Ditahan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 29 May 2026 01:17:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ditahan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tujuh pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul pelajar perempuan https://sabahmedia.com/2026/05/29/tujuh-pelajar-ditahan-bantu-siasatan-kes-pukul-pelajar-perempuan/ https://sabahmedia.com/2026/05/29/tujuh-pelajar-ditahan-bantu-siasatan-kes-pukul-pelajar-perempuan/#respond Fri, 29 May 2026 01:17:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97443
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Tujuh pelajar sekolah menengah ditahan bagi membantu siasatan berhubung video tular memaparkan kejadian seorang pelajar perempuan dipukul, sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, semua pelajar terbabit ditahan kira-kira jam 3 petang semalam membabitkan enam pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun.

Menurutnya, pelajar lelaki berkenaan dipercayai bertindak sebagai individu yang merakam keseluruhan kejadian sebelum video terbabit tular di media sosial.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan yang dibuat sendiri oleh mangsa sehari selepas kejadian berlaku.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi pada 22 Mei lalu apabila mangsa dipercayai dipukul menggunakan tangan oleh lima pelajar perempuan.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam pada kedua-dua bahu dan kaki, selain lebam pada telinga kiri serta luka kecil pada lutut kiri.

Difahamkan, semua pelajar yang terlibat saling mengenali dan berhubung melalui satu kumpulan aplikasi WhatsApp dikenali sebagai “Angel”.

Kesemua pelajar yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/29/tujuh-pelajar-ditahan-bantu-siasatan-kes-pukul-pelajar-perempuan/feed/ 0 97443
36 warga Bangladesh ditahan, disyaki terlibat gerakan militan ekstremis https://sabahmedia.com/2025/06/27/36-warga-bangladesh-ditahan-disyaki-terlibat-gerakan-militan-ekstremis/ https://sabahmedia.com/2025/06/27/36-warga-bangladesh-ditahan-disyaki-terlibat-gerakan-militan-ekstremis/#respond Fri, 27 Jun 2025 13:30:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76266
Read Time:1 Minute, 27 Second

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 36 warganegara Bangladesh yang dipercayai terlibat secara langsung dalam gerakan militan radikal berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, operasi keselamatan terancang ini bermula sejak 24 April 2025, melibatkan tiga fasa tangkapan di sekitar Selangor dan Johor.

“Dalam operasi tersebut, lima daripada suspek telah dituduh di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan di Mahkamah Seksyen Shah Alam dan Johor Bahru. Sebanyak 15 individu dikenakan perintah pengusiran, manakala baki 16 lagi sedang disiasat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, hasil risikan Cawangan Khas mendapati kumpulan ini membawa masuk fahaman pelampau berasaskan ideologi Islamic State (IS) ke dalam negara dan menubuhkan sel pengrekrutan dalam kalangan komuniti mereka.

“Antara aktiviti yang dikesan termasuk mengindoktrinasikan fahaman radikal, mengumpul dana untuk aktiviti keganasan dan merancang untuk menjatuhkan kerajaan sah di negara asal mereka,” jelasnya.

Saifuddin turut menegaskan bahawa Malaysia tidak akan sesekali dijadikan tempat perlindungan untuk mana-mana gerakan ekstremis.

“Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak akan menjadi tempat berlindung, apatah lagi medan anasir subversif untuk mana-mana gerakan ekstremis asing.

“Tindakan yang diambil ini membuktikan bahawa Kerajaan Madani amat serius dan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana elemen yang boleh mengancam keselamatan negara,” tegasnya.

Beliau berkata, kejayaan ini juga membuktikan kecekapan dan profesionalisme pasukan keselamatan negara khususnya PDRM dalam memelihara kedaulatan, keharmonian, dan ketenteraman awam.

“Saya ulangi jaminan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan terus memperkukuh keupayaan risikan dan menggandakan penguatkuasaan, serta bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan dalam dan luar negara untuk memastikan Malaysia kekal aman, stabil dan bebas daripada ancaman keganasan.

