ditemui terapung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 11 Jun 2023 03:21:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ditemui terapung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mayat bayi baru lahir ditemui terapung di atas air https://sabahmedia.com/2023/06/11/mayat-bayi-baru-lahir-ditemui-terapung-di-atas-air/ https://sabahmedia.com/2023/06/11/mayat-bayi-baru-lahir-ditemui-terapung-di-atas-air/#respond Sun, 11 Jun 2023 03:21:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36128
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Mayat bayi dipercayai baru dilahirkan ditemui terapung di perairan sebuah kampung atas air yang terletak di daerah Kota Kinabalu pada petang Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, pada jam lebih kurang 6.30 petang semalam (10 Jun), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu telah menerima maklumat berkaitan penemuan mayat seorang bayi di sebuah kampung atas air yang terletak di daerah Kota Kinabalu.

“Semasa seorang pengadu melalui jambatan kayu di perkampungan atas air tersebut, telah disapa oleh seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan sembilan tahun menanyakan kepada pengadu tentang satu objek terapung di atas air samada patung atau bayi.

“Pengadu kemudian mengamati objek terapung tersebut dan mendapati ianya ialah mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan sedang terapung di atas air berhampiran jambatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kalsom, pengadu dengan bantuan penduduk berhampiran kemudian telah menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kes tersebut.

“Setakat ini polis Kota Kinabalu masih belum mendapat apa-apa maklumat lanjut mengenai kejadian dan bayi tersebut disyaki dibuang ke laut selepas dilahirkan.

“Sehubungan dengan itu, polis Kota Kinabalu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat
berkaitan kes ini boleh berhubung dengan Inspektor Hatikah Ahmad @ Abd Ghani Ditalian 016-8337243,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/11/mayat-bayi-baru-lahir-ditemui-terapung-di-atas-air/feed/ 0 36128
Bot Karam: Mayat suami ditemui terapung pagi tadi https://sabahmedia.com/2023/06/10/bot-karam-mayat-suami-ditemui-terapung-pagi-tadi/ https://sabahmedia.com/2023/06/10/bot-karam-mayat-suami-ditemui-terapung-pagi-tadi/#respond Sat, 10 Jun 2023 03:17:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36080
Read Time:43 Second

TAWAU: Sepasang suami isteri yang dilaporkan terbabit dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Sebatik dekat sini semalam, mayat suaminya telah ditemui oleh penduduk kampung pada jam 7.10 pagi tadi (10 Jun).

Dalam kejadian berlaku pada Jumaat (9 Jun) pada hari sama, isteri mangsa Lina Arifin telah dijumpai selamat namun mengalami kecederaan di bahagian kaki dan mendapat rawatan di Hospital Tawau.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa (suami) dikenali sebagai Abd Rahim Kasil, 56, mayatnya telah ditemui terapung kawasan perairan di hadapan Kampung Sungai Melayu lebih kurang 200 meter dari lokasi bot yang dilaporkan karam pada jam 7.10 pagi tadi (10 Jun) oleh penduduk kampung.

“Mangsa dibawa ke jeti pelabuhan perikanan Tawau lama oleh pihak Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) dan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/10/bot-karam-mayat-suami-ditemui-terapung-pagi-tadi/feed/ 0 36080