ditemui mati dengan kesan tikaman – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 20 Jul 2023 10:13:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ditemui mati dengan kesan tikaman – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pekerja buruh ladang ditemui mati dengan kesan tikaman di tubuh https://sabahmedia.com/2023/07/20/pekerja-buruh-ladang-ditemui-mati-dengan-kesan-tikaman-di-tubuh/ https://sabahmedia.com/2023/07/20/pekerja-buruh-ladang-ditemui-mati-dengan-kesan-tikaman-di-tubuh/#respond Thu, 20 Jul 2023 10:13:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38641
Read Time:1 Minute, 10 Second

TAWAU: Seorang pekerja buruh ladang ditemui mati dengan kesan luka tikaman di tubuhnya disyaki telah dibunuh dalam kejadian di kawasan Ladang Sawit, Merotai dekat sini pada Rabu (19 Julai).

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata,
pihak polis telah terima panggilan
daripada orang awam pada Rabu jam 12.27 tengahari, memaklumkan penemuan satu mayat lelaki di lokasi berkenaan.

Katanya, laporan dibuat sebagai
maklumat pertama. Sepasukan polis telah dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Mangsa merupakan seorang lelaki warganegara asing, berusia 30-an dan bekerja sebagai buruh ladang.

“Pemeriksaan awal pada fizikal mangsa mendapati terdapat beberapa kesan luka tikaman pada tubuh badan simati dipercayai menggunakan senjata tajam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jasmin, susulan daripada itu, tiga lelaki warganegara asing dan seorang perempuan warga tempatan berumur lingkungan 21 tahun hingga 53 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.

“Selain itu, polis turut merampas beberapa barang kes. Kes
disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya

Sehubungan dengan itu, Jasmin berkata, salah seorang suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau pada hari ini (20 Julai) untuk mendapatkan perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah manakala 03 lagi suspek dibebaskan.

“Majistret Don Stiwin Malanjum telah membenarkan penahanan reman selama tujuh hari sehingga
27 Julai ini.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Besar Tawau bagi tujuan pemeriksaan untuk mengetahui punca kematian. Bagaimanapun, tarikh pemeriksaan mayat belum ditetapkan dan motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/20/pekerja-buruh-ladang-ditemui-mati-dengan-kesan-tikaman-di-tubuh/feed/ 0 38641