doa selamat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 26 Mar 2026 10:00:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png doa selamat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Orang ramai dijemput sertai majlis kesyukuran sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT Sabah esok https://sabahmedia.com/2026/03/26/orang-ramai-dijemput-sertai-majlis-kesyukuran-sambutan-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-tyt-sabah-esok/ https://sabahmedia.com/2026/03/26/orang-ramai-dijemput-sertai-majlis-kesyukuran-sambutan-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-tyt-sabah-esok/#respond Thu, 26 Mar 2026 06:57:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93805
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU :  Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Solat Hajat sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-75 esok.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Awang Juri Awang Tahir berkata majlis tersebut akan diadakan di Masjid Negeri Kota Kinabalu pada 27 Mac bermula 11.40 pagi.

“Program akan dimulakan dengan bacaan Yasin diikuti dengan tahlil serta doa kesyukuran seterusnya jemaah akan menunaikan solat Jumaat dan solat hajat secara berjemaah. 

“Doa selamat dan solat hajat merupakan antara amalan yang sering dilakukan apabila kita memohon keberkatan, perlindungan serta kesejahteraan daripada Allah SWT. 

“Dalam konteks ini, ia adalah satu manifestasi doa rakyat kepada pemimpin negeri agar sentiasa diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan serta terus memimpin dengan hikmah,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika ditemui media selepas ditemubual di Sabah fm, di sini pada Khamis.

Awang Juri yang juga Pengerusi Jawatankuasa program tersebut berkata, Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman akan menyertai program berkenaan bersama-sama para pemimpin negeri.

Menurutnya,  majlis sama turut dilaksanakan di peringkat daerah pada malam Khamis dengan pengisian bacaan Yasin, doa selamat dan juga solat hajat selepas Solat fardhu Isyak.

“Kita berharap majlis ini dapat memberi impak dari segi pengukuhan nilai spiritual dalam kalangan masyarakat, selain menyemai rasa kesyukuran dan kebersamaan,” katanya.

Tambah beliau, keseluruhan pengisian program dirangka agar majlis berlangsung dalam suasana yang tenang, tertib dan penuh penghayatan selari dengan tujuan utama penganjurannya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/26/orang-ramai-dijemput-sertai-majlis-kesyukuran-sambutan-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-tyt-sabah-esok/feed/ 0 93805
Tun Juhar hadir majlis tahlil, bacaan doa selamat sempena Hari Kebangsaan https://sabahmedia.com/2024/08/31/tun-juhar-hadir-majlis-tahlil-bacaan-doa-selamat-sempena-hari-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2024/08/31/tun-juhar-hadir-majlis-tahlil-bacaan-doa-selamat-sempena-hari-kebangsaan/#respond Fri, 30 Aug 2024 19:33:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59956
Read Time:38 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin semalam menghadiri Majlis Tahlil Dan Bacaan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2024.

Majlis tersebut diadakan di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang dihadiri oleh lebih 1,000 jemaah dan dimulakan dengan bacaan Surah Yasin.

Kemudian, Mufti Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar memimpin bacaan doa selamat selain menyampaikan Khutbah Jumaat bertajuk Menghargai Nikmat Kemerdekaan manakala Solat Jumaat diimamkan oleh Imam Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Turut hadir sama, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin dan PesuruhJaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/31/tun-juhar-hadir-majlis-tahlil-bacaan-doa-selamat-sempena-hari-kebangsaan/feed/ 0 59956
Hajiji, Tun Juhar Hadiri Kenduri Doa Selamat Sempena Ramadan 1443/2022 https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/#respond Fri, 01 Apr 2022 14:22:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13781
Read Time:25 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri kenduri doa selamat dan menunaikan solat Maghrib serta Isyak bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, sempena menyambut bulan Ramadan 1443/2022 di Istana Seri Kinabalu, malam tadi (Jumaat).

Dalam majlis itu, Mufti Negeri Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar turut menyampaikan keputusan cerapan anak bulan kepada Tun Juhar Mahiruddin dan Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut hadir beberapa jemaah Kabinet negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/feed/ 0 13781
Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat Untuk Kesembuhan Sakaran & Lajim https://sabahmedia.com/2021/08/26/majlis-bacaan-yasin-doa-selamat-untuk-kesembuhan-sakaran-lajim/ https://sabahmedia.com/2021/08/26/majlis-bacaan-yasin-doa-selamat-untuk-kesembuhan-sakaran-lajim/#respond Thu, 26 Aug 2021 14:08:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5309
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Satu majlis bacaan yasin dan doa selamat telah diadakan bagi memohon kesejahteraan dan kesembuhan kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Sakaran Dandai dan Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin.

Majlis yang diadakan secara maya menerusi ‘Google Meet’ itu dianjurkan bersama Majlis Dakwah Negara (MDN) Sabah; Universiti Malaysia Sabah (UMS); Alumni Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hjh Rahmah Kota Kinabalu dan Alumni Sekolah Menengah Agama Limauan.

Pesuruhjaya MDN Sabah Samin Ongki berkata, majlis itu dijayakan hampir lebih 200 orang termasuk yang tidak menyertai secara maya yang bermula selepas solat Maghrib petang tadi.

“Alhamdullillah, satu majlis bacaan yasin dan doa selamat telah selesai diadakan selepas solat Maghrib tadi dimana seramai 95 orang umat Islam telah menyertai majlis menerusi Google Meet manakala selebihnya melaksanakan secara persendirian.

“Selain Google Meet, beberapa lokasi lain membabitkan kakitangan UMS; kakitangan Tabung Haji Sabah Sarawak; penghuni Rumah Anak Yatim Asnaf As-Sakinah Kinarut dan saya pasti ramai lagi yang menyertai majlis itu,” katanya ketika dihubungi Sabah Media malam ini.

Katanya, antara yang turut serta pada majlis itu, isteri Lajim, Datin Seri Normilah Siong; Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan Pengarah Tabung Haji Sabah Sarawak Datin Norlaila Said.

“Bersama-sama kita doakan agar kedua-dua pemimpin ini diberi kesembuhan yang baik,” katanya.

Terdahulu, Sakaran sebelum ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Gleanagles selepas disahkan dijangkiti COVID-19 namun keadaannya dilaporkan stabil.

Manakala Lajim turut dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ bagi menerima rawatan akibat dijangkiti COVID-19.

Beliau yang ditidurkan pada Selasa lalu kini dilaporkan stabil namun keadaan masih belum sedar.

Dalam pada itu, seramai 50 jemaah Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan kinarut disini turut mengadakan bacaan yasin sempena hari kebangsaan dan bacaan doa selamat bagi memohon kesembuhan Sakaran dan Lajim termasuk semua pesakit yang dijangkiti COVID-19.

Ahli Jawatankuasa MPT Ustaz Nor Azhar Alimin berkata, bacaan yasin dipimpin oleh Imam MPT Abd Rahman dan Ustaz Fahmi.

Turut hadir , Pengerusi MPT Prof Dr Hj Awang Setia Hj Musleh.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/26/majlis-bacaan-yasin-doa-selamat-untuk-kesembuhan-sakaran-lajim/feed/ 0 5309