Ditemui – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 26 Apr 2024 12:03:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ditemui – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warga emas ditemui lemas semasa memukat di pantai Kuala Putatan 2 https://sabahmedia.com/2024/04/26/warga-emas-ditemui-lemas-semasa-memukat-di-pantai-kuala-putatan-2/ https://sabahmedia.com/2024/04/26/warga-emas-ditemui-lemas-semasa-memukat-di-pantai-kuala-putatan-2/#respond Fri, 26 Apr 2024 12:03:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53547
Read Time:49 Second

PENAMPANG: Seorang warga emas lelaki ditemui maut dipercayai lemas semasa menjalankan aktiviti memukat ikan di pesisir pantai Kuala Putatan 2 dekat sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pihak polis mengenai mangsa berkenaan yang dikhuatiri lemas pada jam 2.02 petang tadi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancar oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba Penampang di lokasi kejadian.

“Menurut maklumat pengadu mangsa bersama seorang rakan menjalankan aktiviti memukat ikan di pesisir pantai Kuala Putatan 2 sekitar jam 10.00 pagi tadi dan disedari hilang oleh rakan mangsa pada jam 12 tengahari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Mohd Sajd Lumait berusia 71 tahun itu ditemui telah meninggal dunia pada jam 4.04 petang tadi oleh orang awam lebih kurang satu kilometer dari lokasi mangsa di laporkan hilang.

“Seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi SAR ditamatkan pada 5.14 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/26/warga-emas-ditemui-lemas-semasa-memukat-di-pantai-kuala-putatan-2/feed/ 0 53547
Insiden kamera tersembunyi ditemui di penginapan bukan di hotel – MAH https://sabahmedia.com/2023/09/25/insiden-kamera-tersembunyi-ditemui-di-penginapan-bukan-di-hotel-mah/ https://sabahmedia.com/2023/09/25/insiden-kamera-tersembunyi-ditemui-di-penginapan-bukan-di-hotel-mah/#respond Mon, 25 Sep 2023 13:29:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42526
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Sabah/Labuan Chapter, amat prihatin dengan insiden baru-baru ini di mana seorang pelancong menemui kamera tersembunyi di dalam soket di tempat penginapan mereka.

Sehubungan dengan perkara itu, menurut jurucakap MAH, pihaknya menegaskan bahawa insiden yang berlaku itu adalah melibatkan sebuah penginapan di hartanah Airbnb dan bukannya di hotel.

“Kami ingin menjelaskan bahawa insiden ini berlaku di hartanah Airbnb; bukan di hotel seperti yang dikatakan oleh beberapa laman media. Adalah sangat penting bagi pengguna untuk membezakan antara hotel berdaftar dan terkawal dan jenis penyedia penginapan lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, hotel harus mematuhi garis panduan dan peraturan yang ketat untuk memastikan kesejahteraan tetamu.

“Justeru itu, adalah penting untuk memahami bahawa hartanah Airbnb tidak tertakluk kepada peraturan dan piawaian yang sama seperti hotel berlesen. Oleh itu, insiden seperti yang dilaporkan, walaupun malang, tidak sepatutnya dikaitkan dengan industri perhotelan yang lebih luas kerana tindakan sedemikian boleh merosakkan kepercayaan dan integriti sektor penginapan kami secara keseluruhan.

“Kami merakamkan rasa simpati yang mendalam kepada pelancong yang terjejas yang mempunyai pengalaman mereka tercemar dengan insiden kamera tersembunyi ini. Sebarang bentuk pengawasan tanpa kebenaran adalah pelanggaran privasi dan bertentangan dengan prinsip layanan yang bertanggungjawab dan beretika,” tegasnya.

Sebagai wakil industri perhotelan, MAH Sabah/Labuan Chapter, menggesa semua penyedia penginapan, tanpa mengira klasifikasi mereka, untuk mengutamakan keselamatan dan privasi tetamu.

