Doktor – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 12 Apr 2026 02:01:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Doktor – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah perlu lebih banyak doktor, tampung sistem kesihatan – Julita https://sabahmedia.com/2026/04/12/sabah-perlu-lebih-banyak-doktor-tampung-sistem-kesihatan-julita/ https://sabahmedia.com/2026/04/12/sabah-perlu-lebih-banyak-doktor-tampung-sistem-kesihatan-julita/#respond Sun, 12 Apr 2026 02:01:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94704
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Sabah memerlukan kira-kira 9,000 doktor bagi menampung keperluan sistem kesihatan, namun ketika ini hanya 2,884 pegawai perubatan berkhidmat, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan perkhidmatan kesihatan negeri itu.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata, jurang ketara tersebut menuntut tindakan segera daripada kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan tekanan berpanjangan terhadap sistem kesihatan.

Beliau berkata, kekurangan itu bukan sahaja berpunca daripada kekangan tenaga kerja, tetapi turut melibatkan isu lebih besar seperti penurunan minat terhadap kerjaya perubatan dan kesukaran mengekalkan doktor di Sabah.

Tambahnya, data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan hanya 10 peratus daripada 5,000 jawatan doktor baharu berjaya diisi pada awal tahun ini, sekali gus memberi gambaran membimbangkan terhadap bekalan doktor pada masa depan.

“Jika keadaan ini berterusan, sistem kesihatan akan berdepan tekanan yang lebih besar, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Hak dan Tanggungjawab Doktor anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Julita berkata, kekurangan tenaga kerja menyebabkan doktor sedia ada terpaksa memikul tugas berganda, selain berdepan kekangan kemudahan asas di beberapa lokasi.

Dalam masa sama, beliau mengakui masih terdapat jurang ketara dalam infrastruktur kesihatan, termasuk fasiliti yang memerlukan naik taraf serta akses perkhidmatan yang belum menyeluruh.

Sehubungan itu, Julita berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan beberapa tuntutan kepada KKM, termasuk peningkatan peruntukan pembangunan dan penambahbaikan kemudahan kesihatan.

“Isu berkenaan turut dibincangkan di peringkat dasar menerusi platform Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi memastikan hak dan keperluan Sabah diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan kepentingan memperkukuh insentif kepada doktor, termasuk menilai semula Bayaran Insentif Wilayah (BIW) serta meningkatkan elaun kos sara hidup, khususnya bagi mereka yang berkhidmat di kawasan pedalaman.

“Insentif yang lebih baik amat penting untuk menarik dan mengekalkan tenaga perubatan di Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/12/sabah-perlu-lebih-banyak-doktor-tampung-sistem-kesihatan-julita/feed/ 0 94704
210 kekosongan perjawatan Pegawai Perubatan (doktor) seluruh klinik kesihatan di Sabah – James https://sabahmedia.com/2024/07/30/210-kekosongan-perjawatan-pegawai-perubatan-doktor-seluruh-klinik-kesihatan-di-sabah-james/ https://sabahmedia.com/2024/07/30/210-kekosongan-perjawatan-pegawai-perubatan-doktor-seluruh-klinik-kesihatan-di-sabah-james/#respond Tue, 30 Jul 2024 01:31:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58281
Read Time:2 Minute, 0 Second

BELURAN: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib menggesa agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengisi 210 kekosongan perjawatan Pegawai Perubatan (doktor) di Klinik Kesihatan seluruh negeri Sabah.

Menurut beliau, jawatan kosong itu perlu diisi bagi membolehkan perkhidmatan yang lebih berkesan diterima rakyat khususnya di kawasan luar bandar (pedalaman).

“Di kawasan Beluran sahaja, seramai 26 perjawatan Pegawai Perubatan (doktor) belum diisi termasuk di Klinik Kesihatan Sungai-Sungai seramai tiga orang.

“Untuk rekod, Klinik Kesihatan Sungai-Sungai menerima pesakit harian purata seramai 70 hingga 90 orang, dan klinik ini dilengkapi dengan Pembantu Perubatan (MA) sahaja.

“Saya juga minta kepada KKM supaya semua perjawatan di Klinik Kesihatan dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di seluruh Sabah yang masih kosong supaya diisi,” katanya.

James yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah berkata demikian sempena siri lawatan kerja 3 hari ke beberapa Klinik Kesihatan (KK), Klinik Ibu dan Anak (KKIA) dan Hospital pada 27 -29 Julai 2024.

Antara pusat-pusat yang dilawati beliau ialah Klinik Kesihatan Sungai-Sungai, Klinik Kesihatan Tangkarason di Paitan, Klinik Ibu dan Anak Beluran dan Hospital Beluran.

Sementara itu, berkenaan status pembinaan Klinik Kesihatan Tangkarason, beliau dapati kerja-kerja pembinaan berjalan perlahan dengan kemajuan kerja setakat 27 Julai lalu, lebih kurang 30% siap.

“Ini sudah lewat dari jadual. Bagaimanapun difahamkan kelewatan ini disebabkan oleh faktor cuaca hujan semasa kerja-kerja tanah. Saya juga diberitahu, projek ini siap dalam bulan Oktober atau November,” katanya.

Bangunan klinik kesihatan Tangkarason yang diperbuat daripada kayu, musnah dalam kebakaran pada Febuari 2024 yang lalu dan pembinaan semula bangunan ini melibatkan kos sebanyak RM989,000.

“Apapun alasan, saya akan sentiasa memantau dari masa ke semasa kerja-kerja pembinaan bangunan ini dan mempastikan projek ini siap mengikut jadual dan tidak dikategorikan sebagai projek sakit.

