Ditubuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 22 Apr 2024 05:50:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ditubuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua jawatankuasa ditubuh, selaras, pantau program menoktah miskin tegar di Sabah https://sabahmedia.com/2024/04/22/dua-jawatankuasa-ditubuh-selaras-pantau-program-menoktah-miskin-tegar-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/04/22/dua-jawatankuasa-ditubuh-selaras-pantau-program-menoktah-miskin-tegar-di-sabah/#respond Mon, 22 Apr 2024 04:47:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52901
Read Time:2 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah menubuhkan dua Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal Menoktahkan Miskin Tegar bagi usaha menyelaras dan memantau Program Menoktahkan Miskin Tegar di negeri Sabah menjelang tahun 2024 ataupun 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Program Menoktahkan Miskin Tegar di Negeri Sabah akan dilaksanakan secara berfasa iaitu program jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

“Program jangka masa pendek merangkumi lima program iaitu program MySMJ Profiling, MySMJ Kerja PBT, MySMJ Kerja DO, MySMJ Kerja GLC dan MySMJ Kerja Industri.

“Manakala, program jangka masa panjang terdapat dua program iaitu MySMJ: Modal Insan dan MySMJ: Teroka,” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Alias Sani berkaitan langkah kerajaan dalam usaha membawa Sabah keluar daripada kedudukan tercorot negeri miskin di Malaysia.

Hajiji berkata, bermula tahun ini (2024), pelaksanaan program kemiskinan akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang menyaksikan peningkatan daripada RM2,537 kepada RM2,742. Manakala, Pendapatan Garis Kemiskinan Makanan meningkat daripada RM1,179 kepada RM1,218.

Katanya, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) telah mengambil langkah proaktif dalam memperhalusi definisi kemiskinan tegar di negeri ini melalui 13 indikator tambahan kemiskinan tegar, iaitu pemilikan rumah, pekerjaan, pemilikan tanah, kemampuan membayar perkhidmatan asas, kecacatan fizikal ataupun mental, penyakit kritikal, kenderaan, haiwan ternakan, status pendaftaran kelahiran serta tahap pendidikan.

@sabahmediaakaunke2

Kerajaan Negeri telah menubuhkan dua Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal Menoktahkan Miskin Tegar bagi usaha menyelaras dan memantau Program Menoktahkan Miskin Tegar di negeri Sabah menjelang tahun 2024 ataupun 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

♬ original sound – Sabah Media (Voice Of Borneo) – Sabah Media (Voice Of Borneo)

“Secara asasnya, golongan miskin tegar adalah mereka yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan sendiri berdasarkan kepada indikator negeri Sabah seperti tidak memiliki rumah sendiri, tiada pemilikan tanah untuk diusahakan, masih mengunakan peralatan tradisional dalam kehidupan seharian serta akses kepada pendidikan.

“Justeru, Kerajaan Negeri telah menetapkan locked figure yang direkodkan dalam sistem eKasih bagi Program Menoktahkan Miskin Tegar di negeri Sabah yang melibatkan 22,510 Ketua Isi Rumah (KIR) dan 94,315 Ahli Isi Rumah (AIR),” jelasnya.

Hajiji berkata, dalam usaha Kerajaan Negeri bergerak dalam program kemiskinan tegar ini, data-data yang tepat diperlukan dalam menyokong kepada bantuan intervensi yang bersesuaian untuk disalurkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/ Ahli Isi Rumah (AIR) yang telah dikenal pasti.

“Sekretariat SMJ bersama Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Jabatan Perdana Menteri (ICU), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Pejabat Daerah telah memulakan kerja verifikasi lapangan data eKasih bagi mengenal pasti padanan bantuan yang bersesuaian kepada golongan miskin tegar di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, setakat 31 Mac 2024, angka locked figure di dalam sistem eKasih merekodkan penurunan sebanyak 42% yang masih berstatus miskin tegar adalah seramai 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Namun demikian, perubahan status akan berlaku dengan perubahan bilangan ahli isi rumah, perubahan pendapatan, bantuan yang diterima/ ditamatkan serta perubahan maklumat lain seperti meninggal dunia/berpindah ke negeri lain,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/22/dua-jawatankuasa-ditubuh-selaras-pantau-program-menoktah-miskin-tegar-di-sabah/feed/ 0 52901
Pasukan petugas ditubuh untuk pantau isu elektrik dan air di Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/10/pasukan-petugas-ditubuh-untuk-pantau-isu-elektrik-dan-air/ https://sabahmedia.com/2024/01/10/pasukan-petugas-ditubuh-untuk-pantau-isu-elektrik-dan-air/#respond Wed, 10 Jan 2024 11:33:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47790
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri bersetuju menubuhkan pasukan petugas bagi memantau isu air dan elektrik di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pasukan petugas itu akan diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan akan bermesyuarat seminggu sekali atau setiap dua minggu untuk meneliti semua isu berkaitan bekalan air dan elektrik.