“Kami menggalakkan pengembara untuk memilih pilihan penginapan dengan bijak, berwaspada tentang persekitaran mereka dan melaporkan sebarang kebimbangan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

“Kami tetap komited untuk menegakkan standard tertinggi keselamatan dan keselesaan tetamu. Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan hotel kami mengekalkan kepercayaan dan keyakinan pengembara,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/25/insiden-kamera-tersembunyi-ditemui-di-penginapan-bukan-di-hotel-mah/feed/ 0 42526
Insiden kru kapal jatuh laut, mayat mangsa ditemui https://sabahmedia.com/2023/06/23/insiden-kru-kapal-jatuh-laut-mayat-mangsa-ditemui/ https://sabahmedia.com/2023/06/23/insiden-kru-kapal-jatuh-laut-mayat-mangsa-ditemui/#respond Fri, 23 Jun 2023 15:50:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36982
Read Time:1 Minute, 25 Second

LABUAN: Mayat seorang kru kapal tunda yang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika kapal sedang bersauh di perairan Pulau Papan dekat sini telah ditemui pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT sekitar jam 9.40 malam sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian dari Pusat Operasi Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Kenneth Anak Saing, 33 tahun, yang bekerja diatas kapal tunda tempatan, Tanjung Biru 1 dilaporkan hilang setelah gagal dikesan oleh rakan mangsa.

“Kali terakhir mangsa dilihat adalah pada jam 6 petang hari yang sama. Kesemua barang peribadi mangsa masih lagi berada di atas kapal. Kapal dikatakan sedang bersauh sebelum meneruskan perlayaran menuju ke Miri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nudin berkata, sejurus operasi CARILAMAT diaktifkan, bot peronda Maritim Malaysia telah diaturgerak ke lokasi kejadian bagi membuat pengesahan dan melakukan pencarian awal mangsa.

“Operasi turut melibatkan bantuan asset dan anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Menurut Nudin, mayat mangsa berjaya ditemui sekitar jam 7.45 pagi tadi (23 Jun) oleh pasukan mencari di kedudukan sekitar 20 meter selatan Jeti Feri Labuan.

“Mayat telah diserahkan kepada Unit Forensik PDRM untuk siasatan lanjut. Op CARILAMAT ditamatkan pada jam 8.35 pagi,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, MRSC merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak serta orang awam yang turut sama membantu dalam operasi ini.

“Maritim Malaysia mengingatkan orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut ke talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/23/insiden-kru-kapal-jatuh-laut-mayat-mangsa-ditemui/feed/ 0 36982
Mayat remaja disyaki mangsa bunuh ditemui https://sabahmedia.com/2023/03/14/mayat-remaja-disyaki-mangsa-bunuh-ditemui/ https://sabahmedia.com/2023/03/14/mayat-remaja-disyaki-mangsa-bunuh-ditemui/#respond Tue, 14 Mar 2023 12:53:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30828
Read Time:57 Second

SANDAKAN: Penemuan mayat seorang remaja perempuan dalam kawasan semak dan berlumpur di Kampung Forest dekat sini pada pagi tadi, disyaki adalah mangsa bunuh.

Dalam kejadian pada jam 10 pagi tadi (14 Mac), pihak Polis dari Ibu Pejabat Daerah Sandakan, telah menerima maklumat tentang penemuan mayat seorang perempuan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner (ACP) Abdul Fuad Abdul Malek berkata, mangsa seorang remaja berumur 15 tahun bukan warganegara itu ditemui mati dipercayai mangsa bunuh.

“Mangsa ditemui di dalam kawasan semak dan berlumpur di setinggan Kampung Forest, Batu 1 1/2, Jalan Buli Sim-Sim, dekat sini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Abdul Fuad, pada hari sama, jam 12.30 tengahari, berhampiran lokasi kejadian, pihak Polis telah menahan seorang lelaki warganegara asing berumur 22 tahun bagi membantu siasatan.

