diskaun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 22 Jul 2021 06:43:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png diskaun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SESB pastikan pengguna menerima diskaun PEMULIH https://sabahmedia.com/2021/07/22/sesb-pastikan-pengguna-menerima-diskaun-pemulih/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/sesb-pastikan-pengguna-menerima-diskaun-pemulih/#comments Thu, 22 Jul 2021 06:43:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3423
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memastikan pengguna akan menerima diskaun bil elektrik sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan.

Lanjutan daripada pengumuman kerajaan mengenai pelaksanaan pakej PEMULIH pada 28 Jun 2021, SESB akan memberikan diskaun bil elektrik kepada kumpulan sasar berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh 1 Julai, 2021 hingga 30 September, 2021.

Justeru itu, kerja-kerja konfigurasi terhadap sistem pembilan SESB sedang dilaksanakanbermula pada awal Julai untuk merekod masuk diskaun bil elektrik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata berikutan kepada kerja-kerja konfigurasi tersebut, pengguna SESB akan menerima bil elektrik lewat untuk bulan Julai ini.

“SESB menghentikan bacaan meter di tapak bagi mengemaskini sistem pembilan untuk memastikan diskaun tersebut dapat diberikan kepada semua pengguna,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, SESB sentiasa berusaha untuk memastikan pelaksanaan diskaun PEMULIH berjalan dengan lancar.

Katanya, akaun pengguna akan dibilkan secara anggaran di dalam sistem berdasarkan amaun bil pada bulan sebelumnya dan akan diselaraskan apabila bacaan di sebenar di tapak dilaksanakan pada penghujung Julai ini.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihati pengguna untuk mendaftar ke Online Customer Services (OCS) SESB bagi mendapat semakan bil.

SESB juga menyarankan pengguna untuk mengemaskini maklumat data pengguna bagi memudahkan informasi terkini mengenai perkhidmatan SESB disalurkan kepada pengguna termasuk perkhidmatan menerima pesanan ringkas (SMS) berkaitan maklumat bil.

Dalam pada itu, SESB turut menangguhkan pemotongan bekalan elektrik sehingga 31 Ogos 2021 untuk semua pelanggan SESB.

Pengguna boleh menghubungi SESB Careline di talian 15454 atau 088- 515000, 019- 852 5427 (aplikasi Whatsapp) untuk sebarang pertanyaan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/sesb-pastikan-pengguna-menerima-diskaun-pemulih/feed/ 1 3423
Polis tawar pengurangan kompaun saman trafik 50% mulai esok https://sabahmedia.com/2021/06/17/polis-tawar-pengurangan-kompaun-saman-trafik-50-mulai-esok/ https://sabahmedia.com/2021/06/17/polis-tawar-pengurangan-kompaun-saman-trafik-50-mulai-esok/#respond Thu, 17 Jun 2021 05:09:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1443
Read Time:43 Second

Kuala Lumpur : Pengguna jalan raya bakal menikmati tawaran pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50% bermula esok hingga 18 Julai ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Azisman Alias berkata, tawaran itu melibatkan semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman dalam kategori senarai hitam.

Beliau berkata, ia tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun ini, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.

“Bagi mengelak penularan jangkitan pandemik Covid-19 semua kaunter pembayaran saman di seluruh Ibu Pejabat Polis daerah dan kontinjen akan ditutup semasa pengurangan saman ini diberikan,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu katanya, orang ramai perlu membuat bayaran secara dalam talian melalui aplikasi MyBayar Saman.

“Orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan atau muat turun aplikasi berkenaan di Google Playstore, Apple App Store dan Huawei Gallery,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/17/polis-tawar-pengurangan-kompaun-saman-trafik-50-mulai-esok/feed/ 0 1443