“Untuk sementara waktu, perkhidmatan Klinik Kesihatan Tangkarason, beroperasi seperti biasa di bangunan Mini Dewan Kg. Tangkarason dengan kemudahan fasiliti perubatan yang terhad dan tidak kondusif.

“Selaku Exco Kesihatan negeri Sabah, saya mahu supaya semua staf seperti Pegawai Perubatan (Doktor), Pembantu Perubatan (MA) dan Jururawat di klinik-klinik kesihatan di negeri Sabah terutama kawasan luar bandar (pedalaman) memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada pesakit yang datang mendapatkan rawatan,” kata beliau.

James yang juga ADUN Sugut menambah, para pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan berhak menerima layanan dan perkhidmatan yang sepatutnya.

“Ini bagi mengelakan perkara-perkara tidak diingini berlaku ke atas pesakit dan juga aduan orang ramai berkaitan ketidakpuashati kualiti perkhidmatan,” jelas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/30/210-kekosongan-perjawatan-pegawai-perubatan-doktor-seluruh-klinik-kesihatan-di-sabah-james/feed/ 0 58281
Program Doktor Kesihatan Awam UMS Bantu Lahir Pakar Tempatan https://sabahmedia.com/2021/12/30/program-doktor-kesihatan-awam-ums-bantu-lahir-pakar-tempatan/ https://sabahmedia.com/2021/12/30/program-doktor-kesihatan-awam-ums-bantu-lahir-pakar-tempatan/#respond Thu, 30 Dec 2021 07:30:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10473
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Program Doktor Kesihatan Awam (DrPH) yang diperkenalkan di bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu membantu melahirkan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dalam kalangan rakyat tempatan khususnya di Sabah.

Dekan FPSK, Prof. Dr. Mohammad Saffree Jeffree berkata, program pascasiswazah yang dibangunkan di bawah Jabatan Perubatan Kesihatan Awam menjurus kepada menghasilkan pemimpin kesihatan awam yang mempunyai kepakaran untuk menilai dan membangunkan intervensi menangani masalah kesihatan bagi keseluruhan populasi di Sabah khususnya dan di Malaysia secara amnya.

“DrPH UMS yang berada di tahap 8 mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, (MQF), telah menerima pendaftaran pertama pelajar seramai tujuh orang yang bermula pada September 2018.

“Mereka ini merupakan antara pelajar terbaik lulusan Sarjana Kesihatan Awam (MPH) UMS, dan kebanyakan pelajar dalam program ini adalah merupakan pegawai perubatan yang telah mendapat tajaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengikuti bidang kepakaran perubatan kesihatan awam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Menurut Saffree, selain dapat memenuhi keperluan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, DrPH juga mampu menghasilkan Pakar Perubatan Kesihatan Awam di kalangan rakyat tempatan Sabah yang akan terus berkhidmat kepada negeri Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya.

Dalam pada itu, salah seorang pelajar DrPH, Dr Narinderjeet Kaur menyokong inisiatif UMS dalam membangunkan program pascasiswazah yang memberi manfaat bukan sahaja kepada doktor-doktor perubatan malah juga kepada masyarakat.

“Kami amat berterima kasih dan berbesar hati kerana berpeluang menyertai program ini.

“Dengan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi, kami berazam untuk mengukuhkan perkhidmatan kesihatan awam terutamanya di negeri Sabah,” katanya.

Program Doktor Kesihatan Awam (DrPH) berjalan selama 3 tahun atau 6 semester sepenuh masa.

Penyelaras bagi program ini adalah Prof. Madya Dr. Fredie Robinson dari Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, FPSK, manakala Prof. Madya Dr. Syed Sharizman Syed Abdul Rahim mengetuai Jabatan Perubatan Kesihatan Awam FPSK.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/30/program-doktor-kesihatan-awam-ums-bantu-lahir-pakar-tempatan/feed/ 0 10473
Sekiranya tidak membebankan, kerajaan lantik doktor kontrak ke jawatan tetap – Bung https://sabahmedia.com/2021/07/28/sekiranya-tidak-membebankan-kerajaan-lantik-doktor-kontrak-ke-jawatan-tetap-bung/ https://sabahmedia.com/2021/07/28/sekiranya-tidak-membebankan-kerajaan-lantik-doktor-kontrak-ke-jawatan-tetap-bung/#respond Wed, 28 Jul 2021 11:10:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3708
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin mencadangkan kepada kerajaan agar menyerapkan doktor yang dilantik secara kontrak ke jawatan tetap.

“Doktor yang tidak berjawatan tetap memohon untuk diserapkan ke jawatan tetap jika tidak membebankan kerajaan,” kata Bung ketika mencelah ucapan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidn Kassim pada sesi perbahasan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga majlis Parlimen ke-14 Sidang dewan rakyat kemarin.

Menurut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri terdapat keperluan untuk menambah bilangan doktor di negara ini khususnya di Sabah bagi membantu dan merawat pesakit khususnya COVID-19 yang semain meruncing ketika ini.

“Malah kalau pun tidak dapat dilantik secara tetap, doktor kontrak ini, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk melantik mereka secara kontrak dalam tempoh yang sesuai contohnya menawarkan kontrak perkhidmatan empat tahun kepada golongan itu, berbanding kontrak dua tahun sahaja bagi membolehkan mereka menjalani ujian kepakaran.

“Kerajaan perlu memberi keutamaan untuk menyelesaikan isu ini memandangkan petugas kesihatan termasuk petugas berstatus kontrak terpaksa memikul beban yang berat susulan peningkatan kes COVID-19 dalam negara pada masa ini,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/28/sekiranya-tidak-membebankan-kerajaan-lantik-doktor-kontrak-ke-jawatan-tetap-bung/feed/ 0 3708