ditikam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 02 Feb 2025 04:30:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ditikam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua beranak cedera ditikam kes samun di Tongod, polis buru suspek https://sabahmedia.com/2025/02/02/dua-beranak-cedera-ditikam-kes-samun-di-tongod-polis-buru-suspek/ https://sabahmedia.com/2025/02/02/dua-beranak-cedera-ditikam-kes-samun-di-tongod-polis-buru-suspek/#respond Sun, 02 Feb 2025 04:20:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67866
Read Time:1 Minute, 28 Second

BELURAN: Seorang bapa dan anaknya cedera parah selepas ditikam dalam satu kejadian samun berkumpulan di sebuah kebun persendirian di Kampung Napagang, Entilibon, Tongod, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.00 petang daripada seorang wanita tempatan yang dimaklumkan oleh pekerja jirannya bahawa suami dan anaknya mengalami kecederaan akibat ditikam dengan senjata tajam, dipercayai besi pengangkat buah sawit.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa iaitu lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, badan, belakang badan, lengan serta paha akibat tikaman senjata tajam.

“Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hasan, suspek dalam kes ini telah dikenal pasti sebagai dua pekerja mangsa sendiri, iaitu Anuar, 40-an, dan Saril, 20-an, kedua-duanya warganegara Indonesia.

Polis sedang giat memburu dua suspek disyaki terlibat kes mencederakan dua beranak di Tongod.

“Kedua-dua suspek bertindak melarikan diri selepas mencederakan mangsa dengan membawa lari sebuah kenderaan Toyota Hilux Single Cab putih bernombor pendaftaran SAB 7801 P milik mangsa.

“Suspek juga melarikan beberapa barang peribadi termasuk dokumen penting, telefon bimbit dan dompet mangsa,” jelasnya.

Berikutan kejadian itu, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta dikenakan denda dan sebatan.

Hasan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau keberadaan suspek diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Saksi kejadian juga digesa tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sandra (011-2806 6182), Asisten Superintendan Henry Ak Laiyau (010-941 6656), Balai Polis Beluran (089-511 222) atau Balai Polis Tongod (087-748 223),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/02/dua-beranak-cedera-ditikam-kes-samun-di-tongod-polis-buru-suspek/feed/ 0 67866
Lelaki maut dikelar di leher, seorang cedera parah ditikam di dada oleh rakan sekerja https://sabahmedia.com/2024/12/01/lelaki-maut-dikelar-di-leher-seorang-cedera-parah-ditikam-di-dada-oleh-rakan-sekerja/ https://sabahmedia.com/2024/12/01/lelaki-maut-dikelar-di-leher-seorang-cedera-parah-ditikam-di-dada-oleh-rakan-sekerja/#respond Sun, 01 Dec 2024 07:05:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64714
Read Time:2 Minute, 6 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KINABATANGAN: Seorang lelaki maut dikelar di leher manakala seorang lagi cedera parah ditikam di dada selepas berlaku pergaduhan dengan seorang suspek yang juga rakan sekerja kedua-dua mangsa dalam kejadian di sebuah rumah pekerja ladang di kawasan Kinabatangan pada Jumaat.

Suspek Ricky Tenny sedang diburu oleh polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kinabatangan Asisten Superintendan Mohd Zulfikar Abd Salam berkata, pihaknya menerima panggilan telefon pada 30 November 2024 jam 2.06 pagi daripada Hospital Telupid, Beluran memaklumkan telah menerima seorang pesakit lelaki yang telah ditikam.

“Hasil siasatan kejadian berlaku pada 29 November lalu jam lebih kurang 6.30 petang sehingga 9.00 malam semasa majlis sambutan hari jadi anak salah seorang pekerja ladang.

“Pada jam lebih kurang 11.00 malam hari sama, berlaku kekecohan sehingga terjadi pergaduhan melibatkan suspek dengan dua mangsa yang tinggal di dalam satu rumah pekerja ladang di lokasi kejadian.

