dos penggalak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 22 Feb 2022 06:26:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dos penggalak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kadar Pengambilan Dos Penggalak Di Sabah Masih Rendah https://sabahmedia.com/2022/02/22/kadar-pengambilan-dos-penggalak-di-sabah-masih-rendah/ https://sabahmedia.com/2022/02/22/kadar-pengambilan-dos-penggalak-di-sabah-masih-rendah/#respond Tue, 22 Feb 2022 06:26:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12427
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU : Kadar pengambilan vaksin dos penggalak (booster dose) di Sabah dilihat masih rendah dengan hanya kira-kira 14 peratus daripada individu lengkap vaksinasi sudah menerima suntikan dos penggalak sehingga semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, orang ramai adalah digalakkan untuk mendapatkan dos penggalak dengan segera.

Katanya, pengambilan dos penggalak telah terbukti dapat menggalakkan dapat mengurangkan gejala teruk malah mengurangkan risiko kematian akibat jangkitan COVID-19.

“Sebagai contoh, 42 daripada 44 orang yang meninggal dunia di luar hospital (Brought-In-Dead, BID) akibat COVID-19 bagi tempoh 1 Januari hingga 17 Februari lalu belum lagi menerima dos penggalak.

“Ini berbanding hanya dua kematian bersamaan lima peratus dairpada kalangan mereka yang telah menerima dos penggalak,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan dos penggalak di klinik-klinik kesihatan terdekat dan juga di pusat-pusat pemberian vaksin dos penggalak yang akan dibuka di seluruh negeri Sabah kelak.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/22/kadar-pengambilan-dos-penggalak-di-sabah-masih-rendah/feed/ 0 12427
Sela Masa Dos Penggalak Disingkatkan Kepada Tiga Bulan https://sabahmedia.com/2021/12/29/sela-masa-dos-penggalak-disingkatkan-kepada-tiga-bulan/ https://sabahmedia.com/2021/12/29/sela-masa-dos-penggalak-disingkatkan-kepada-tiga-bulan/#respond Tue, 28 Dec 2021 23:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10425
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Sela masa bagi vaksinasi dos penggalak vaksin COVID-19 disingkatkan kepada tiga bulan selepas menerima vaksin primer.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ia membabitkan vaksin Pfizer dan AstraZeneca (AZ) selain Sinovac yang memang ditetapkan sela masa selama tiga bulan.

Katanya, kumpulan kerja teknikal telah menilai bukti sedia ada dan memberikan saranan baharu mengenai pemberian dos penggalak COVID-19.

“Semua warga emas berusia 60 tahun ke atas dan semua individu dewasa yang menerima vaksin jenis  Pfizer, AZ dan Sinovac amat disyorkan untuk menerima vaksin penggalak mereka sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer.

“Individu yang mempunyai komorbiditi, penghuni serta petugas di pusat jagaan kesihatan jangka panjang dan individu dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah menerima vaksin lengkap sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer dengan mengikut turutan umur bermula daripada 50 tahun ke atas, 40 tahun ke atas, dan seterusnya 18 tahun ke atas,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Khairy berkata, hasil dapatan kajian klinikal dan kajian Real World termasuk ‘The Real-World Evaluation of COVID-19 Vaccines Under the Malaysia National COVID-19 Immunisation Programme’ (RECoVaM) yang telah dijalankan di Malaysia telah menunjukkan tahap keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19 adalah berkurangan dengan masa.

Katanya, data terkini menunjukkan varian Omicron boleh menyebabkan peningkatan penularan jangkitan, kebolehupayaan pengikatan virus yang lebih tinggi dan kelolosan antibodi yang lebih tinggi daripada imuniti yang disebabkan oleh vaksin atau jangkitan semula jadi.

“Selain itu, bukti kukuh yang telah terkumpul sejak tiga minggu lalu menunjukkan bahawa vaksin penggalak COVID-19 berkemungkinan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan varian Omicron.

“Hasil kajian awal melibatkan 21 juta pemberian dos penggalak yang dijalankan di United Kingdom telah menunjukkan data keselamatan yang amat meyakinkan,” katanya.

Menurutnya, keputusan menyingkatkan sela masa itu adalah sama seperti yang dilakukan oleh badan-badan regulatori seperti di United Kingdom, Kanada dan Australia.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/29/sela-masa-dos-penggalak-disingkatkan-kepada-tiga-bulan/feed/ 0 10425
Tun Juhar Terima Suntikan Penggalak https://sabahmedia.com/2021/11/03/tun-juhar-terima-suntikan-penggalak/ https://sabahmedia.com/2021/11/03/tun-juhar-terima-suntikan-penggalak/#respond Wed, 03 Nov 2021 08:35:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8150
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni menerima suntikan dos penggalak COVID-19.

Pemberian suntikan itu dilaksanakan oleh 25 petugas kesihatan yang diketuai oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Suhaila Osman di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.

Turut menerima suntikan dos penggalak jenis Pfizer-BioNtech ialah Setiausaha Sulit, Abinan Asli, Timbalan Setiausaha Sulit, Ag Damit Pg Apong, Setiausaha Perhubungan dan Datuk Abdul Rashid Mohd Tahir.

Selain itu turut menerima suntikan dos penggalak pegawai-pegawai kanan, kakitangan dan anggota keselamatan Istana Seri Kinabalu./ PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/03/tun-juhar-terima-suntikan-penggalak/feed/ 0 8150
PICK: Sabah Mula Laksana Pemberian Dos Penggalak https://sabahmedia.com/2021/10/20/pick-sabah-mula-laksana-pemberian-dos-penggalak/ https://sabahmedia.com/2021/10/20/pick-sabah-mula-laksana-pemberian-dos-penggalak/#respond Wed, 20 Oct 2021 08:06:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7712
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Pemberian suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 mula diberikan kepada petugas barisan hadapan di Sabah bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, pemberian yang dilaksanakan JKNS itu membabitkan penerima dari kalangan petugas kesihatan dan anggota keselamatan.

“Pemberian dos penggalak kepada petugas barisan hadapan dilaksanakan bermula hari ini sehingga 20 November depan sebelum ia dibuka kepada penerima dari golongan berisiko dan berusia 60 tahun ke atas.

“Selain petugas barisan hadapan, pemberian dos penggalak ini juga diberikan kepada golongan bukan kesihatan termasuk polis, tentera, RELA dan pegawai-pegawai yang sentiasa bersemuka dengan orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program pemberian dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Program itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang turut menjadi antara yang terawal menerima dos penggalak,

Dr Rose Nani berkata, pihaknya menerima banyak permohonan bagi mendapatkan dos berkenaan namun yang layak sama ada melalui aplikasi MySejahtera atau terus dari PPV sahaja yang akan dipanggil.

Katanya, pemberian dos penggalak dilaksanakan di PPV yang masih beroperasi termasuk di PPV hospital dan klinik kesihatan seluruh negeri.

“Penerima dos penggalak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera atau dihubungi pihak PPV berdekatan untuk mendapatkan suntikan.

“Selain melalui aplikasi MySejahtera, penerima dos penggalak yang dikenal pasti layak juga akan dihubungi terus oleh pihak PPV atau hospital untuk menerima suntikan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, program itu menyaksikan seramai kira-kira 40 individu terdiri daripada barisan hadapan menerima suntikan dos penggalak.

Dos penggalak diberikan kepada individu yang sudah lengkap vaksin selepas enam bulan dengan keutamaan kepada individu barisan hadapan, golongan berisiko dan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/20/pick-sabah-mula-laksana-pemberian-dos-penggalak/feed/ 0 7712