Sehubungan dengan itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pihak Polis bagi membantu siasatan.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan gambar mayat mangsa kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan Polis.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk bedah siasat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/14/mayat-remaja-disyaki-mangsa-bunuh-ditemui/feed/ 0 30828
Dua kanak-kanak lelaki ditemui lemas ketika mandi dalam parit https://sabahmedia.com/2023/02/14/dua-kanak-kanak-lelaki-ditemui-lemas-ketika-mandi-dalam-parit/ https://sabahmedia.com/2023/02/14/dua-kanak-kanak-lelaki-ditemui-lemas-ketika-mandi-dalam-parit/#respond Tue, 14 Feb 2023 14:23:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29586
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA MARUDU: Dua kanak-kanak lelaki ditemui lemas di dalam parit, salah seorang daripadanya disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital manakala seorang lagi masih tidak sedarkan diri.

Dalam kejadian kedua-dua mangsa berusia 10 tahun itu ditemui lemas semasa menjalankan aktiviti memancing dan mandi-manda di kawasan parit Jalan Radu, Kota Marudu pada petang tadi (14 Feb).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.49 petang tadi berhubung kejadian itu.

Katanya, menurut maklumat yang diperolehi terdapat dua orang kanak-kanak dilaporkan lemas semasa menjalankan aktiviti memancing dan mandi-manda di kawasan parit tersebut.

“Mangsa pertama berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dilaporkan tidak sedarkan diri, seterusnya dibawa ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Manakala mangsa kedua turut berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dilaporkan tidak sedarkan diri, mangsa kedua sempat diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh seorang pegawai bomba PBKII KUP Lainor Unsigang yang berada di luar waktu penugasan di lokasi kejadian sementara menunggu ketibaan pasukan Bomba dan Ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun menurut kenyataan itu, seorang mangsa dikenali sebagai Mohammad Azam Masrul Abdullah disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan di hospital Kota Marudu.

“Seterusnya operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 5.45 petang tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/14/dua-kanak-kanak-lelaki-ditemui-lemas-ketika-mandi-dalam-parit/feed/ 0 29586
Lelaki tidak berpakaian ditemui terperangkap di Pulau Batu Laya-Laya https://sabahmedia.com/2023/01/28/lelaki-tidak-berpakaian-ditemui-terperangkap-di-pulau-batu-laya-laya/ https://sabahmedia.com/2023/01/28/lelaki-tidak-berpakaian-ditemui-terperangkap-di-pulau-batu-laya-laya/#respond Fri, 27 Jan 2023 23:39:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28602
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA MARUDU: Seorang lelaki ditemui tidak berpakaian dipercayai dihanyutkan air banjir dan telah terperangkap selama tiga hari dua malam di Pulau Batu Laya-Laya, perairan laut Kampung Teringai Laut dekat sini.

Semalam, mangsa ditemui oleh orang awam tinggal bersendirian di pulau tersebut dipercayai hanyut semasa banjir besar berlaku pada 25 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan (Supt) Zairolnizal Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.30 pagi semalam (27 Jan) berhubung penemuan lelaki tersebut di lokasi berkenaan.

Lokasi mangsa ditemui terperangkap selama tiga hari dua malam di Pulau Batu Laya-Laya. -Foto ihsan PDRM Kota Marudu.

“Operasi menyelamat sepasukan polis dibantu oleh orang kampung menggunakan satu bot kampung memandangkan bot pihak penyelamat tidak dapat merapat ke pulau batu tersebut.

“Operasi bermula dari jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang. Seterusnya mangsa telah dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut dan mendapat rawatan pesakit luar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Zairolnizal, berdasarkan keterangan mangsa, dalam kejadian 25 Jan 2023 jam lebih kurang 6.45 pagi, mangsa seorang nelayan berumur 52 tahun itu keluar dari rumah untuk membersih dan membuang air dalam perahu miliknya yang ditambat di tepi sungai Kampung Jambutan Laya- Laya.

“Tiba tiba berlaku banjir dan arus kuat telah menghanyutkan mangsa serta perahu lebih kurang dua kilometer sehingga ke perairan laut Kampung Teringai Laut.

“Mangsa kemudian terjun ke laut dan berenang ke Pulau Batu Laya-Laya untuk berlindung. Mangsa berada pulau tersebut selama tiga hari dua malam.

