Direkodkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 08 Dec 2021 12:13:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Direkodkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Kluster Baharu Direkodkan Di Sabah Libatkan Pelajar IPG https://sabahmedia.com/2021/12/08/covid-19-kluster-baharu-direkodkan-di-sabah-libatkan-pelajar-ipg/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/covid-19-kluster-baharu-direkodkan-di-sabah-libatkan-pelajar-ipg/#respond Wed, 08 Dec 2021 12:13:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9575
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan asrama pelajar siswi Institut Pendidikan Guru (IPG) di Bakut, Tuaran.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Jalan Tuaran Bakut- Tuaran bermula dari kes indeks seorang pelajar wanita yang didapati positif COVID-19.

“Saringan kesihatan di kalangan kontak rapat mendapati 26 orang lagi pelajar yang tinggal di asrama bersama indeks kes telah dijangkiti.

“Kesemua yang dijangkiti telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sesuai,”katanya.

Dalam perkembangan lain, turut dilaporkan jumlah kes positif COVID-19 baharu bagi negeri Sabah hari ini iaitu sebanyak 322 kes, menjadikan jumlah kumulatif 236,046 kes.

Manakala lima kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Ranau, Lahad Datu, Sipitang, Kota Marudu dan Penampang.

Menurut Masidi, empat daerah mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu Tuaran 55 kes, Kota Kinabalu 53 kes, Ranau 34 kes dan Kota Belud 25 kes. Bagaimanapun, sebanyak 16 daerah merekodkan kes pada satu angka sahaja dan enam daripadanya merekodkan sifar kes.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/covid-19-kluster-baharu-direkodkan-di-sabah-libatkan-pelajar-ipg/feed/ 0 9575
COVID-19: Dua Kluster Baharu Jenis Komuniti Direkodkan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/03/covid-19-dua-kluster-baharu-jenis-komuniti-direkodkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/03/covid-19-dua-kluster-baharu-jenis-komuniti-direkodkan-di-sabah/#respond Wed, 03 Nov 2021 13:52:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8163
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu merupakan jenis komuniti direkodkan di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Sawit Jati, Kinabatangan dan Kluster Tumbalang, Ranau.

Katanya, Kluster Sawit Jati, Kinabatangan tercetus selepas kes indeks seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 47 tahun, bekerja di sebuah ladang kelapa sawit (gatekeeper) di dalam Daerah Kinabatangan, mengalami sesak nafas dan demam sejak 20 Oktober 2021, disahkan positif COVID-19 pada 21 Oktober 2021 oleh Klinik Swasta Mabello Paris, Kinabatangan dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut.

Berikutan dengan kes tersebut, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 25 kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut positif COVID-19.

Manakala kluster kedua iaitu Kluster Tumbalang, Ranau dikesan di Daerah Ranau pada 23 Oktober 2021.

Menurut Masidi, kes indeks adalah lelaki tempatan berusia 37 tahun bekerja sebagai pemandu kereta sapu, disahkan positif COVID-19 di Hospital Ranau selepas bergejala sejak 19 Oktober 2021 dengan keputusan positif COVID-19.

“Saringan kontak rapat yang dilakukan pada 25 Oktober sehingga 1 November 2021 mendapati seramai 54 orang daripada lokaliti yang sama dikesan positif COVID-19.

“Namun pada 3 November 2021, terdapat tambahan sebanyak dua orang lagi penduduk daripada Kg Tumbalang turut dikesan positif COVID-19 melalui saringan kontak rapat di klinik Timbua, menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 56 kes,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/03/covid-19-dua-kluster-baharu-jenis-komuniti-direkodkan-di-sabah/feed/ 0 8163