Diperlukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 30 Dec 2022 04:27:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Diperlukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Fasiliti lebih baik untuk penempatan gajah diperlukan – Agustine https://sabahmedia.com/2022/12/30/fasiliti-lebih-baik-untuk-penempatan-gajah-diperlukan-agustine/ https://sabahmedia.com/2022/12/30/fasiliti-lebih-baik-untuk-penempatan-gajah-diperlukan-agustine/#respond Fri, 30 Dec 2022 04:27:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27145
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah berikhtiar untuk mencari kemudahan yang lebih baik bagi menempatkan gajah-gajah dibawah seliaan jabatan itu agar haiwan tersebut mempunyai kebebasan untuk bergerak.

Susulan insiden yang meragut nyawa seorang petugas Taman Hidupan Liar Lok Kawi di sini, akibat diserang seekor gajah pada Ahad lalu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Agustine Tuuga berkata, gajah yang merbahaya itu telah ditempatkan di kawasan pengasingan.

Katanya, diharap ini langkah sementara kerana kebebasan mereka (gajah) dinafikan dan biasanya mereka dirantai.

Menurut Agustine, pihaknya akan berikthiar untuk gajah-gajah tersebut ada kebebasan bergerak dengan menempatkan di fasiliti yang ada kemudahan sedemikian.

“Namun Sabah tiada kemudahan sedemikian kecuali kerajaan dapat memberikan peruntukan mencukupi untuk menyediakan kemudahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Agustine turut berkata, langkah lain ialah menghantar gajah-gajah itu ke luar negara yang mempunyai kemudahan mencukupi di mana mereka bebas bergerak tanpa dikurung di tempat sempit atau dirantai.

“Kebajikan gajah adalah aspek paling penting dalam pengurusan gajah dalam kurungan,” jelasnya.

Tambahnya, terlalu banyak gajah dalam kurungan di Sabah sekarang. Fasiliti sedia ada tidak dapat menampung kebebasan mereka bergerak dalam kawasan yang mencukupi keluasannya.

“Justeru, bilangan kakitangan yang menjaga gajah-gajah ini juga adalah sangat jauh kurang daripada bilangan yang sepatutnya. Kebanyakan pekerja adalah ditaja atau dibayar gaji oleh badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),” katanya.

Pada Ahad lalu, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, petugas Taman Hidupan Liar Lok kawi, berusia 49 tahun berkenaan, dikatakan sedang memberi rawatan terhadap seekor anak gajah pygmy yang cedera sebelum seekor gajah dewasa meluru ke arahnya secara tiba-tiba dan menyerang mangsa.

Akibat daripada serangan itu, mangsa parah di bahagian dada serta perut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin, berkata pihaknya masih menunggu laporan lengkap mengenai kejadian tersebut daripada pihak berkuasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/30/fasiliti-lebih-baik-untuk-penempatan-gajah-diperlukan-agustine/feed/ 0 27145
Anggota RELA Diseru Siap Siaga Jalankan Tugas Bila-Bila Masa Diperlukan https://sabahmedia.com/2022/01/29/anggota-rela-diseru-siap-siaga-jalankan-tugas-bila-bila-masa-diperlukan/ https://sabahmedia.com/2022/01/29/anggota-rela-diseru-siap-siaga-jalankan-tugas-bila-bila-masa-diperlukan/#respond Sat, 29 Jan 2022 10:30:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11718
Read Time:1 Minute, 53 Second

RANAU: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di negara ini diseru supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam bidang tugas dan menjadi anggota yang sentiasa bersiap siaga menjalankan tugas dan bertanggungjawab menggalas  amanah pada bila-bila masa diperlukan.

Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, seorang anggota RELA mempunyai tanggungjawab dan harus berintegriti serta sentiasa bersikap positif terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan   dengan mempraktikkan pengalaman, pengetahuan, kepakaran serta kemahiran yang dimilikinya apabila mendepani tugas sama ada di hutan, sungai ataupun di lautan, tidak mudah patah semangat meskipun mendepani situasi getir atau kecemasan.