Sehubungan dengan itu, katanya, Kabinet Negeri juga telah mengarahkan semua ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri mengelak daripada mengumumkan atau mengeluarkan kenyataan mengenai projek pembangunan tanpa sebarang lampu hijau daripada Kabinet.

“Semua GLC negeri dikehendaki merujuk kepada menteri masing-masing atau Kabinet Negeri sebelum membuat sebarang perjanjian bagi mengelak komplikasi pada masa hadapan. Kabinet memandang serius perkara itu,” kata Hajiji selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu dekat sini, hari ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Menteri turut menyatakan beberapa pencapaian terutamanya pengambilalihan kuasa kawal selia ke atas bekalan elektrik oleh kerajaan negeri daripada Kerajaan Persekutuan.

Beliau juga turut mengiktiraf prestasi kukuh anak syarikat kerajaan negeri yang baru ditubuhkan, SMJ Energy Sdn Bhd.

Menurutnya, SMJ Energy Sdn Bhd telah pun membayar pinjaman RM50 juta kepada kerajaan negeri dalam tempoh kurang setahun penubuhannya.

“Daripada syarikat aset sifar, ia mempunyai lebih daripada RM5 bilion aset pada Disember 2023, selain itu SMJ Energy juga telah berjaya menerbitkan sukuk wakalah bernilai RM900 juta di bawah program wakalah sukuk pelbagai mata wang syarikat sehingga RM10 bilion dalam nilai nominal tahun lepas.

“Kejayaan lain di bawah kendalian SMJ Energy ialah pengambilalihan 50 peratus ekuiti dalam pengeluaran medan minyak Samarang, 25 peratus kepentingan dalam Samur dan dalam loji LNG berhampiran pantai di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP),” katanya.

Hadir sama tiga pembantu menterinya Datuk Abidin Madingkir, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Datuk Ruslan Muharam, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Peguam Negara, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan ketua-ketua jabatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/10/pasukan-petugas-ditubuh-untuk-pantau-isu-elektrik-dan-air/feed/ 0 47790
Yayasan Pendidikan Tongod bantu pelajar kurang mampu lanjut pengajian https://sabahmedia.com/2024/01/07/yayasan-pendidikan-tongod-bantu-pelajar-kurang-mampu-lanjut-pengajian/ https://sabahmedia.com/2024/01/07/yayasan-pendidikan-tongod-bantu-pelajar-kurang-mampu-lanjut-pengajian/#respond Sun, 07 Jan 2024 05:48:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47618
Read Time:1 Minute, 7 Second

TONGOD: Yayasan Pendidikan Tongod akan ditubuhkan bagi membantu golongan pelajar daerah ini yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, langkah penubuhan yayasan berkenaan merupakan solusi baharu bagi menambah bilangan anak muda yang berpendidikan tinggi.

“Kita yakin akan lebih ramai modal insan yang berjaya dapat dilahirkan menerusi bantuan yayasan itu nanti, ” kata beliau di majlis kesyukuran Keluarga Milian di Kampung Alitang dan Seriwati yang dihadiri lebih 300 orang anggota keluarga berkenaan, semalam.

Menurutnya, kewujudan dua kilang terbesar yang akan beroperasi di Tongod tidak lama lagi akan membantu dari segi dana yayasan pendidikan itu nanti.

Kilang tersebut ialah Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd dibangunkan dekat Kampung Inarad dan kilang ternakan khinzir di Kampung Entilibon.

Masiung berkata, dengan tertubuhnya yayasan pendidikan itu kelak, ia boleh mengubah nasib golongan miskin dengan memberikan akses pendidikan tertinggi kepada anak mereka menerusi yayasan berkenaan.

Pemegang amanah bagi yayasan itu nanti katanya, akan diuruskan oleh anak tempatan Tongod sendiri yang berkelayakan.

Beliau yang juga Pengerusi Borneo Cement Sabah Sdn Bhd, memberi jaminan 1,000 kekosongan jawatan bakal diwujudkan di syarikat berkenaan akan diberi peluang kepada warga Tongod mengikut kelayakan akademik.

Turut hadir memeriahkan majlis kesyukuran itu ialah Padri All Saint Kota Kinabalu, Dean Musa Ambai, Penolong Pegawai Daerah Tongod, Ronley Saringan dan Pegawai Unit Pembangunan Masyarakat, Tokyo Hashim Omar.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/07/yayasan-pendidikan-tongod-bantu-pelajar-kurang-mampu-lanjut-pengajian/feed/ 0 47618