“Sebarang cubaan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi militan atau pusat transit gerakan ekstremis akan ditangani dengan tindakan tegas, pantas dan berkesan,” tegas Saifuddin lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/27/36-warga-bangladesh-ditahan-disyaki-terlibat-gerakan-militan-ekstremis/feed/ 0 76266
Lima Wanita Ditahan Kes Serang dan Pukul https://sabahmedia.com/2025/01/03/lima-wanita-ditahan-kes-serang-dan-pukul/ https://sabahmedia.com/2025/01/03/lima-wanita-ditahan-kes-serang-dan-pukul/#respond Fri, 03 Jan 2025 09:09:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66430
Read Time:48 Second

TAWAU: Polis menahan lima wanita berumur antara 16 hingga 62 tahun selepas disyaki terlibat dalam serangan ke atas seorang wanita berusia 36 tahun di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel di Tawau pada pagi Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata insiden berlaku sekitar jam 11 pagi ketika mangsa menyedari tayar kenderaannya telah dipancitkan.

“Ketika itu, lima suspek yang tidak dikenali menyerang mangsa, mengakibatkan kecederaan di muka, belakang, dan tepi kepala kiri mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Susulan dari kejadian itu, mangsa segera membuat laporan polis, yang membawa kepada penahanan kelima-lima suspek.

Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat).

Sehubungan dengan itu, Jasmin meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Beliau turut menegaskan kepentingan menjaga keamanan dan menyeru masyarakat mengelak tindakan yang mencetuskan keganasan.

“Tindakan undang-undang akan dikenakan bagi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam di Tawau,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/03/lima-wanita-ditahan-kes-serang-dan-pukul/feed/ 0 66430
Tujuh remaja ditahan reman terlibat merusuh dengan senjata di tempat awam https://sabahmedia.com/2024/05/23/tujuh-remaja-ditahan-reman-kerana-merusuh-dengan-senjata-di-tempat-awam/ https://sabahmedia.com/2024/05/23/tujuh-remaja-ditahan-reman-kerana-merusuh-dengan-senjata-di-tempat-awam/#respond Thu, 23 May 2024 04:46:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54882
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Seramai tujuh orang remaja ditahan reman kerana terlibat merusuh dengan menggunakan senjata batang paip dan kayu di tempat awam di bandaraya Kota Kinabalu pada 17 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda mengesahkan menerima maklumat kejadian pada 17 Mei 2024, jam 7.56 petang menerusi satu hantaran video yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan kanak-kanak disyaki sedang bergaduh sesama mereka dan melemparkan objek seperti batang paip dan kayu sebagai senjata untuk menyerang di antara satu dengan yang lain di atas jalan raya berhadapan Pasar Besar Kota Kinabalu.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, laporan polis telah dibuat dan pihak polis Kota Kinabalu telah menahan reman tujuh orang suspek berumur lingkungan 14 tahun ke atas yang terlibat di dalam pergaduhan tersebut.

“Pihak polis juga mengesahkan bahawa kejadian pergaduhan atau rusuhan ini tiada melibatkan unsur-unsur kongsi gelap.

“Sebaliknya ia berpunca daripada buli, memeras dan rasa tidak puas hati,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum mendapat pengesahan dari pihak penguatkuasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/23/tujuh-remaja-ditahan-reman-kerana-merusuh-dengan-senjata-di-tempat-awam/feed/ 0 54882
18 individu ditahan akibat merusuh di Labuan https://sabahmedia.com/2023/10/08/18-individu-ditahan-akibat-merusuh-di-labuan/ https://sabahmedia.com/2023/10/08/18-individu-ditahan-akibat-merusuh-di-labuan/#respond Sun, 08 Oct 2023 06:41:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43299
Read Time:1 Minute, 1 Second

LABUAN: Polis Labuan berjaya menahan 18 individu dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan yang mengakibatkan kecederaan seorang mangsa di sini baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah
Wilayah Persekutuan Labuan, Deputi Superintenden Robin @ Ridzuan Ismail berkata, pihak polis telah menerima satu video tular berdurasi 22 saat memaparkan satu pergaduhan yang berlaku di kawasan luar gelanggang futsal di kawasan Jalan Tanjung Purun dekat sini.

