Dituduh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 04 Apr 2023 06:38:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dituduh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pesara tentera dituduh terima rasuah RM15,000 https://sabahmedia.com/2023/04/04/pesara-tentera-dituduh-terima-rasuah-rm15000/ https://sabahmedia.com/2023/04/04/pesara-tentera-dituduh-terima-rasuah-rm15000/#respond Tue, 04 Apr 2023 06:38:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32134
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Seorang pesara tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, pada Selasa atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM15,000 pada 12 Mei 2014.

Tertuduh Azman Ariffin, 62, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Anak Juga.

Menurut pertuduhan, pada sekitar bulan Ogos 2014, bertempat di Pintu Utama Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, tertuduh sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Pegawai Staff 2 Gaji / Belanjawan, yang bertugas di Markas Briged Ke-5 Infantri, Kem Lok Kawi, Sabah, telah secara rasuah menerima bagi diri kamu suatu suapan, iaitu wang tunai sebanyak RM15,000.00 daripada Kasriza Sudin sebagai upah untuk mengeluarkan Surat Tawaran Kerja-kerja Membersih Kawasan Kem 5 Briged bagi tempoh Kontrak dari 1 Jun 2014 sehingga 31 Mei 2015, nombor rujukan bertarikh 12 Mei 2014 atas nama SB Lui Enterprise.

Pertuduhan itu dikemukakan di bawah Skesyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Azman boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap itu jika butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilai atau dibentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nurul Izzati Sapifee manakala tertuduh diwakili peguam Nohin & Partners.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000.00 (RM2,000.00 deposit) dengan seorang penjamin tempatan beserta syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan. Manakala pasport perlu diserahkan kepada Mahkamah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/04/pesara-tentera-dituduh-terima-rasuah-rm15000/feed/ 0 32134
Pasangan Suami Isteri Dituduh Di Mahkamah Hari Ini, Dera Pembantu Rumah https://sabahmedia.com/2021/12/29/pasangan-suami-isteri-dituduh-di-mahkamah-hari-ini-dera-pembantu-rumah/ https://sabahmedia.com/2021/12/29/pasangan-suami-isteri-dituduh-di-mahkamah-hari-ini-dera-pembantu-rumah/#respond Wed, 29 Dec 2021 05:25:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10430
Read Time:1 Minute, 1 Second

PENAMPANG: Pasangan suami isteri yang ditahan, dituduh di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini dipercayai mendera pembantu rumah mereka sehingga menyebabkan kematian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kertas siasatan selesai sepenuhnya hasil daripada tahanan reman yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek seterusnya dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya sebelum diarahkan pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pasangan berusia 40 dan 33 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian seorang pembantu rumah berusia 28 tahun di rumah mereka di sebuah kondominium di Jalan Lintas Lido, dekat sini.

“Kejadian dilaporkan pada 13 Disember lalu apabila pasangan terbabit mendakwa menemui pembantu rumah mereka meninggal dunia selepas pulang dari bercuti di Kundasang.

“Bagaimanapun siasatan lanjut mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan termasuk melecur di sebahagian badan,” katanya.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat.

“Manakala kedua-dua suspek terus ditahan bagi membantu siasatan lanjut sebelum pendakwaan dijalankan hari ini,” jelasnya.

Sebelum ini satu portal tempatan melaporkan pasangan suami isteri keluarga VVIP sabah, dera pembantu rumah sehingga mati dibebaskan reman.

Menurut laporan itu, pembantu rumah berusia 28 tahun yang berketurunan bugis mati selepas didera teruk oleh pasangan suami isteri ” keluarga VVIP Sabah itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/29/pasangan-suami-isteri-dituduh-di-mahkamah-hari-ini-dera-pembantu-rumah/feed/ 0 10430