“Pertengkaran bermula di dalam sebuah bilik, suspek telah menyerang seorang mangsa pertama sehingga mendapat kecederaan di bahagian leher. Mangsa kedua yang tinggal berhadapan dengan rumah suspek telah terdengar kekecohan di luar rumah, kemudian bertindak keluar.

“Mangsa melihat suspek keluar dari dalam rumah sambil memegang pisau yang berukuran lebih kurang 30 cm. Suspek kemudian terus meluru ke arah mangsa kedua dan terkena tikaman di bahagian tengah dada.

“Mangsa kedua sempat menendang suspek selepas di tikam menyebabkan suspek terjatuh. Mangsa menjerit meminta tolong, kemudian suspek terus melarikan diri dengan membawa pisau yang digunakan.

“Mangsa pertama telah melarikan diri ke arah rumah pekerja Blok B, jarak lebih kurang 30 meter dari tempat kejadian untuk meminta bantuan, namun telah rebah di kerusi depan rumah tersebut. Manakala suspek terus melarikan diri.

“Dalam kejadian itu suspek dan mangsa pertama dipercayai dalam keadaan mabuk setelah minum minuman alkohol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zulfikar, mangsa pertama dikenali sebagai Christian Andi, 30, pekerja ladang dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan di bahagian leher.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Duckess of Kent, Sandakan untuk tindakan lanjut. Manakala mangsa kedua dikenali sebagai Bernadus Bagalewok, 24, yang juga pekerja ladang kini sedang di rawat di wad Zon Merah, Hospital Duckess of Kent, Sandakan.

“Keadaan Bernadus stabil namun pihak hospital telah menjalankan rawatan awal dengan memasukan tiub ke dalam paru-paru sebelah kanan bagi mengeluarkan darah akibat tikaman yang terkena pada paru-paru,” katanya.

Mohd Zulfikar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Polis kini sedang giat memburu suspek dikenali sebagai Ricky Tenny, 40, dan siasatan kes diteruskan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/01/lelaki-maut-dikelar-di-leher-seorang-cedera-parah-ditikam-di-dada-oleh-rakan-sekerja/feed/ 0 64714
Kanak-kanak lelaki maut ditikam abangnya sendiri https://sabahmedia.com/2023/08/19/kanak-kanak-lelaki-maut-ditikam-abangnya-sendiri/ https://sabahmedia.com/2023/08/19/kanak-kanak-lelaki-maut-ditikam-abangnya-sendiri/#respond Sat, 19 Aug 2023 06:24:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40347
Read Time:1 Minute, 9 Second

RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai telah ditikam oleh abangnya sendiri dalam kejadian di rumah kediaman mereka di Kampung Kinapulidan dekat sini awal pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Simiun Lomudin mengesahkan kejadian dan laporan polis mengenai kes tersebut telahpun dibuat pada hari yang sama.

Menurut Simiun, pada jam 11.27 pagi hari yang sama (17 Ogos) pihak polis telah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berkenaan kejadian adiknya telah ditikam oleh abangnya sendiri di rumah kediaman mereka di Kampung Kinapulidan, Ranau.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan kanak-kanak lelaki warga tempatan berumur sembilan tahun telah ditikam oleh abangnya
sendiri yang berumur 19 tahun di bahagian perut semasa berada di
ruang tamu rumah mereka pada 17 Ogos 2023 jam lebih kurang 5.40 pagi dengan menggunakan sebilah pisau.

“Mangsa kemudiannya telah di hantar ke Hospital Ranau bagi mendapatkan rawatan oleh jirannya sejurus selepas kejadian. Walau bagaimanapun mangsa telah di sahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 11.10 pagi semasa mendapatkan rawatan di unit
kecemasan Hospital Ranau,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan dengan itu, Simiun berkata, pihak polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan tidak
menolak kemungkinan suspek mengalami masalah mental.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh yang di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi IPD Ranau bagi membantu siasatan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/19/kanak-kanak-lelaki-maut-ditikam-abangnya-sendiri/feed/ 0 40347