“Kejadian dianggarkan berlaku pada jam lebih kurang 1.00 petang itu ketika perlawanan dua pasukan sedang berlangsung.

“Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah berjaya menahan seramai 18 orang lelaki tempatan berusia antara 17- 32 tahun dan ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Robin, siasatan mendapati kejadian berlaku akibat provokasi antara penyokong dan pemain sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Akibat kejadian itu, seorang mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pihak polis meminta saksi kejadian tampil ke balai polis Labuan bagi memberikan keterangan.

Beliau turut menasihatkan masyarakat yang terlibat dalam sebarang program perlawanan agar bermain dengan semangat kesukanan dan mengekalkan keharmonian tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/08/18-individu-ditahan-akibat-merusuh-di-labuan/feed/ 0 43299
Pegawai dan anggota penguat kuasa ditahan SPRM https://sabahmedia.com/2023/08/19/pegawai-dan-anggota-penguat-kuasa-ditahan-sprm/ https://sabahmedia.com/2023/08/19/pegawai-dan-anggota-penguat-kuasa-ditahan-sprm/#respond Sat, 19 Aug 2023 13:44:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40366
Read Time:45 Second

LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan telah menahan dua individu iaitu masing-masing seorang pegawai dan anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM4,000 sebagai sogokan tidak mengambil tindakan terhadap suspek atas kesalahan narkotik.

Menurut sumber, kedua-dua suspek itu telah ditahan kira-kira jam 3 petang hari ini di Pejabat SPRM Labuan ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, pegawai dan anggota yang bertugas di cawangan narkotik itu dipercayai menerima wang sogokan berjumlah kira-kira RM3,000 menerusi mesin wang deposit manakala selebihnya menerusi beberapa transaksi pindahan perbankan atas talian.

“Transaksi itu dilakukan antara September 2022 sehingga Mac 2023,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan esok bagi tujuan permohonan reman. 

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/19/pegawai-dan-anggota-penguat-kuasa-ditahan-sprm/feed/ 0 40366
Dua individu ditahan guna dokumen palsu bernilai lebih RM1 juta https://sabahmedia.com/2023/08/07/dua-individu-ditahan-guna-dokumen-palsu-bernilai-lebih-rm1-juta/ https://sabahmedia.com/2023/08/07/dua-individu-ditahan-guna-dokumen-palsu-bernilai-lebih-rm1-juta/#respond Mon, 07 Aug 2023 12:06:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39666
Read Time:37 Second

TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah telah menahan dua pemilik syarikat kerana disyaki menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan berjumlah lebih RM1.1 juta.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 40an dipercayai ditahan kira-kira jam 2 petang ketika hadir di pejabat SPRM Cawangan Tawau, hari ini.

“Suspek disyaki terlibat menggunakan dokumen palsu pada tahun 2020 untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan di bawah pakej ransangan ekonomi 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Tawau pada 9 Ogos 2023.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/07/dua-individu-ditahan-guna-dokumen-palsu-bernilai-lebih-rm1-juta/feed/ 0 39666
Tiga individu ditahan termasuk pengurus pusat hiburan https://sabahmedia.com/2023/08/04/tiga-individu-ditahan-termasuk-pengurus-pusat-hiburan/ https://sabahmedia.com/2023/08/04/tiga-individu-ditahan-termasuk-pengurus-pusat-hiburan/#respond Fri, 04 Aug 2023 06:20:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39498
Read Time:1 Minute, 1 Second

PENAMPANG: Tiga individu ditahan termasuk seorang pengurus pusat hiburan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sebuah pusat hiburan, di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton berkata, ketiga-tiga individu tersebut terdiri daripada dua lelaki warga asing berumur 32 dan 35 tahun ditahan kerana positif dadah jenis Methamphetamine dan seorang pengurus pusat hiburan berkenaan di atas kesalahan premis beroperasi melebihi masa yang telah ditetapkan.

Katanya, ketiga- tiga individu yang ditahan dan barang rampasan telah dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut pihak polis.

Menurut Sammy, Op Pusat Hiburan dan Op Noda telah dijalankan pada jam 2.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 pagi telah diketuai oleh tiga pegawai kanan dengan kekuatan 11 anggota polis.

