Ditubuhkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 26 Nov 2021 00:51:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ditubuhkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pasukan Petugas Bersama Ditubuhkan Untuk Mengkaji Kesan Pemindahan Ibu Negara Indonesia https://sabahmedia.com/2021/11/26/pasukan-petugas-bersama-ditubuhkan-untuk-mengkaji-kesan-pemindahan-ibu-negara-indonesia/ https://sabahmedia.com/2021/11/26/pasukan-petugas-bersama-ditubuhkan-untuk-mengkaji-kesan-pemindahan-ibu-negara-indonesia/#respond Fri, 26 Nov 2021 00:51:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8885
Read Time:1 Minute, 9 Second

KUALA LUMPUR: Satu pasukan petugas bersama telah ditubuhkan bagi merancang dan memantau pembangunan sempadan Sabah dan Sarawak selaras dengan rancangan Indonesia untuk memindahkan ibu kotanya ke Kalimantan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pasukan petugas itu akan mengkaji kesan perpindahan ibu negara Indonesia kepada perancangan pembangunan di Sabah, Sarawak dan Kalimantan.

“Pasukan petugas ini adalah usaha bersama antara kami (JPM HESS) dan Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), yang dipengerusikan oleh Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan saya sendiri,” kata Ongkili selepas mesyuarat pasukan petugas yang pertama, hari ini.

Selain pembangunan infrastruktur, pasukan petugas itu juga akan meneliti aspek lain seperti pelancongan, pertukaran budaya, pendidikan dan pelancongan kesihatan.

“Kami juga akan melihat isu berkaitan keselamatan di sempadan dan penubuhan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di semua pintu masuk di antara kedua-dua negara,” kata Ahli Parlimen Kota Marudu itu.

Beliau menambah bahawa pasukan petugas itu wujud selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan wakil rakyat yang membangkitkan isu dan kebimbangan mereka mengenai cadangan pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan dari Jakarta.

“Kami sedang merangka kertas kerja mengenai isu itu dan akan bertemu semula pertengahan bulan hadapan, sebagai persediaan untuk mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) di mana kedua-dua ketua menteri Sabah dan Sarawak akan terlibat sama dalam merangka strategi pembangunan sempadan jangka panjang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/26/pasukan-petugas-bersama-ditubuhkan-untuk-mengkaji-kesan-pemindahan-ibu-negara-indonesia/feed/ 0 8885
RDA Akan Ditubuhkan Bagi Membangunkan Bandar Sempadan Sabah – Kalimantan https://sabahmedia.com/2021/11/09/rda-akan-ditubuhkan-bagi-membangunkan-bandar-sempadan-sabah-kalimantan/ https://sabahmedia.com/2021/11/09/rda-akan-ditubuhkan-bagi-membangunkan-bandar-sempadan-sabah-kalimantan/#respond Tue, 09 Nov 2021 10:28:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8302
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah (RDA) akan ditubuhkan untuk menguruskan perbandaran sempadan baharu di Serudong, Kalabakan yang akan menjadi salah satu daripada empat pintu masuk dari Kalimantan, Indonesia ke Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, cadangan penubuhan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Serudong, Sabah Maju Jaya akan dibentangkan semasa Bajet 2022 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Disember.

Hajiji turut menyifatkan RDA sebagai pemangkin pertumbuhan di Serudong, bahawa Kerajaan Negeri komited untuk memastikan perbandaran sempadan akan dibangunkan seperti yang dirancang, dalam jangkaan pembangunan utama yang akan berlaku dengan rancangan Indonesia untuk memindahkan ibu kotanya ke Timur Kalimantan.

Perbandaran sempadan akan merangkumi zon perindustrian dan komersial, perumahan dan lain-lain kemudahan yang akan dibangunkan di sekitar pusat Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS).

Pembangunan pusat CIQS di sempadan Malaysia – Indonesia di Borneo akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 September lalu.

Hajiji berkata pembangunan sempadan Sabah – Kalimantan akan menjadi antara perkara yang diperkatakan apabila Perdana Menteri bertemu dengan Presiden Indonesia Joko Widodo semasa lawatannya yang akan datang ke republik itu.

Antara pintu masuk selain Serudong ialah di Long Pasia, Pagalungan dan Sebatik.

Dalam pada itu, Ketua Menteri dan ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah diberi taklimat mengenai rancangan konsep sempadan Serudong (Malaysia) – Simanggaris (Indonesia) di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Pengarah Perancangan Bandar Sempadan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), TPr Mursidi Sapie berkata, antara fungsi RDA adalah bertindak sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta menyelia pembangunan infrastruktur, ekonomi dan sosial.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Sulai dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SEDIA, Datuk Seri Hashim Paijan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/09/rda-akan-ditubuhkan-bagi-membangunkan-bandar-sempadan-sabah-kalimantan/feed/ 0 8302