ditahan berkaitan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 28 Jan 2023 01:38:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ditahan berkaitan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pegawai dan anggota polis antara ditahan berkaitan kes 302 KK di Tawau https://sabahmedia.com/2023/01/28/pegawai-dan-anggota-polis-antara-ditahan-berkaitan-kes-302-kk-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2023/01/28/pegawai-dan-anggota-polis-antara-ditahan-berkaitan-kes-302-kk-di-tawau/#respond Sat, 28 Jan 2023 01:37:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28609
Read Time:42 Second

TAWAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah mengesahkan berita berkaitan penangkapan pegawai dan anggota Polis oleh PDRM berhubung satu kes kejadian di daerah Tawau di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dipercayai boleh membantu siasatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, seramai lapan orang anggota Polis ditahan yang terdiri dari empat orang Pegawai Kanan Polis serta empat orang Pegawai Rendah Polis.

“Kesemua tangkapan ditahan dan direman berkuatkuasa tujuh hari,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Idris lagi, PDRM telah menubuhkan Pasukan Siasatan Khas dari Bukit Aman.

“Bagaimanapun PDRM tidak membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini kerana ianya masih terlalu awal dan dibimbangi boleh mengganggu siasatan.

“Pihak media juga dipohon agar tidak membuat sebarang spekulasi mengaitkan tentang isu keselamatan dan kes ini lebih bersifat peribadi,” jelasnya.

Katanya, kes ini masih diperingkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat setelah siasatan dilengkapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/28/pegawai-dan-anggota-polis-antara-ditahan-berkaitan-kes-302-kk-di-tawau/feed/ 0 28609