ditemui lemas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 09 Feb 2024 14:00:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ditemui lemas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Remaja lelaki ditemui lemas, kepenatan berenang ke lokasi memancing https://sabahmedia.com/2024/02/09/remaja-lelaki-ditemui-lemas-kepenatan-berenang-ke-lokasi-memancing/ https://sabahmedia.com/2024/02/09/remaja-lelaki-ditemui-lemas-kepenatan-berenang-ke-lokasi-memancing/#respond Fri, 09 Feb 2024 13:57:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49264
Read Time:1 Minute, 16 Second

KUDAT: Seorang remaja lelaki ditemui maut dipercayai lemas akibat kepenatan ketika cuba berenang menuju ke kawasan tanah (pulau) di tengah sungai untuk tujuan mencari lokasi memancing yang lebih baik dalam jarak 50 meter dari tebing sungai berdekatan Empangan Milau, Jalan Garau, Kudat petang tadi (9 Feb).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.01 petang tadi mengenai kejadian itu.

“Menurut maklumat daripada saksi iaitu kawan mangsa, difahamkan seramai lima orang termasuk mangsa datang ke tempat kejadian untuk tujuan memancing.

“Mangsa bersama kawan-kawan berenang ke kawasan tanah (pulau) di tengah sungai untuk tujuan mencari lokasi memancing yang lebih baik yang mempunyai jarak anggaran dalam 50 meter daripada tebing sungai.

“Dalam perjalanan (berenang) ke tempat tersebut, mangsa tenggelam dan lemas akibat kepenatan berenang manakala tiga mangsa lagi terkandas di kawasan tanah (pulau) tersebut.

“Setibanya pasukan bomba ditempat kejadian, mangsa yang terkandas telah berjaya diselamatkan oleh orang kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba seterusnya membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah surface di sepanjang tepi sungai untuk mencari mangsa yang dilaporkan lemas.

“Pada jam 5 petang unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Zon Kudat memulakan operasi selaman di kawasan mangsa dilaporkan lemas.

“Mangsa berjaya dijumpai oleh PPDA pada jam 5.40 petang di kedalaman 11 kaki di lokasi tempat dia lemas.

“Mangsa yang dikenali Ryan berusia 16 tahun, seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 6 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/09/remaja-lelaki-ditemui-lemas-kepenatan-berenang-ke-lokasi-memancing/feed/ 0 49264
Dua remaja hilang semasa memancing ditemui lemas https://sabahmedia.com/2023/08/22/dua-remaja-hilang-semasa-memancing-ditemui-lemas/ https://sabahmedia.com/2023/08/22/dua-remaja-hilang-semasa-memancing-ditemui-lemas/#respond Tue, 22 Aug 2023 02:41:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40501
Read Time:1 Minute, 4 Second

LABUAN: Dua remaja lelaki ditemui lemas selepas mereka dilaporkan hilang semasa keluar memancing dengan menaiki sampan di kawasan perairan Kiamsam pada Ahad lalu.

Mayat kedua-dua mangsa dikenali sebagai Yasin Johnar, 20, dan Mohammad Shah,19, berjaya ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) jam lebih kurang 5.20 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Mohd Hamizi Halim, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada Isnin (21 Ogos) jam lebih kurang 9.50 pagi.

Katanya, hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa telah keluar memancing dipercayai menggunakan sampan di kawasan perairan Kiamsam WP Labuan pada Ahad (20 Ogos) jam lebih kurang 6.00 pagi.

“Bertindak atas maklumat aduan, Pos kawalan tempat kejadian telah diaktifkan pada jam 11.30 pagi untuk operasi mencari dan menyelamat kedua mangsa tersebut yang melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, pihak PDRM serta orang awam.

“Operasi mencari dan menyelamat akhirnya berjaya menemui mayat kedua-dua mangsa pada jam lebih kurang 5.20 petang semalam di kawasan pantai Kiamsam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis serta dihantar ke Unit Forensik Hospital Nukleus WP Labuan untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

“Setakat ini kes disiasat di bawah laporan mati mengejut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/22/dua-remaja-hilang-semasa-memancing-ditemui-lemas/feed/ 0 40501
Nelayan hilang ditemui lemas https://sabahmedia.com/2023/05/12/nelayan-hilang-ditemui-lemas/ https://sabahmedia.com/2023/05/12/nelayan-hilang-ditemui-lemas/#respond Fri, 12 May 2023 15:00:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34235
Read Time:1 Minute, 28 Second

SANDAKAN: Mayat seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang semalam telah ditemui kira-kira jam 9.50 pagi tadi di kedudukan kira-kira 0.7 batu nautika timur Tanjung Pisau, di sini.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, jenazah Asmin Lasait, 45, telah berjaya ditemui oleh Bot Ronda Cenderawasih 04 bersama sebuah bot nelayan yang juga turut sama membantu dalam pencarian.

Terdahulu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu menerima maklumat mengenai penemuan sebuah bot nelayan tempatan hanyut tanpa pengemudi di sekitar Perairan Bankawan kira-kira jam 2.30 petang, semalam.

Menurut Zainudin, operasi CARILAMAT diaktifkan pada jam 3.15 petang hari yg sama.

“Namun usaha pencarian hari pertama tidak berhasil dan operasi ditangguhkan pada jam 6.30 petang berikutan keadaan yang mula gelap menyukarkan usaha pencarian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi CARILAMAT hari kedua diaktifkan kembali pada jam 7 pagi dengan membabitkan aset-aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Selain itu, beberapa bot milik penduduk setempat turut membantu melakukan pencarian.

“Menurut saksi kejadian, mangsa kali terakhir dilihat turun ke laut untuk menangkap ikan pada jam 5.00 pagi semalam sebelum disyaki lemas berikutan penemuan bot miliknya hanyut tanpa pengemudi.

“Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke jeti Zon Maritim Sandakan untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

“Operasi CARILAMAT ditamatkan sepenuhnya sekitar jam 11.45 pagi tadi,” tambah beliau.

Maritim Malaysia mengingatkan kepada komuniti nelayan agar patuhi langkah-langkah keselamatan sepanjang berada di laut bagi mengelak dari berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sebarang insiden di laut boleh terus hubungi bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian MERS 999.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/12/nelayan-hilang-ditemui-lemas/feed/ 0 34235