disebabkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 01 Feb 2024 07:02:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png disebabkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ibu Pejabat SESB Kota Kinabalu akan pindah ke lokasi baharu disebabkan bangunan uzur, tidak selamat https://sabahmedia.com/2024/02/01/ibu-pejabat-sesb-kota-kinabalu-akan-pindah-ke-lokasi-baharu-disebabkan-bangunan-uzur-tidak-selamat/ https://sabahmedia.com/2024/02/01/ibu-pejabat-sesb-kota-kinabalu-akan-pindah-ke-lokasi-baharu-disebabkan-bangunan-uzur-tidak-selamat/#respond Thu, 01 Feb 2024 06:28:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48804
Read Time:2 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Wisma SESB akan dikosongkan berikutan struktur bangunannya yang semakin uzur dan tidak selamat untuk digunakan lagi, justeru itu, SESB akan keluar dan berpindah ke lokasi pejabat baharu demi keselamatan pekerja dan orang awam secara keseluruhannya.

Perkara itu dinyatakan menerusi satu kenyataan media Bahagian Komunikasi Korporat, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini.

Mengimbas kembali sejarah bangunan Wisma SESB yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu, ia telah banyak menyaksikan pelbagai peristiwa perkembangan industri bekalan elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dibina pada tahun 1976 dengan gaya senibina yang mencerminkan kegemilangan zaman itu, bangunan ini menjadi simbol kemajuan teknologi pada waktu tersebut.

Bangunan ini bukan sahaja sekadar bangunan menempatkan pejabat SESB tetapi juga pernah menjadi lokasi tempat para remaja di sekitar Kota Kinabalu berkumpul pada hujung minggu di penghujung tahun 80-an untuk bermain sukan skating.

Dengan ketinggian 10 tingkat, bangunan ini juga menempatkan penthouse di tingkat 10 yang pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pejabat tokoh-tokoh politik negeri Sabah dan kini digunakan sebagai pejabat Pengerusi SESB.

Selain itu, setiap hujung minggu, suasana lobi Wisma SESB sentiasa meriah dengan pemegang bunga manggar dan paluan kompang dalam majlis resepsi perkahwinan.

Pemilihan Dewan Wisma SESB sebagai lokasi majlis perkahwinan bukan sahaja disebabkan keunikan seni ukiran dalaman dewan tetapi juga lokasi yang strategik dengan ruang parkir yang luas serta sewa yang berpatutan.

Sejak dibuka kepada umum untuk tujuan penyewaan, Dewan SESB telah menjadi saksi kepada ribuan pasangan yang melangsungkan perkahwinan dan sekaligus majlis persandingan mereka.

Namun, bermula pada tahun ini, kata kenyataan itu, Dewan SESB tidak lagi mampu untuk menjadi saksi kepada kemeriahan sambutan majlis seumpama itu kerana memberi ruang kepada kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan bangunan secara makro.

Menurutnya, Wisma SESB juga adalah antara bangunan-bangunan yang lama dibina di sekitar Kota Kinabalu selain Wisma MUIS, Wisma Dang Bandang, Wisma Merdeka, Bangunan Pejabat Pos, Bangunan KUWASA, Bangunan Tun Fuad dan Bangunan Pejabat Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, sesuai dengan usia bangunan yang semakin meningkat, Wisma SESB tidak terlepas daripada
beberapa masalah konkrit yang dihadapi.

“Kelemahan dari bahan pembangunan dahulu yang banyak menggunakan pasir laut telah menyebabkan beberapa bahagian bangunan mengalami keretakan dan kelemahan struktur.

“Persekitaran dan cuaca tropika di Sabah menyebabkan bangunan ini terdedah kepada kelembapan dan pancaran matahari terik yang menyumbang kepada pembentukan kulat, kerosakan cat dan permukaan bangunan.

“Pelbagai usaha telah diambil untuk menangani masalah keusangan Wisma SESB termasuk merancang penstrukturan dalaman yang lebih moden dan kondusif agar dapat terus berfungsi sebagai pusat inovasi dalam industri elektrik.

“Kolaborasi dengan pakar teknologi tempatan dan penyelesaian inovatif seperti penggunaan ruang yang lebih baik turut menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan bangunan ini.