“Sebagai rekod, Polis Penampang telah melakukan sebanyak 62 pemeriksaan pusat hiburan (Op Noda) dan 25 kertas siasatan telah dibuka atas pelbagai kesalahan sepanjang bulan Januari hingga Ogos 2023.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan dan operasi serta menasihatkan pengusaha premis-premis hiburan di daerah ini supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/04/tiga-individu-ditahan-termasuk-pengurus-pusat-hiburan/feed/ 0 39498
Lima individu ditahan bantu siasatan kes pergaduhan di daerah Putatan https://sabahmedia.com/2023/07/29/lima-individu-ditahan-bantu-siasatan-kes-pergaduhan-di-daerah-putatan/ https://sabahmedia.com/2023/07/29/lima-individu-ditahan-bantu-siasatan-kes-pergaduhan-di-daerah-putatan/#respond Sat, 29 Jul 2023 02:14:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39160
Read Time:54 Second

PENAMPANG: Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah menahan lima individu lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan pada 27 Julai lalu jam 7.08 pagi di sebuah kawasan perumahan di Daerah Putatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton berkata, hasil siasatan awal mendapati, ketika kejadian semua individu tersebut berada di bawah pengaruh alkohol dan telah berlaku perselisihan faham sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Salah seorang individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut
telah disahkan meninggal dunia setelah pulang ke kediamannya.

“Mangsa, 28 tahun, telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai
perubatan yang bertugas dan mayat telah dihantar ke hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sammy, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Sudden Death Report (laporan mati mengejut).

“Kes masih dalam siasatan pihak polis dan menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Sehubungan dengan itu pihak polis ingin menasihatkan orang ramai
supaya tidak memuatnaik sebarang bahan yang tidak sahih di mana-mana platform aplikasi dan media sosial mengenai kejadian ini bagi
mengelakkan kegusaran orang awam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/29/lima-individu-ditahan-bantu-siasatan-kes-pergaduhan-di-daerah-putatan/feed/ 0 39160
Lelaki ditahan reman lima hari bantu kes siasatan SPRM https://sabahmedia.com/2023/07/24/lelaki-ditahan-reman-lima-hari-bantu-kes-siasatan-sprm/ https://sabahmedia.com/2023/07/24/lelaki-ditahan-reman-lima-hari-bantu-kes-siasatan-sprm/#respond Mon, 24 Jul 2023 07:04:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38875
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang individu lelaki disyaki terlibat dengan sindiket penyamaran sebagai pegawai SPRM dan meminta rasuah daripada beberapa anggota polis.

Perintah reman terhadap suspek berkenaan selama lima hari bermula 24 Julai sehingga 29 Julai 2023 dikeluarkan oleh Majistret Lovely Natasha Charles di Mahkamah Majistret 1 Kota Kinabalu selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Menurut SPRM Sabah, maklumat kes diterima mengatakan bahawa seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan SPRM dari Ibu Pejabat yang masih belum dikenali telah meminta wang rasuah dan sumbangan daripada beberapa anggota Polis Sabah sebagai balasan untuk menyelesaikan kes-kes siasatan SPRM.

Suspek hadir di mahkamah pagi tadi dengan memakai baju T-shirt berwarna jingga dan kedua-dua tangannya bergari.

Suspek diwakili barisan peguam Muhammad Amirul Amin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Khairudin Noordin.

Semalam Sabah media melaporkan SPRM Sabah telah berjaya menumpaskan satu sindiket penyamaran sebagai pegawai kanan SPRM dan pegawai kanan Menteri Dalam Negeri yang dipercayai menggunakan modus operandi bagi menyelesaikan kes yang disiasat oleh agensi penguat kuasa.

Hasil serbuan yang dijalankan di beberapa lokasi oleh pihak SPRM Sabah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah di sekitar Kota Kinabalu, seramai tujuh individu warganegara Malaysia yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun telah ditahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/24/lelaki-ditahan-reman-lima-hari-bantu-kes-siasatan-sprm/feed/ 0 38875