“Mangsa tidak berpakaian semasa ditemui disebabkan pakaian tertanggal semasa terjun ke laut dan berenang ke Pulau Batu. Jarak Pulau Batu dengan daratan Kampung Teringai Laut adalah lebih kurang 700 meter,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/28/lelaki-tidak-berpakaian-ditemui-terperangkap-di-pulau-batu-laya-laya/feed/ 0 28602
Mangsa bot karam ditemui selamat terapung bersama tong bekas minyak https://sabahmedia.com/2023/01/26/mangsa-bot-karam-ditemui-selamat-terapung-bersama-tong-bekas-minyak/ https://sabahmedia.com/2023/01/26/mangsa-bot-karam-ditemui-selamat-terapung-bersama-tong-bekas-minyak/#respond Thu, 26 Jan 2023 09:31:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28522
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki karam di perairan berhampiran Karambunai Nexus Resort dekat sini semalam, ditemui selamat oleh pasukan Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, misi mencari dan menyelamat (SAR) masuk hari kedua, mangsa ketiga insiden bot karam itu berakhir hari ini selepas mangsa ditemui selamat oleh pihak APMM pada jam 1.44 petang tadi.

“Mangsa dikenali sebagai Morris Dulin, 69, telah ditemui selamat di tengah laut dalam keadaan terapung selama lebih 24 jam sambil berpaut bersama tong bekas minyak (gallon).

“Mangsa seterusnya dibawa ke pangkalan APMM untuk diserahkan kepada pihak Ambulans dan operasi SAR ditamatkan pada jam 1.50 petang tadi.

Semalam, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 10.11 pagi daripada orang awam mengenai sebuah bot nelayan dipercayai karam akibat dipukul ombak berhampiran kawasan Karambunai Nexus Resort.

Terdapat tiga orang mangsa terlibat, dua mangsa berjaya menyelamatkan diri berenang ke lagoon Karambunai manakala seorang lagi mangsa masih hilang (Morris).

Dua mangsa yang terselamat dikenali sebagai Modilis Morris, 41, dan Masran Awangkie, 40.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/26/mangsa-bot-karam-ditemui-selamat-terapung-bersama-tong-bekas-minyak/feed/ 0 28522
Dua kanak-kanak ditemui mati lemas di anak sungai tepi jalan Beringis-kawang https://sabahmedia.com/2023/01/24/dua-kanak-kanak-ditemui-mati-lemas-di-anak-sungai-tepi-jalan-beringis-kawang/ https://sabahmedia.com/2023/01/24/dua-kanak-kanak-ditemui-mati-lemas-di-anak-sungai-tepi-jalan-beringis-kawang/#respond Tue, 24 Jan 2023 13:08:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28408
Read Time:1 Minute, 24 Second

PAPAR: Dua beradik kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas semasa mandi di anak sungai di tepi jalan Beringis-kawang selepas mengikuti ibu dan nenek mereka mencari lokan di sungai tersebut dalam satu kejadian pada Sabtu lalu. (21 Jan)

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihak polis telah menerima maklumat daripada orang awam melalui telefon pada 21 Jan 2023, jam 3.02 petang mengatakan terdapat dua orang kanak-kanak lemas di anak sungai Jalan Beringis -Kawang Papar .

“Kedua-dua mangsa berumur 12 dan 13 tahun itu dikatakan telah dihantar ke Hospital Papar oleh orang awam. Namun kedua-dua mangsa dikatakan telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut siasatan awal, Kamaruddin berkata, kedua-dua mangsa telah mengikuti ibu dan neneknya untuk mencari lokan di tepi jalan Beringis -Kawang iaitu tempat kejadian.

“Kedua – dua mereka kemudiannya telah mandi di satu anak sungai yang ada di kawasan tersebut. Sementara itu ibu serta nenek mereka mencari lokan di kawasan berhampiran.

“Mangsa disedari lemas oleh ibu dan neneknya di anak sungai tadi. Melihat kejadian itu ibu mangsa telah meminta bantuan orang awam yang lalu di kawasan tersebut sementara nenek mangsa balik ke kediamannya di Kg. Kawang dan memaklumkan kejadian itu bagi meminta bantuan.

“Dengan bantuan penduduk kampung kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan dari anak sungai tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Keduanya terus dikejarkan ke Hospital namun telah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

“Kedua-dua mangsa merupakan pelajar sekolah di SK Kawang Papar dan merupakan murid tahun 5 dan tahun 6 di sekolah tersebut.

