Disyaki – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 Mar 2024 13:30:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Disyaki – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 13 pelajar direman enam hari, disyaki terlibat kes kematian pelajar asrama https://sabahmedia.com/2024/03/23/13-pelajar-direman-enam-hari-disyaki-terlibat-kes-kematian-pelajar-asrama/ https://sabahmedia.com/2024/03/23/13-pelajar-direman-enam-hari-disyaki-terlibat-kes-kematian-pelajar-asrama/#respond Sat, 23 Mar 2024 13:30:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51488
Read Time:1 Minute, 8 Second

LAHAD DATU: Mahkamah Majistret Lahad Datu hari ini membenarkan tahanan reman enam hari ke atas 13 pelajar disyaki terlibat kes kematian seorang pelajar di asrama Kolej Vokasional di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, kesemua 13 orang pelajar lelaki kolej berkenaan yang berumur antara 16 hingga 19 tahun ditahan reman selama enam hari itu bermula 23 hingga 29 Mac ini untuk siasatan lanjut.

Sehubungan dengan itu, Rohan Shah berkata, hasil siasatan polis mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan,17, dengan sekumpulan penghuni asrama kolej berkenaan berkaitan dengan masalah kehilangan wang yang berlaku di asrama itu.

“Ianya berikutan daripada dua orang pelajar yang masing-masing kehilangan wang berjumlah RM50.00 dan RM35.00, mangsa dituduh mencuri dan dipukul sehingga mati oleh rakan penghuni asrama kolej berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Rohan Shah, setakat ini, polis mengambil keterangan ke atas 12 orang saksi
bebas yang antaranya empat warden asrama, pengawal keselamatan dan beberapa orang pelajar kolej terbabit.

“Selain daripada itu, ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua suspek didapati kesemuanya bebas daripada penyalahgunaan dadah.

“Pihak polis turut merampas lagi dua belas buah telefon pintar milik suspek.

“Pihak polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat milik mangsa daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu, bagi mengenal pasti punca kematian sebenar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/23/13-pelajar-direman-enam-hari-disyaki-terlibat-kes-kematian-pelajar-asrama/feed/ 0 51488
Penjaja ikan Tapak Pasar Malam Inanam disyaki guna pewarna terlarang https://sabahmedia.com/2024/02/20/penjaja-ikan-tapak-pasar-malam-inanam-disyaki-guna-pewarna-terlarang/ https://sabahmedia.com/2024/02/20/penjaja-ikan-tapak-pasar-malam-inanam-disyaki-guna-pewarna-terlarang/#respond Tue, 20 Feb 2024 06:17:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49764
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesan seorang penjaja ikan disyaki meletakkan pewarna terlarang di Tapak Pasar Inanam malam tadi.

Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, sampel ikan tersebut di bawa ke makmal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenalpasti keberkesanan pewarna terbabit.

Katanya, laporan ujian ke atas sampel yang diambil akan dimaklumkan oleh pihak KKM kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) untuk tindakan lanjut.

“Operasi Bahagian Pengurusan Penjaja bersama KKM dan JKPB DBKK bermula 7.00 sehingga 9.30 malam di Tapak Pasar Malam Inanam mendapati terdapat seorang penjaja ikan disyaki meletakkan pewarna terhadap ikan yang dijualnya.

“Kita masih menunggu laporan terperinci oleh makmal KKM kemungkinan besar akan diperoleh dalam tempoh terdekat, sekiranya terbukti tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga ikan terbabit,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Robert berkata, operasi seramai empat anggota membabitkan Bahagian Penjaja Jabatan Pelesenan DBKK diketuai Hassim Musa manakala JKPB DBKK bersama enam anggota Adrian Ijom mengesan peniaga yang gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.

“KKM yang turut serta dalam operasi malam tadi dianggotai seramai tujuh pegawai diketuai oleh Bibi Rozita untuk mengesan peniaga yang degil berdasarkan laporan daripada orang ramai,” jelas Junainah.

Menurutnya, DBKK bersama KKM akan memperluaskan lagi operasi ini bagi memastikan peniaga ikan mematuhi arahan sekali gus bebas daripada menggunakan bahan pewarna yang terlarang bagi menjamin kesihatan pengguna.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/20/penjaja-ikan-tapak-pasar-malam-inanam-disyaki-guna-pewarna-terlarang/feed/ 0 49764