Para peserta kursus dan Jurulatih merakam gambar bersama Datuk Jonathan (duduk depan tiga kiri), Awang Damit (duduk dua kiri) dan Mairy (duduk tiga kanan).
Para peserta kursus dan jurulatih merakam gambar kenangan bersama Datuk Jonathan (duduk depan tiga kiri), Awang Damit (duduk dua kiri) dan Mairy (duduk tiga kanan).

“”Justeru setiap anggota RELA perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan baharu dari masa ke semasa mengikut arus perdana negara dan keperluan semasa.

“Oleh sebab itu, anggota RELA harus mengikuti Kursus, Seminar atau apa sahaja latihan kemahiran yang perlu dikuasi sebagai seorang anggota RELA yang sentiasa peka terhadap keperluan organisasi,  masyarakat dan negara,” tegas Jonathan ketika  berucap merasmikan majlis penangguhan Kursus Asas Penyelamat, Mengendali Perahu Arus Deras dan Kursus Kepimpinan Rela daerah Ranau Siri 1/2022 di Kolam Rekreasi Bongkud terletak 15 Kilometer dari pekan di sini yang berlangsung selama seminggu dan berakhir hari ini (29 Januari).

Jonathan memuji  Jawatankuasa penganjur (RELA Daerah Ranau) kerana berjaya mengelola kursus itu dengan lancar dan teratur mengikut jadual yang ditetapkan.

“Ini satu kejayaan pihak RELA Daerah Ranau, syabas dan tahniah pastinya kursus seperti ini telah memberi banyak  pengalaman baru dan berguna kepada  peserta.

“Saya mengharapkan kepada peserta supaya dapat mempraktikkan pengetahuan yang diperolehi apabila bertugas kelak.

“Kursus yang anda ikuti hari ini, bukanlah yang terakhir sebaliknya satu permulaan dan pastinya ada lagi kursus akan menyusul dan saya sarankan agar apa juga kursus yang diadakan kelak,  hendaklah disertai demi kebaikan diri sendiri, pasukan (platun) seluruhnya”, tegas Jonathan yang turut memuji kecekapan para peserta yang menyertai  Demontrasi Mengendali Perahu Arus Deras dan Menyelamat.

Turut hadir Pegawai Operasi Rela Sabah, PPR Awang  Damit Pg Yusuf, mewakili Pengarah Rela negeri Sabah, TPjR Mohammad Pauzi Juhmat dan Pegawai Rela daerah Ranau, PPjR Mairy  Yubin.

Dalam majlis itu, seramai 30 peserta menerima Sijil Penyertaan manakala semua Jurulatih turut menerima Sijil Penghargaan masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/29/anggota-rela-diseru-siap-siaga-jalankan-tugas-bila-bila-masa-diperlukan/feed/ 0 11718
PICK : 2.67 Juta Dos Vaksin COVID-19 Diperlukan Sabah Tampung Keperluan Vaksinasi https://sabahmedia.com/2021/09/06/pick-2-67-juta-dos-vaksin-covid-19-diperlukan-sabah-tampung-keperluan-vaksinasi/ https://sabahmedia.com/2021/09/06/pick-2-67-juta-dos-vaksin-covid-19-diperlukan-sabah-tampung-keperluan-vaksinasi/#respond Mon, 06 Sep 2021 11:21:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5905
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Sabah masih memerlukan bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 2.67 juta dos bagi menampung keperluan penduduk yang belum divaksin selain belum melengkapkan suntikan kedua.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, jumlah itu hanya untuk pemberian vaksin kepada penduduk dewasa dan belum melibatkan penduduk berusia 12 hingga 17 tahun.

“Kita juga berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas keprihatinan pemberian bekalan
vaksin yang diperlukan. Bekalan vaksin sebanyak 1,056,360 dos pada bulan Julai diikuti 1,650,510 dos pada bulan Ogos dan 765,920 dos sehingga 5 September telah dapat melonjakkan aktiviti pemberian vaksin dan meningkatkan kadar peratusan penduduk diimunisasi.

“Berdasarkan bilangan baki penduduk yang belum menerima vaksin dan jumlah penduduk yang masih menunggu dos kedua, Sabah masih memerlukan bekalan vaksin yang agak banyak iaitu 2,672,645 dos,” katanya.

