dipercayai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 20 Jul 2023 11:40:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dipercayai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Nelayan hilang, dipercayai dibaham buaya https://sabahmedia.com/2023/07/20/nelayan-hilang-dipercayai-dibaham-buaya/ https://sabahmedia.com/2023/07/20/nelayan-hilang-dipercayai-dibaham-buaya/#respond Thu, 20 Jul 2023 11:40:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38645
Read Time:48 Second

TAWAU: Seorang nelayan dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya semasa turun ke bot pada jam 4 pagi dalam kejadian di Kampung Sungai Mas – Mas Nasib Kita dekat sini pada Rabu (19 Julai).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sebaik menerima panggilan daripada Balai Polis Tawau, makluman mangsa dibaham buaya di Kampung Mas-Mas Nasib Kita Tawau, sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, menurut laporan pengadu yang juga adik mangsa memaklumkan abangnya Addi Bangsa, 60, dipercayai dibaham buaya semasa turun ke bot berseorangan sekitar jam 4 pagi semalam (17 Julai).

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama agensi bantuan polis menggunakan bot dengan kaedah ‘Surface Searching’ dengan radius pencarian 3 kilometer di sepanjang muara sungai berkenaan.

“Setakat ini mangsa masih belum ditemui. Operasi ditangguhkan pada jam 6 petang tadi dan akan disambung pada esok hari (21 Julai). Maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/20/nelayan-hilang-dipercayai-dibaham-buaya/feed/ 0 38645
Wanita ditemui mati dipercayai di bunuh suami https://sabahmedia.com/2023/04/18/wanita-ditemui-mati-dipercayai-di-bunuh-suami/ https://sabahmedia.com/2023/04/18/wanita-ditemui-mati-dipercayai-di-bunuh-suami/#respond Tue, 18 Apr 2023 09:34:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32991
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita ditemui mati dengan kesan lebam di leher dan luka di dahinya dipercayai dibunuh oleh suaminya dalam kejadian di sebuah bilik sewa, di tingkat satu sebuah blok kedai, di Jalan Pantai, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an dipercayai dibunuh oleh suaminya berikutan terdapat kesan lebam pada lehernya, dipercayai dicekik, selain kesan luka pada dahinya.

““Kita percaya kes ini lebih kepada konflik rumah tangga antara mangsa dan suaminya kerana sebelum kejadian, jiran mangsa telah terdengar pertengkaran antara kedua-dua mereka.

“Kira-kira jam 5.30 pagi tadi, jiran mangsa menemui pasangan terbabit dalam keadaan terbaring dan seterusnya dia (jiran) memaklumkan perkara itu kepada pihak polis pada jam 8 pagi.

“Saksi berkenaan sedikit lewat menghubungi pihak polis kerana ketika kejadian, telefon bimbitnya tidak mempunyai kredit.

“Siasatan awal mendapati suami mangsa adalah pekerja restoran di sekitar kawasan berkenaan manakala isterinya seorang suri rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Di lokasi kejadian, turut berada bersama mangsa dalam bilik sewa berkenaan ialah suami mangsa berusia lingkungan 30-an yang ditemui dalam keadaan terbaring serta terdapat kesan kelar pada lehernya, dipercayai cuba membunuh diri.

Suspek (suami) terbabit kini masih dirawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

Menurut Mohd Zaidi, siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/18/wanita-ditemui-mati-dipercayai-di-bunuh-suami/feed/ 0 32991
Motif cemburu dipercayai punca kes pembunuhan lelaki pemandu e-hailing di Tawau https://sabahmedia.com/2023/01/31/motif-cemburu-dipercayai-punca-kes-pembunuhan-lelaki-pemandu-e-hailing-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2023/01/31/motif-cemburu-dipercayai-punca-kes-pembunuhan-lelaki-pemandu-e-hailing-di-tawau/#respond Tue, 31 Jan 2023 05:12:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28794
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah memaklumkan penahanan lapan pegawai serta anggota Pasukan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang mengaitkan pembunuhan seorang lelaki di Tawau baru-baru ini dipercayai bermotifkan cemburu.

Katanya, susulan kes tersebut setakat ini pihak polis telah menahan lapan pegawai dan anggota polis serta tiga orang awam yang boleh membantu siasatan kes.

“Walaubagaimanapun salah seorang orang awam yang ditahan telah dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kes tersebut lebih kepada bermotifkan cemburu yang mana tertuduh ialah isteri kepada si mati,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah hari ini.

Dalam pada itu Idris turut menjelaskan siasatan kes masih diteruskan dan menjalankan siasatan atas tangkapan-tangkapan yang telah ditahan serta mengumpul bukti-bukti kes.

“Cukup bukti dan keterangan, mungkin kita akan rujuk balik kepada siasatan dan kepada Yang Arif Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan seterusnya,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam kes tersebut tidak ada apa-apa isu yang menggugat keselamatan dan ini lebih kepada isu peribadi.

Terdahulu, dalam kejadian 13 Januari lalu, seorang pemandu e-hailing dikenali sebagai Nurman Bakaratu, 61, ditemui mati di sebuah ladang sawit, berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di Batu 5, di daerah Tawau.

Berhubung kes tersebut, berita melaporkan dengan penahanan lapan orang termasuk pegawai dan anggota polis untuk membantu siasatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/31/motif-cemburu-dipercayai-punca-kes-pembunuhan-lelaki-pemandu-e-hailing-di-tawau/feed/ 0 28794