Ditemui – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Apr 2024 15:44:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ditemui – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tengkorak dan tulang ditemui dipercayai rangka manusia https://sabahmedia.com/2024/04/17/tengkorak-dan-tulang-ditemui-dipercayai-rangka-manusia/ https://sabahmedia.com/2024/04/17/tengkorak-dan-tulang-ditemui-dipercayai-rangka-manusia/#respond Wed, 17 Apr 2024 11:55:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52674
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Satu tengkorak dan tulang dipercayai rangka manusia ditemui di dalam sebuah bilik rumah terbiar di Kuarters Perumahan Guru kawasan Membakut awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asisten Superintendan Weddrin Mojingkin mengesahkan penemuan rangka manusia itu ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Katanya, pada jam 8 pagi tadi (17 April), dua individu lelaki yang juga pengadu telah menjumpai satu tulang rangka dipercayai rangka manusia di dalam sebuah bilik di Kuarters Perumahan Guru kawasan Membakut yang sudah lama terbiar semasa hendak melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.

“Menurut pengadu tempat tersebut sudah lama ditinggalkan kosong tanpa penghuni sejak lebih kurang lima tahun lepas.

“Hasil siasatan ditempat kejadian, keadaan rangka mayat terlentang lengkap berpakaian dan seluar di mana badan terpisah dengan tengkorak kepala yang mana tengkorak kepala berada di kedudukan sisi badan mayat.

“Tempoh kematian dianggarkan suda lama berdasarkan atas keadaan mayat yang hanya tinggal tulang rangka sahaja,” jelasnya.

Weddrin berkata, hasil siasatan lanjut juga mendapati, terdapat satu wayar putih tersimpul bulat bergantung di atas kipas dalam bilik tersebut dan ada sebuah kerusi plastik yang telah rebah berdekatan dengan kedudukan mayat berkenaan.

“Setakat ini tiada sebarang kesan perlakuan jenayah yang dikesan di tempat kejadian,” katanya.

Menurut Weddrin lagi, kes disiasat oleh Ketua Polis Balai Membakut dan dibuka kertas siasatan mati mengejut berdasarkan siasatan tempat kejadian oleh pihak Polis.

“Mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Beaufort untuk tujuan bedah siasat bagi mengenalpasti identiti mangsa dan punca sebenar kematian.

“Usaha mencari ahli keluarga mangsa masih sedang diteruskan. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini bolehlah berhubung dengan Ketua Polis Balai Membakut untuk membantu siasatan kes ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/17/tengkorak-dan-tulang-ditemui-dipercayai-rangka-manusia/feed/ 0 52674
Kerajaan pandang serius kes pelajar ditemui mati di asrama kolej – Fairuz https://sabahmedia.com/2024/03/24/kerajaan-pandang-serius-kes-pelajar-ditemui-mati-di-asrama-kolej-fairuz/ https://sabahmedia.com/2024/03/24/kerajaan-pandang-serius-kes-pelajar-ditemui-mati-di-asrama-kolej-fairuz/#respond Sun, 24 Mar 2024 03:56:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51529
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memandang serius kes seorang pelajar lelaki ditemui mati di bilik asrama Kolej Vokasional di Lahad Datu awal pagi Jumaat.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata, perkara itu amat serius dan kerajaan negeri memandang berat kes keganasan melibatkan pelajar sekolah.

“Insiden ini berlaku dalam asrama kolej dan dilaporkan melibatkan ramai penghuni asrama. Kita meminta pihak polis dan Kementerian Pengajian Tinggi menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Perkara seumpama ini dapat dielakkan sekiranya pelajar dan penghuni di asrama mempunyai disiplin dan semangat toleransi yang tinggi.

“Sebarang perselisihan faham yang berlaku dikalangan penghuni asrama hendaklah segera dilaporkan kepada warden asrama. Ini penting agar Insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Lahad Datu tidak berulang di masa akan datang” , katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas insiden seorang pelajar lelaki ditemui mati di bilik asrama, didakwa telah dipukul oleh rakan-rakan dalam satu kejadian di sebuah Kolej Vokasional di Lahad Datu pada Jumaat.

Mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17 tahun, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama pada pukul 6.50 pagi.

Media melaporkan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad, mengesahkan kejadian bahawa pihaknya telah menerima laporan dari pengarah kolej berkaitan dan sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes tersebut.

Fairuz berkata, pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan juga perlu memberi perhatian terhadap kes buli secara fizikal yang dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah menengah negeri ini.

“Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan juga diminta memastikan tindakan disiplin diambil ke atas murid yang bersalah dan tidak berkompromi dengan salah laku buli dan keganasan yang melibatkan pelajar sekolah”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/24/kerajaan-pandang-serius-kes-pelajar-ditemui-mati-di-asrama-kolej-fairuz/feed/ 0 51529
Pelancong warga Korea ditemui mati di sebuah resort Pulau Gaya https://sabahmedia.com/2024/02/13/pelancong-warga-korea-ditemui-mati-di-sebuah-resort-pulau-gaya/ https://sabahmedia.com/2024/02/13/pelancong-warga-korea-ditemui-mati-di-sebuah-resort-pulau-gaya/#respond Tue, 13 Feb 2024 13:51:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49452
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Seorang pelancong warga Korea ditemui mati tergantung di dalam bilik mandi di sebuah resort di Pulau Gaya awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, mangsa lelaki berusia 53 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan tergantung di pancuran air bilik mandi pada jam 7.00 pagi tadi (13 Feb).

