ditemui selamat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Jul 2023 07:39:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ditemui selamat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga remaja tersesat di hutan, ditemui selamat https://sabahmedia.com/2023/07/20/tiga-remaja-tersesat-di-hutan-ditemui-selamat/ https://sabahmedia.com/2023/07/20/tiga-remaja-tersesat-di-hutan-ditemui-selamat/#respond Thu, 20 Jul 2023 08:52:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38626
Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

SANDAKAN: Tiga remaja tersesat di dalam hutan selama lebih dua jam semasa melakukan aktiviti ‘jungle trekking’ di Hutan Simpan Rainforest Discovery Center (RDC) Sandakan pada petang Selasa (18 Julai), ditemui selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan PKPgB Severinus Sainkui berkata, ketiga-tiga remaja berusia 18 tahun itu terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari pasukan bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Katanya, pihak bomba menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 7 malam melalui satu panggilan kecemasan MERS999.

“Menurut mangsa, mereka mula masuk di Hutan Simpan RDC pada jam 3 petang Selasa, namun sehingga jam 6 petang mereka mula perasan yang mereka telah tersesat dan tidak menemui jalan keluar, mereka terus menghubungi panggilan kecemasan 999 pada jam 7 malam untuk mendapatkan bantuan.

“Pasukan bomba dari BBP Sandakan bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 28 kilometer dari balai dan telah menemui ketiga-tiga mangsa pada jam 8.13 malam dengan bantuan seorang renger RDC. Mereka ditemui dalam keadaan selamat dalam jarak kira-kira 1 kilometer dari laluan masuk RDC.

“Pada jam 8.42 malam kesemua mangsa berjaya dibawa keluar di pintu masuk RDC,” kata Severinus ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Severinus berkata, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum menamatkan operasi pada jam 8.42 malam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/20/tiga-remaja-tersesat-di-hutan-ditemui-selamat/feed/ 0 38626
Dua pemburu ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di hutan https://sabahmedia.com/2023/07/07/dua-pemburu-ditemui-selamat-selepas-hampir-dua-minggu-hilang-di-hutan/ https://sabahmedia.com/2023/07/07/dua-pemburu-ditemui-selamat-selepas-hampir-dua-minggu-hilang-di-hutan/#respond Fri, 07 Jul 2023 12:48:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37886
Read Time:1 Minute, 35 Second

TAWAU: Hampir dua minggu dikhuatiri hilang di dalam hutan ketika memburu sejak 24 Jun lalu, dua mangsa termasuk seorang kanak-kanak 11 tahun ditemui selamat oleh orang awam pada jam 9.30 pagi tadi (7 Julai).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau TPgB Jemishin Ujin ketika dihubungi Sabah Media hari ini mengesahkan penemuan dua mangsa dikenali sebagai Iwan Musakir, 33, dan Al Fajri Anto, 11.

Jemishin berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada Pegawai Penyiasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kedua-dua mangsa dijumpai oleh orang awam sekitar jam 9.30 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ke-9 dimulakan dan mangsa ditemui pada jarak 7.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang di kawasan hutan berhampiran Ladang Usahawan Borneo Brumas, Tawau.

“Mangsa dikatakan dapat bertahan untuk meneruskan hidup dengan hanya minum air sungai dan memakan jambu di tepi sungai selama hampir dua minggu berada di dalam hutan berkenaan.

“Mangsa memberitahu mereka juga terdengar suara pasukan penyelamat dari tepi ladang dan kedua-dua mangsa berjaya keluar dari hutan tersebut pada jam 9.30 pagi,” kata Jemishin.

Menurut Jemishin, kedua-dua mangsa seterusnya dihantar ke Dewan Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB) berjumpa dengan keluarga mangsa.

“Pasukan Bomba menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa memastikan mangsa dalam keadaan baik sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1 petang,” katanya.

Sebelum ini, pada 29 Jun 2023 pihak kawalan BBP Tawau terima laporan daripada pihak polis terdapat dua orang mangsa dikhuatiri hilang di hutan ketika menjalankan aktiviti memburu sejak 24 Jun 2023 di kawasan hutan berhampiran Ladang Usahawan Borneo Brumas, Tawau .

Menurut laporan itu, mangsa keluar memburu secara berkumpulan iaitu lapan orang dan telah berpecah kepada beberapa kumpulan ketika di dalam hutan.

“Usaha mencari mangsa telah dilakukan oleh rakan-rakannya namun kedua-dua mangsa hilang.

“Pasukan SAR mencari mangsa hilang dilancarkan pada 29 Jun terdiri daripada bomba, polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pejabat Perhutanan dan SAPURA – Komunikasi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/07/dua-pemburu-ditemui-selamat-selepas-hampir-dua-minggu-hilang-di-hutan/feed/ 0 37886
Warga emas hilang di hutan, ditemui selamat https://sabahmedia.com/2022/12/15/warga-emas-hilang-di-hutan-ditemui-selamat/ https://sabahmedia.com/2022/12/15/warga-emas-hilang-di-hutan-ditemui-selamat/#respond Thu, 15 Dec 2022 07:13:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26351
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA BELUD: Seorang warga emas lelaki dilaporkan hilang di hutan sejak jam 3 pagi tadi telah ditemui dalam keadaan selamat.

Mangsa dikenali sebagai Yasap berusia 80 tahun itu di jumpai pasukan Bomba di kawasan hutan kira-kira 300 meter dari jarak rumah mangsa di Kg Bangkahak Nayasan dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud PPgB Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.52 pagi tadi (15 Dis) mengenai kes orang hilang di hutan di Kg Bangkahak Nayasan.

“Menurut pemanggil (anak mangsa) mangsa disedari tiada di rumah pada sekitar jam 3 pagi. Keluarga mangsa dan dibantu penduduk kampung telah berusaha mencari mangsa di sekitar kawasan rumah dan kawasan hutan tetapi belum menjumpai mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Sebaik menerima aduan itu, pasukan Bomba bergerak ke lokasi kejadian mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR). Operasi SAR dijalankan pasukan Bomba bersama penduduk kampung di sekitar kawasan hutan berhampiran.

“Mangsa dijumpai pasukan Bomba di kawasan hutan kira-kira 300 meter dari jarak rumah mangsa dalam keadaan selamat dan hanya mengalami cedera ringan luka kecil dan calar-calar di bahagian kaki.

“Pasukan Bomba bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa seterusnya di hantar ke hospital menggunakan jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan operasi ditamatkan pada jam 12.11 tengahari tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/15/warga-emas-hilang-di-hutan-ditemui-selamat/feed/ 0 26351