“Namun usaha menyeluruh dalam pemuliharaan struktur bangunan ini secara berkala agar ia dapat terus memberi manfaat kepada masyarakat Sabah tidak dapat diteruskan berikutan usia yang semakin uzur,” jelasnya.

Selain itu, jelas kenyataan itu lagi, isu kekurangan ruang bagi menampung kemudahan moden dan berkualiti juga menjadi kekangan kepada usaha memperbaharui atau memodenkan bangunan.

“Namun demikian, Wisma SESB yang kini berusia 48 tahun itu terus uzur dan akhirnya SESB akur untuk keluar dan berpindah ke lokasi pejabat baharu demi keselamatan pekerja dan orang awam secara keseluruhannya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/01/ibu-pejabat-sesb-kota-kinabalu-akan-pindah-ke-lokasi-baharu-disebabkan-bangunan-uzur-tidak-selamat/feed/ 0 48804
Gangguan bekalan disebabkan harga gula mentah tinggi di pasaran antarabangsa – Armizan https://sabahmedia.com/2023/11/12/gangguan-bekalan-disebabkan-harga-gula-mentah-tinggi-di-pasaran-antarabangsa-armizan/ https://sabahmedia.com/2023/11/12/gangguan-bekalan-disebabkan-harga-gula-mentah-tinggi-di-pasaran-antarabangsa-armizan/#respond Sun, 12 Nov 2023 13:49:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45118
Read Time:1 Minute, 54 Second

BERNAMA

PITAS: Gangguan bekalan gula yang berlaku di Sabah serta beberapa kawasan di negara ini antara lain disebabkan harga gula mentah di pasaran antarabangsa yang tinggi, kata Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Bagi mendepani isu itu, beliau berkata kerajaan meluluskan permit import (AP) kepada 43 syarikat bagi membawa masuk 557,080 tan metrik gula supaya bekalan untuk rakyat sentiasa stabil tetapi hanya 22,547 tan metrik atau 4.05 peratus dapat dibawa masuk sehingga Khamis lepas.

Beliau berkata kenaikan harga gula mentah sebanyak 52 peratus di peringkat antarabangsa pada masa ini menyebabkan peningkatan kos pengeluaran kepada pengilang tempatan namun pada masa sama harga gula dikawal oleh kerajaan.

“Mengelak kerugian berterusan mereka (pengilang tempatan) kurangkan pengeluaran menyebabkan gangguan bekalan gula (di pasaran tempatan) dan mereka merayu harga dinaikkan tetapi kerajaan belum ambil keputusan…kerajaan kaji unjuran harga gula antarabangsa dan dijangka meningkat.

“Jadi pendekatan kita sejak awal tahun ini kita buka AP import, malangnya jumlah gula dibawa masuk itu rendah, isunya kembali tidak mampu bawa masuk gula itu kerana harga tinggi di antarabangsa. Jadi kerajaan sedang mencari jalan selesaikan isu ini supaya bekalan gula cukup untuk rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Daerah Pitas dan meninjau Program Jualan Ramah di sini hari ini.

Armizan berkata pihaknya ada menerima aduan tentang gangguan bekalan gula terutama yang dikawal pada harga RM2.85 sekilogram di pasaran Sabah juga negeri lain, namun penyelesaian isu itu perlu mengambil kira tahap bekalan gula dan bukan harga semata-mata.

“Kerajaan dalam proses mempertimbangkan langkah jangka panjang berkaitan bekalan gula sebab tanggungjawab kerajaan bukan hanya lihat harga gula munasabah, rendah dan dikawal tetapi juga pastikan kestabilan bekalan gula itu.

“Kalau kawal harga rendah tetapi akhirnya bekalan tidak mencukupi itu pun akan datangkan isu kepada rakyat jadi kita kena buat pertimbangan sewajarnya. Isunya memang harga gula di pasaran antarabangsa tinggi yang mula dihadapi sejak 2021,” katanya.

Beliau menolak dakwaan bekalan gula dimonopoli pihak tertentu sehingga menyebabkan gangguan bekalan itu kerana kerajaan telah memberikan AP import barangan itu kepada 43 syarikat sebelum ini dan harga purata gula import antara RM3,400 hingga RM3,500 satu tan metrik. – Bernama

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/12/gangguan-bekalan-disebabkan-harga-gula-mentah-tinggi-di-pasaran-antarabangsa-armizan/feed/ 0 45118