“Mangsa kemudian diturunkan dan terdapat kesan jerut pada bahagian leher mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE1) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kalsom, siasatan awal mendapati tiada elemen jenayah dapat dikaitkan dan kes disiasat sebagai kes mati mengejut.

“Sebarang maklumat, boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Zackie Nizamri Jakariah, Penolong Ketua Polis Balai Pulau Gaya di talian 013-3453278,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/13/pelancong-warga-korea-ditemui-mati-di-sebuah-resort-pulau-gaya/feed/ 0 49452
Mayat bayi perempuan ditemui di pusat beli- belah Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2023/12/22/mayat-bayi-perempuan-ditemui-di-pusat-beli-belah-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2023/12/22/mayat-bayi-perempuan-ditemui-di-pusat-beli-belah-kota-kinabalu/#respond Fri, 22 Dec 2023 14:08:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47015
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Mayat seorang bayi perempuan cukup sifat ditemui oleh seorang penyelia syarikat pembersihan di sebuah pusat membeli-belah di sini pada Khamis malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, pihak polis telah menerima aduan dari seorang penyelia syarikat pembersihan di salah sebuah pusat membeli belah di daerah Kota Kinabalu telah menemui satu mayat bayi perempuan yang cukup sifat dalam sebuah tong sanitasi semasa hendak menukar plastik tong sampah sanitasi tersebut pada Khamis (21 Dis) jam 9.40 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati mayat bayi perempuan tersebut cukup sifat ditemui dalam keadaan dibalut dengan kain tuala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kalsom berkata, turut ditemui bersama mayat bayi tersebut satu cebisan kertas yang tertulis nota “Saya meminta maaf dan meminta tolong mencari tempat sesuai untuk anak saya. Terima kasih pertolongan anda. Jangan kecam saya. Saya pun tidak mahu ini terjadi.”

Sehubungan dengan itu, Kalsom berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan ke atas rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian selain membuat risikan maklumat bagi mengenalpasti suspek yang terlibat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan akan dijatuhi hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta berhubung dengan Inspektor Hatikah Ahmad @ Abd Ghani ditalian 0168337243,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/22/mayat-bayi-perempuan-ditemui-di-pusat-beli-belah-kota-kinabalu/feed/ 0 47015
Wanita ditemui meninggal dunia dalam kenderaan https://sabahmedia.com/2023/12/16/wanita-ditemui-meninggal-dunia-dalam-kenderaan/ https://sabahmedia.com/2023/12/16/wanita-ditemui-meninggal-dunia-dalam-kenderaan/#respond Sat, 16 Dec 2023 07:40:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46631
Read Time:49 Second

PENAMPANG: Seorang wanita ditemui tidak sedarkan diri dipercayai telah meninggal dunia dalam sebuah kenderaan di parkir sebuah pusat membeli belah di sini awal pagi tadi (16 Dis).

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton mengesahkan pada jam 7.15 pagi tadi pihak polis telah menerima satu maklumat awam yang menjumpai seorang wanita tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan di lokasi kejadian.

Sammy berkata, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati seorang wanita tempatan berumur 39 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk pemandu sebuah kenderaan.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas dan mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Sammy, pihak polis turut mengesahkan bahawa tidak terdapat sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan gambar mangsa dan info yang tidak sahih bagi menjaga sensitiviti keluarga.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/16/wanita-ditemui-meninggal-dunia-dalam-kenderaan/feed/ 0 46631
Mayat warga emas wanita ditemui terapung di pantai Teluk Likas https://sabahmedia.com/2023/11/15/mayat-warga-emas-wanita-ditemui-terapung-di-pantai-teluk-likas/ https://sabahmedia.com/2023/11/15/mayat-warga-emas-wanita-ditemui-terapung-di-pantai-teluk-likas/#respond Wed, 15 Nov 2023 15:21:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45248
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang kurang dari 24 jam, mayatnya ditemui terapung di laut tepi pantai Teluk Likas di sini petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, berdasarkan temubual saksi jam lebih kurang 3.32 petang, bertempat di pantai Teluk Likas, ketika beriadah di kawasan berkenaan telah terdengar kanak-kanak menjerit menyatakan ada patung di tepi laut dan mendapati seorang wanita dewasa dalam keadaan terapung dan tidak sedarkan diri dipercayai telah meninggal dunia.

“Mangsa seorang wanita berusia 61 tahun dipercayai berkaitan kes orang hilang bersabit laporan di Luyang yang dilaporkan anak mangsa selepas menyedari mangsa tiada di dalam rumah pada 15 November 2023, jam 6.30 pagi.

“Pada jam 1.30 tengah hari, bertempat di bahu jalan Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, anak mangsa telah menjumpai kereta milik mangsa dan turut menjumpai tuala yang dikenal pasti adalah milik mangsa berada di atas batu di tepi pantai.

“Anak mangsa telah membuat laporan polis untuk mengesan ibunya sehinggalah penemuan mayat mangsa pada jam 3.32
petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kalsom, siasatan ditempat kejadian tidak menunjukkan berlakunya sebarang unsur perbuatan jenayah yang boleh dikaitkan sebagai punca kematian mangsa.

“Kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/15/mayat-warga-emas-wanita-ditemui-terapung-di-pantai-teluk-likas/feed/ 0 45248