“Setakat ini tidak terdapat sebarang unsur-unsur jenayah ke atas kematian kedua-dua mangsa, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/24/dua-kanak-kanak-ditemui-mati-lemas-di-anak-sungai-tepi-jalan-beringis-kawang/feed/ 0 28408
Kanak-kanak lelaki 6 tahun ditemui mati lemas dalam kolam renang https://sabahmedia.com/2023/01/21/kanak-kanak-lelaki-6-tahun-ditemui-mati-lemas-dalam-kolam-renang/ https://sabahmedia.com/2023/01/21/kanak-kanak-lelaki-6-tahun-ditemui-mati-lemas-dalam-kolam-renang/#respond Sat, 21 Jan 2023 08:50:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28281
Read Time:1 Minute, 19 Second

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui mati lemas dalam kolam renang di sebuah villa dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, Superintendan (Supt) Ahmad Jawila mengesahkan kejadian dan menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.05 pagi tadi (21 Jan) tentang kejadian seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun lemas di kolam renang, sebuah Villa W.P Labuan.

Katanya, pada 21 Jan jam lebih kurang 7.45 pagi, mangsa yang menginap di Villa tersebut bersama beberapa orang kanak-kanak yang lain pergi mandi di kolam renang yang terletak di hadapan Villa.

“Pada masa itu, ibu mangsa berada di tepi kolam dan mengawasi mangsa bersama kanak-kanak yang lain.

“Lebih kurang 15 minit kemudian, kesemua kanak-kanak yang mandi di dalam kolam tersebut telah diarahkan untuk masuk ke dalam villa. Namun, ibu mangsa tidak nampak anaknya dan beliau telah masuk ke dalam rumah untuk membuat pencarian.

“Selang beberapa minit, terdapat beberapa orang kanak-kanak menjerit di kawasan kolam kerana menjumpai mangsa di dalam kolam dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Ahmad, mangsa kemudiannya telah diangkat ke tepi kolam dan dijalankan bantuan pernafasan (CPR).

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Unit Kecemasan Hospital Labuan.

“Siasatan awal dapati bahawa tiada unsur jenayah di dalam kejadian ini,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) W.P Labuan ditalian 087-412222.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/21/kanak-kanak-lelaki-6-tahun-ditemui-mati-lemas-dalam-kolam-renang/feed/ 0 28281
Bot Karam: Mayat Ketiga Ditemui https://sabahmedia.com/2022/01/03/bot-karam-mayat-ketiga-ditemui/ https://sabahmedia.com/2022/01/03/bot-karam-mayat-ketiga-ditemui/#respond Mon, 03 Jan 2022 04:48:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10642
Read Time:58 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TAWAU: Mayat ketiga mangsa tragedi bot karam yang berlaku di Kg Batu Payung kawasan perairan Tawau Sabtu lalu, telah diitemui awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Misran Bisara mengesahkan penemuan mayat ketiga mangsa bot karam di Kg Batu Payung oleh pihak maritim di sungai Membalua 2.2 batu nuatika selatan pada jam 8.34 pagi tadi. (3 Jan)

“Mangsa dikenali sebagai Rahena Muhaimin, 20, adalah kakak kepada dua beradik mangsa bot karam yang mayatnya dijumpai pagi kelmarin iaitu Saiful Muahaimin, 15, dan Jaidi Muhaimin, 5.

“Ketiga-tiga mangsa adalah dikalangan sembilan ahli keluarga yang menaiki bot dalam kejadian berlaku kira-kira jam 4.00 petang Sabtu, semasa bot mereka cuba berpatah balik dari Batu 4 Kg Rawa-Rawa ke Kg Batu Payung di kawasan perairan Tawau namun bot mereka terbalik dan karam. Bagaimanapun enam orang mangsa berjaya diselamatkan.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa oleh pasukan Bomba bersama-sama agensi penyelamat yang lain seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian ditamatkan pada jam 9.20 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/03/bot-karam-mayat-ketiga-ditemui/feed/ 0 10642