Iltizam adalah cabang tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ekuinas yang ditubuhkan dengan misi untuk memberi khidmat dan kesan positif kepada usahawan Bumiputera dan komuniti yang lebih luas menerusi tiga tunjang iaitu keusahawanan, pendidikan dan komuniti.

Sementara itu, SCENIC pula adalah sebuah inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) yang diluluskan Kabinet Sabah pada Ogos 2019 dengan sasaran untuk memacu industri di negeri ini melalui keusahawanan, teknologi, inovasi dan kreativiti.

Dalam pada itu, myHarapan adalah sebuah badan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan bagi memperkasa orang muda Malaysia dengan menyokong projek belia dan inisiatif yang menyumbang ke arah usaha membina negara.

Secara bersama, ketiga-tiga badan ini mensasarkan untuk menggalakkan pertumbuhan mapan usahawan sosial Sabah dengen menyediakan mereka pengalaman dan peluang, kemahiran dan pengetahuan untuk membina daya tahan dalam membangunkan lebih banyak kesan positif.

Perniagaan sosial terpilih akan mendapat manfaat menerusi bantuan kewangan, pementoran dan laluan kepada pelabur berpotensi melalui program berstruktur secara intensif selama enam bulan.

Ia turut menyediakan peserta dengan laluan yang berharga ke dalam pasaran, bakat dan modal tambahan di samping membolehkan mereka mencapai hasil sosial yang penting.

Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Ekuinas, Hizwani Hassan, berkata pihaknya berharap program berkenaan akan memberi manfaat kepada usahawan sosial di Sabah, khususnya di kawasan terpencil, membolehkan mereka belajar kemahiran perniagaan baharu, menjadi lebih adaptif dan tangkas dalam era teknologi digital.

“Ini sangat relevan khususnya dalam kita memasuki fasa endemik COVID-19. Mereka perlu belajar kemahiran baharu yang relevan dan kekal berdaya saing dalam pasaran.”

Sementara itu, pengurus besar SCENIC Viviantie Sarjuni berkata ekosistem keusahawanan sosial sudah ada sejak 2014 dan Malaysia pernah berada dalam senarai teratas sebagai negara perintis untuk keusahawanan sosial pada 2016.

“Kita perlu mengembangkan sokongan yang sama di Sabah memandangkan kita ada banyak perniagaan sosial berpotensi yang banyak di antara tidak disedari,” katanya.

Namun, katanya dengan bimbingan dan sokongan yang betul usaha melahirkan sebanyak mungkin perniagaan sosial di Sabah mampu dicapai, bukan saja untuk membantu ekonomi, malah membantu menyelesaikan isu yang menekan dalam komuniti.

Viviantie juga berkata, model perniagaan keusahawanan sosial bukan saja membolehkan seseorang ‘membuat duit’ untuk diri sendiri, malah mampu meningkatkan ekonomi komuniti yang terjejas, termasuk menyelesaikan isu alam sekitar.

“Kita menggalakkan usahawan sosial sedia ada dan mereka yang berminat di Sabah untuk menyertai program ISIAS ini dan mendapatkan bantuan yang diperlukan daripada sistem sokongan yang disediakan penganjur.”

ISIAS terbuka kepada perniagaan sosial dan perniagaan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan pendaftaran lain yang diiktiraf dengan sekurang-kurangnya 51 peratus pegangan saham Bumiputera Sabah.

Selain itu, perniagaan juga mesti beroperasi di Sabah sekurang-kurangnya enam bulan dan tidak lebih tiga tahun dengan bukti dalam bentuk hasil atau pemerolehan pelanggan.

Usahawan sosial yang terpilih akan menyertai beberapa siri bootcamp yang akan diadakan bermula Februari hingga Julai 2022.

Hanya 10 perniagaan sosial dan perniagaan teratas lain akan dipilih untuk menyertai program pementoran selama enam bulan itu.

Permohonan untuk menyertainya boleh dibuat melalui laman sesawang https://bit.ly/ISIAS2022

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/28/usahawan-dipelawa-sertai-program-pemacu-kesan-sosial-sabah/feed/ 0 10409