Diperuntukkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 25 Mar 2023 09:58:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Diperuntukkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RM107.43 juta diperuntukkan bagi pembinaan kompleks OKU, warga tua https://sabahmedia.com/2023/03/25/rm107-43-juta-diperuntukkan-bagi-pembinaan-kompleks-oku-warga-tua/ https://sabahmedia.com/2023/03/25/rm107-43-juta-diperuntukkan-bagi-pembinaan-kompleks-oku-warga-tua/#respond Sat, 25 Mar 2023 09:57:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31492
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM107.43 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, pada tahun ini, antara lain bagi meneruskan projek pembinaan kompleks yang diperlukan golongan orang kurang upaya (OKU) dan
warga tua.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia membabitkan pembinaan Kompleks Bersepadu OKU dan warga tua serta pembinaan bangunan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan; dan Kompleks Latihan OKU di Daerah Sandakan.

“Di samping itu, bagi meneruskan pemberian bantuan kepada golongan rentan khususnya OKU, warga tua, anak yatim dan Ibu tunggal serta bantuan am di seluruh negeri ini, Kerajaan bersetuju menaikkan peruntukan kepada RM76.29 juta pada tahun ini dengan seramai 24,781 orang akan menikmati manfaat di bawah bantuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penutupan Program `Sentuhan Kasih Untaian Budi’ di Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya, Sembulan di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.

Sehubungan itu katanya, Kerajaan Negeri menyokong penuh program kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada golongan yang memerlukannya di negeri ini.

Katanya, usaha mahasiswa Pendidikan Lanjutan Universiti Utara Malaysia Kampus Kota Kinabalu yang bekerjasama dengan pelbagai pihak lain untuk mengadakan program “Sentuhan Kasih, Untaian Budi” di Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya, Sembulan, amat dihargai.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/25/rm107-43-juta-diperuntukkan-bagi-pembinaan-kompleks-oku-warga-tua/feed/ 0 31492
RM54.05 juta diperuntukkan untuk sekolah & perkembangan badan keagamaan bukan Islam tahun 2023 https://sabahmedia.com/2022/12/13/rm54-05-juta-diperuntukkan-untuk-sekolah-perkembangan-badan-keagamaan-bukan-islam-tahun-2023/ https://sabahmedia.com/2022/12/13/rm54-05-juta-diperuntukkan-untuk-sekolah-perkembangan-badan-keagamaan-bukan-islam-tahun-2023/#respond Tue, 13 Dec 2022 13:35:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26274
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM54.05 juta dalam Belanjawan 2023 Sabah untuk bantuan dan pemberian kepada sekolah-sekolah dan perkembangan badan-badan keagamaan bukan Islam di Sabah tahun hadapan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, bantuan dan pemberian itu meningkat sebanyak RM7.05 juta berbanding tahun 2022.

“Sebagai kerajaan yang prihatin dan saksama, kita akan meneruskan bantuan dan peruntukan kepada badan-badan keagamaan bukan Islam yang juga akan memberi manfaat kepada gereja-gereja di negeri ini”.

“Inilah tanda dan bukti bahawa Kerajaan Negeri serius dan ikhlas dalam membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama”, katanya pada Majlis Perasmian Sambutan KK Christmas 2022 di Padang Merdeka Kota Kinabalu, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri, Datuk Seri Dr. Jeffrey G.Kitingan.

Hajiji menyeru kepada seluruh rakyat untuk terus bersama-sama dengan kerajaan dalam memastikan kemakmuran sosial dapat terus dipelihara dan dipertingkatkan demi kesejahteraan dan manfaat bersama.

“Lupakanlah perkara berkaitan politik kerana sekarang adalah masa untuk kita bekerja demi rakyat dan negeri. Apa yang penting, kerjasama dan sokongan daripada rakyat akan menyumbang kejayaan kepada segala dasar dan program yang sedang kita laksanakan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” tegasnya.

Katanya, perpaduan rakyat, keharmonian kaum dan toleransi beragama yang kukuh di negeri ini hendaklah dikekalkan untuk kebaikan generasi sekarang dan akan datang.

Menurutnya, apa jua tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan kestabilan kerajaan, hendaklah dihindari agar agenda pembangunan yang telah dirancang untuk meningkatkan lagi ekonomi negeri ini dapat direalisasikan.

Hajiji berkata, semangat perpaduan, toleransi dan saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat Sabah yang berbilang bangsa, kaum dan agama sudah lama dipraktikkan rakyat negeri ini.

“Malah dalam setiap perayaan, kita meraikan tanpa mengira bangsa dan agama.

Justeru, saya mahu rakyat di negeri ini untuk bersama-sama mengenepikan perbezaan dan fokus kepada nilai yang menyatukan dan bukan memecah belahkan sesama rakyat”, tambahnya.

Katanya, Kerajaan Negeri menghargai dan menyambut baik komitmen dan usaha Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-Gereja Sabah, kerana berjaya menganjurkan sambutan KK Christmas kali ke-17 bersama rakyat di daerah Kota Kinabalu.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan Tahun Baharu 2023 kepada seluruh rakyat Negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/13/rm54-05-juta-diperuntukkan-untuk-sekolah-perkembangan-badan-keagamaan-bukan-islam-tahun-2023/feed/ 0 26274
Hampir RM25 Juta Diperuntukkan Untuk Pembangunan Kota Belud Tahun Ini https://sabahmedia.com/2021/11/27/hampir-rm25-juta-diperuntukkan-untuk-pembangunan-kota-belud-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2021/11/27/hampir-rm25-juta-diperuntukkan-untuk-pembangunan-kota-belud-tahun-ini/#respond Sat, 27 Nov 2021 05:24:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8960
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA BELUD: Kerajaan Negeri dan Persekutuan memperuntukkan hampir RM25 juta untuk melaksanakan projek pembangunan dan kemudahan asas untuk manfaat penduduk di daerah ini pada tahun ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dibawah Bajet Negeri 2021 , sebanyak RM17.07 juta diperuntukkan kepada pejabat daerah sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memastikan objektif dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat dicapai.

Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan lagi RM7.9 juta kepada pejabat daerah.

“Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk manfaat rakyat di daerah ini,” katanya pada perasmian Tamu Besar di Dewan Tun Said di sini pada Sabtu.

Ucapan beliau dibacakan oleh Adun Usukan Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak.

Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut memberi peruntukan khas sebanyak RM6.5 juta tahun ini untuk kerja-kerja menaik taraf sekeliling kawasan Lebak Moyoh yang sering dilanda banjir.

Lebak Moyoh di sekelilingnya terletak betul-betul di tengah-tengah laluan utama yang menghubungkan ibu negeri ke bahagian utara Sabah.

“Kerja-kerja menaik taraf sudah 64 peratus siap. Saya pasti setelah siap, pengguna jalan raya yang melakukan perjalanan di sepanjang laluan akan menjadi lebih selesa (kerana mereka tidak lagi perlu menghadapi banjir setiap kali hujan),” katanya.

Hajiji berkata melalui Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak kerajaan telah meluluskan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo merangkumi 32.2 km merentasi daerah dari Pituru ke Rampayan.

Pituru disambungkan ke Serusup di Tuaran melalui Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 20.7 km pakej yang dijangka akan dilaksanakan Disember ini.

Katanya, kerajaan juga telah giat membaiki dan membina 23 daripada 47 sekolah di Kota Belud.

Hajiji berkata kerajaan juga prihatin dengan nasib pengusaha pelancongan tempatan yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Kota Belud telah menjadi destinasi pelancongan kegemaran dan antara tarikan utamanya ialah pelancongan desa berasaskan komuniti di Kadamaian yang telah dilancarkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah pada tahun 2014.

“Kerajaan akan sentiasa menyokong dan memberi bantuan supaya sektor pelancongan akan terus maju ke hadapan,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Menteri mengucapkan tahniah kepada Pejabat Daerah Kota Belud kerana melancarkan Pelan Strategik Daerah Kota Belud 2020-2030.

“Pelan itu akan menjadi panduan kepada semua perancangan pembangunan dan infrastruktur untuk mengangkat kesejahteraan sosio-ekonomi penduduk daerah, yang selaras dengan aspirasi SMJ,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap tidak ada pihak yang terpinggir daripada rancangan pembangunan itu dan ia akan berjaya dilaksanakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/27/hampir-rm25-juta-diperuntukkan-untuk-pembangunan-kota-belud-tahun-ini/feed/ 0 8960
RM61 Juta Bantuan Kewangan Diperuntukkan Untuk Penggiat Industri Pelancongan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/25/rm61-juta-bantuan-kewangan-diperuntukkan-untuk-penggiat-industri-pelancongan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/25/rm61-juta-bantuan-kewangan-diperuntukkan-untuk-penggiat-industri-pelancongan-di-sabah/#respond Thu, 25 Nov 2021 08:37:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8858
Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM61 juta bagi tujuan bantuan kewangan yang diberikan secara berperingkat sehingga kini kepada lebih kurang 1,817 penggiat industri pelancongan di Sabah.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat berkata, pihak kerajaan telah memberi bantuan kewangan ini sebagai tanda pengiktirafan, penghargaan dan usaha sama berterusan kepada penggiat-penggiat industri pelancongan yang kali ini diadakan di negeri Sabah juga merupakan yang terakhir bagi tahun 2021 selepas penganjuran majlis yang sama di Langkawi, Kuching, Terengganu dan Kuala Lumpur.

“Kumpulan yang menerima bantuan adalah termasuk Pemandu Pelancong, Pengusahaan Pelancongan, Program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H), Pengusaha Spa dan Pusat Urut Kaki serta Program Pengalaman Homestay Malaysia yang telah berdaftar di bawah MOTAC, ” kata Noor Zari, teks ucapannya disampaikan oleh wakil beliau iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Mohd Zamri Mat Zain semasa menyempurnakan majlis penyampaian bantuan kewangan kepada penggiat industri pelancongan Sabah di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, hari ini.

Katanya, melalui peruntukan yang diberikan, secara tidak langsung membolehkan lebih ramai pihak terlibat sama dalam merancang strategi yang lebih mampan dan berdaya saing demi merancakkan semula industri pelancongan negara ini.

Menurut Noor Zari, menerusi Bajet 2022 yang telah dibentangkan , kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.6 Bilion kepada sektor pelancongan bagi membantu memulihkan industri pelancongan negara. Peruntukan ini termasuk RM85 juta Bantuan Khas kepada lebih 20 ribu pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC.

“Melalui peruntukan yang diberikan ini, MOTAC akan meneruskan lagi usaha-usaha untuk membantu pengusaha pelancongan yang terjejas teruk. Ini merupakan pertambahan sebanyak RM24 juta daripada peruntukan bagi tahun 2021 dan bertujuan memastikan sektor pelancongan kembali rancak dan menjadi salah satu penyumbang utama kepada pendapatan negara,” jelas Noor Zari.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/25/rm61-juta-bantuan-kewangan-diperuntukkan-untuk-penggiat-industri-pelancongan-di-sabah/feed/ 0 8858