direman – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Apr 2026 10:59:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png direman – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga penjawat awam direman disyaki terima rasuah RM500,000 https://sabahmedia.com/2026/04/15/tiga-penjawat-awam-direman-disyaki-terima-rasuah-rm500000/ https://sabahmedia.com/2026/04/15/tiga-penjawat-awam-direman-disyaki-terima-rasuah-rm500000/#respond Wed, 15 Apr 2026 10:59:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94948
Read Time:59 Second

TAWAU: Tiga penjawat awam sebuah agensi penguatkuasaan di sebuah daerah di Sabah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000.

Perintah reman sehingga 22 April itu dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Tawau, pagi tadi.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 40-an hingga 50-an itu ditahan antara jam empat hingga lima petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Tawau.

Katanya, siasatan awal mendapati semua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024 sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap lori milik syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada dua pegawai dan seorang anggota penguat kuasa dipercayai menerima wang rasuah melalui pemindahan ke akaun bank peribadi masing-masing, selain bayaran bulanan antara kira-kira RM500 hingga RM30,000 daripada beberapa syarikat kenderaan berat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/15/tiga-penjawat-awam-direman-disyaki-terima-rasuah-rm500000/feed/ 0 94948
Juruukur bahan PBT direman terima suapan lebih RM200,000 https://sabahmedia.com/2025/07/09/juruukur-bahan-pbt-direman-terima-suapan-rm200000/ https://sabahmedia.com/2025/07/09/juruukur-bahan-pbt-direman-terima-suapan-rm200000/#respond Wed, 09 Jul 2025 08:10:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76988
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Seorang juruukur bahan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah direman selama empat hari bermula hari ini selepas disyaki menerima suapan lebih RM200,000 daripada beberapa kontraktor dan syarikat pembekal sebagai balasan membantu mendapatkan projek ditawarkan PBT berkenaan.

Perintah reman sehingga 13 Julai 2025 itu dikeluarkan Majistret Wan Farrah Farizza Wan Ghazali di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy berkata, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Suspek disyaki menerima rasuah melebihi RM200,000 daripada beberapa kontraktor dan syarikat pembekal menerusi pelbagai transaksi, sebagai ganjaran membantu mereka memperoleh projek PBT.

“Antara projek terlibat termasuk pembasmian kemiskinan, pembinaan rumah mesra Sabah, kerja-kerja pembersihan pusat pembuangan sampah serta pembekalan alat ganti kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, aktiviti rasuah itu dipercayai berlaku dalam tempoh antara tahun 2021 hingga 2024 dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/09/juruukur-bahan-pbt-direman-terima-suapan-rm200000/feed/ 0 76988