Beliau berkata dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Sabah di Menara Kinabalu disini hari ini.

Hadir sama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Hajiji berkata, sehingga 4 September lalu, seramai 122,190 orang penduduk berusia 18 tahun ke bawah di Sabah telah mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi sistem MySejahtera.

“Bagi tempoh sehingga 4 September, peratusan penduduk dewasa yang lengkap menerima vaksin telah meningkat kepada 44.8 peratus sementara peratusan penduduk Sabah yang telah menerima dos pertama adalah 63.7 peratus.

“Kerajaan negeri juga yakin dengan kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berjumlah 83,140 orang sehari dan pelaksanaan program outreach ke kawasan terpencil, sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk diberikan imunisasi akan tercapai pada bulan depan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Khairy Jamaluddin, atas lawatan kerjanya yang pertama ke Sabah sebagai Menteri Kesihatan selepas dilantik menerajui Kementerian Kesihatan pada 27 Ogos lalu.

“Saya ingin merakamkan tahniah kepada Khairy yang kini menerajui Kementerian Kesihatan. Lawatan Menteri Kesihatan ke Sabah turut membawa berita gembira kepada negeri ini terutamanya berkaitan peningkatan aktiviti vaksinasi bagi vaksin CanSino melalui mobile outreach .

“Selain itu penambahan peralatan perubatan ke Sabah melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti silinder oksigen, kotak Oxygen Regulator dan ubat-ubatan COVID-19 yang dijangka tiba dalam minggu ini,”katanya.

“Begitu juga dengan penambahan ambulan dan pegawai perubatan. Justeru, kerajaan negeri ingin merakamkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan khususnya kepada Menteri Kesihatan,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/06/pick-2-67-juta-dos-vaksin-covid-19-diperlukan-sabah-tampung-keperluan-vaksinasi/feed/ 0 5905
Produk pertanian yang lebih mampan diperlukan di Sabah – Jeffrey Kitingan https://sabahmedia.com/2021/08/01/produk-pertanian-yang-lebih-mampan-diperlukan-di-sabah-jeffrey-kitingan/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/produk-pertanian-yang-lebih-mampan-diperlukan-di-sabah-jeffrey-kitingan/#respond Sun, 01 Aug 2021 04:44:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3886
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Agropreneur digalakkan untuk membangunkan lebih banyak produk yang mesra alam sejajar dengan dasar kerajaan untuk mempromosikan amalan pertanian yang baik di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, produk seperti kawalan perosak organik akan mengurangkan penggunaan racun perosak kimia.

“Penggunaan racun perosak kimia telah terbukti berbahaya bukan sahaja kepada kesihatan pengguna tetapi juga kepada tanah dalam jangka panjang,” katanya ketika bercakap di pelancaran maya Farm Tokou pada Sabtu.

Farm Tokou adalah sebuah syarikat persendirian yang ditubuhkan pada tahun 2018, dan memfokuskan dalam sektor pertanian dan penternakan moden. Syarikat itu menghasilkan sayur-sayuran organik dan udang kara air tawar serta membekalkan input pertanian dan penternakan di Sabah.

Jeffrey yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, pertanian yang mampan oleh syarikat seperti Farm Tokou diharap membuka mata golongan muda di Sabah untuk terus berusaha dalam sektor pertanian dan industri tempatan yang lain.

“Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif untuk menggalakkan agropreneur untuk menyumbang idea dan usaha mereka untuk membantu mengambil industri pertanian kami ke peringkat seterusnya.

“Di antaranya ialah program muda Agropreneur yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Persekutuan yang menyediakan agropreneur yang layak dengan geran kewangan sehingga RM20,000.

“Skop ini juga termasuk agro-pelancongan, sokongan dan logistik yang saya percaya amat diperlukan di Sabah.

“Saya sangat mengalu-alukan belia Sabah untuk memanfaatkan geran ini dan geran lain yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu mereka dengan perniagaan mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/produk-pertanian-yang-lebih-mampan-diperlukan-di-sabah-jeffrey-kitingan/feed/ 0 3886