dogoton – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 23 Oct 2026 09:21:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dogoton – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SK Dogoton hargai sumbangan kemudahan pembelajaran kerajaan https://sabahmedia.com/2026/10/23/sk-dogoton-hargai-sumbangan-kemudahan-pembelajaran-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2026/10/23/sk-dogoton-hargai-sumbangan-kemudahan-pembelajaran-kerajaan/#respond Fri, 23 Oct 2026 09:20:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105813
Read Time:2 Minute, 3 Second

KUDAT: Sekolah Kebangsaan (SK) Dogoton menzahirkan penghargaan kepada kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas sumbangan kemudahan pembelajaran yang membantu meningkatkan keselesaan pelajar dan guru di sekolah berkenaan.

Guru Besar SK Dogoton, Asiung Asung, berkata sumbangan itu amat bermakna kerana kemudahan yang diterima dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Asiung Asung

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas keprihatinan terhadap keperluan pendidikan di Pulau Banggi.

“Antara sumbangan yang kami terima pada September lalu ialah 100 unit meja berlaci dan kerusi plastik, 12 unit papan putih, lima unit meja bankuet, satu unit skrin projektor manual serta 14 unit kerusi guru.

“Sumbangan tersebut amat bermakna buat kami, terutamanya kepada pelajar yang menggunakan kemudahan itu dalam menuntut ilmu. Saya dapat lihat pelajar-pelajar sangat gembira dengan kemudahan yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa lawatan ke SK Dogoton, di sini, baru-baru ini.

Menurut Asiung, sumbangan berkenaan turut berkait dengan lawatan Perdana Menteri ke Pulau Banggi sebelum ini yang memberi peluang kepada pihak sekolah mendapatkan maklumat mengenai saluran permohonan bantuan melalui MKN.

Katanya, pihak sekolah kemudian mengambil peluang berkenaan untuk mengemukakan keperluan mereka dan bersyukur apabila permohonan itu mendapat perhatian serta direalisasikan.

“Lawatan Perdana Menteri sebelum ini ke Pulau Banggi memberikan peluang untuk kami bertanya melalui pihak MKN bagaimana cara untuk mengajukan permohonan.

“Hasilnya, syukur, apa yang kami perjuangkan telah dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Asiung berkata pihak sekolah turut mengadakan perbincangan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat bagi mengemukakan beberapa permohonan berkaitan keperluan penambahbaikan infrastruktur sekolah.

Antara bangunan sekolah yang uzur

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan kemudahan di SK Dogoton terus berada dalam keadaan baik dan dapat menyokong proses pembelajaran murid.

Sementara itu, Ketua Kampung Dogoton, Dahim Saludin, berharap kerajaan dapat meneruskan perhatian terhadap keperluan kemudahan asas dan infrastruktur di kampung berkenaan.

Menurutnya, kemudahan pendidikan perlu terus diberi perhatian termasuk kerja membaiki infrastruktur sekolah yang mengalami kerosakan.

“Kemudahan pembelajaran buat pelajar sekolah amat penting untuk diberi perhatian, termasuk pembaikan infrastruktur yang sudah rosak seperti pintu kelas dan sebagainya,” katanya.

Dahim Saludin

Dahim turut berharap kerajaan memberi perhatian terhadap keadaan jalan raya di sekitar kampung selain menyediakan peruntukan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada penduduk yang layak.

Beliau turut berharap kemudahan bekalan elektrik di kawasan berkenaan dapat dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan penduduk.

“Kami juga mohon pihak kerajaan untuk memberi perhatian berkenaan jalan raya sekitar kampung ini, memberi peruntukan rumah SMJ kepada yang layak dan menyediakan kemudahan bekalan elektrik yang lebih baik,” katanya. – JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/23/sk-dogoton-hargai-sumbangan-kemudahan-pembelajaran-kerajaan/feed/ 0 105813