dirampas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 19 Jun 2024 12:21:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dirampas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPDN Sabah rampas 4,000 liter minyak diesel diseleweng https://sabahmedia.com/2024/06/19/kpdn-sabah-rampas-4000-liter-minyak-diesel-diseleweng/ https://sabahmedia.com/2024/06/19/kpdn-sabah-rampas-4000-liter-minyak-diesel-diseleweng/#respond Wed, 19 Jun 2024 12:21:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56250
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 4,000 liter minyak diesel disyaki diseleweng, dirampas dalam satu operasi Ops Tiris 3.0 oleh sepasukan pegawai penguatkuasa dari Ibu Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah di sebuah stor tidak bernombor, Jalan Sin San, Pasir Putih, Tawau petang tadi. (19 Jun)

Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas berkata, serbuan yang dijalankan sekitar jam 2.20 petang di lokasi berkenaan itu telah menjumpai serta menyita sebanyak 4,000 liter minyak diesel yang ditemui dalam 18 unit drum berkapasiti 200 liter (sebanyak 2,000 liter) dan dalam sebuah tangki trailer berkapasiti 20,000 liter (sebanyak 2,000 liter) yang disyaki diselewengkan.

Katanya, turut disita barangan yang terlibat dalam aktiviti haram itu termasuk kenderaan pacuan empat roda jenama Isuzu Single Cab (1 unit), tangki fiber yang telah diubah suai kapasiti 1,000 liter (1 unit), drum kapasiti 200 liter (18 unit), hose getah (1 unit), mesin pump minyak (2 unit) dan tangki trailer (1 unit).

“Nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM 104,500.00.

“Seorang lelaki warga tempatan berumur 31 tahun yang dipercayai penjaga stor di lokasi serbuan turut ditahan dan diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Georgie, risikan telah dijalankan selama seminggu oleh KPDN Sabah sebelum serbuan dijalankan.

“Berdasarkan keterangan awal, premis stor tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan minyak diesel di lokasi berkenaan.

“Sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu minyak diesel dengan tujuan untuk melakukan kesalahan Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan bahawa KPDN Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri Sabah agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui saluran WhatsApp iaitu 019-848 8000; Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my; Call Centre 1-800-886-800, dan; dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/19/kpdn-sabah-rampas-4000-liter-minyak-diesel-diseleweng/feed/ 0 56250
Kontena mengandungi daging ayam beku berlogo halal campur daging babi, dirampas https://sabahmedia.com/2024/05/22/kpdn-sabah-terima-kes-serahan-kontena-mengandungi-daging-ayam-beku-berlogo-halal-campur-daging-babi/ https://sabahmedia.com/2024/05/22/kpdn-sabah-terima-kes-serahan-kontena-mengandungi-daging-ayam-beku-berlogo-halal-campur-daging-babi/#respond Wed, 22 May 2024 07:34:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54841
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah telah menerima kes serahan yang disyaki terlibat dengan pelanggaran takrifan halal daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Kota Kinabalu Sabah pada Selasa.

Menurut Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas, pada 21 Mei 2024, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pekhidmatan Veterinar Sabah menjalankan pemeriksaan bersepadu ke atas sebuah Stor Tanpa Nama di Jalan Burung Keleto, Inaman, telah menemui sebuah kontena sejuk beku yang mengandungi daging ayam beku yang mempunyai logo halal pada kotak disimpan bersekali dengan daging babi.

“Seterusnya PGA telah menahan kontena sejuk beku tersebut dan menyerahkan kepada KPDN Sabah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Georgie berkata, hasil pemeriksaan semula yang dijalankan KPDN Sabah ke atas kontena berkenaan telah menghasilkan sitaan sebanyak 847 kotak ayam sejuk beku yang yang mempunyai logo halal dianggarkan bernilai RM121,968.00 dan sebuah kontena sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM30,000.00.

“Jumlah keseluruhan nilai barang rampasan adalah sebanyak RM151,968.00,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, seorang lelaki tempatan pemilik premis yang ditemui di tempat kejadian diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan.

“Sementara daging babi disita oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah untuk tindakan lanjut.

“Kes ini akan disiasat di bawah Perintah 3 (1) (g) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu menyimpan barang yang diperihalkan sebagai halal dengan barang yang tidak diperihalkan sebagai halal berdekatan di satu tempat simpanan yang sama.

“Di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Perintah ini boleh, apabila disabitkan, jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.

“Jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juga ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” tegasnya.

Georgie turut mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti salah laku dan tidak beretika peniaga berhubung penggunaan logo halal boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

i. WhatsApp iaitu 019-848 8000;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800, dan;
iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/22/kpdn-sabah-terima-kes-serahan-kontena-mengandungi-daging-ayam-beku-berlogo-halal-campur-daging-babi/feed/ 0 54841