dos tunggal – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 29 Jul 2021 03:52:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dos tunggal – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sambut Baik Pemberian Dos Tunggal, Lebih Praktikal & Jimat Masa – Annuar https://sabahmedia.com/2021/07/29/sambut-baik-pemberian-dos-tunggal-lebih-praktikal-jimat-masa-annuar/ https://sabahmedia.com/2021/07/29/sambut-baik-pemberian-dos-tunggal-lebih-praktikal-jimat-masa-annuar/#respond Thu, 29 Jul 2021 03:44:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3731
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Pemberian dan penghantaran Vaksin Dos Tunggal jenis CanSino yang akan diberi keutamaan kepada Sabah dilihat mampu melancarkan perjalanan pemberian vaksin kepada penerima khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Ayub Aman berkata, ia juga dilihat lebih praktikal, menjimatkan masa dan dapat mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan berbanding pemberian dua dos vaksin sebelum ini.

“Kita menyambut baik kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin baru-baru ini yang mana Sabah akan diberikan keutamaan bagi penerimaan vaksin dos tunggal CanSino.

“Ini adalah satu berita yang menggembirakan kepada rakyat Sabah khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman,ladang-ladang dan juga pulau-pulau kecil,” katanya kepada Sabah Media hari ini.

Beliau turut yakin sasaran bagi mencapai 60 peratus vaksinasi kepada rakyat Sabah menjelang Oktober depan diyakini mampu dicapai dengan penyaluran bekalan vaksin yang mencukupi ke negeri ini.

Katanya, berdasarkan data daripada Program Vaksinasi Jangkauan Luar (Outreach) menunjukkan pemberian dos suntikan telah melebihi sasaran 30,000 dos suntikan sehari sejak 21 Julai lalu.

“Setakat ini, sebanyak 1,106,921 juta dos suntikan telah diberikan dan dalam lingkungan 1.25 juta dos suntikan (bergantung kepada jenis vaksin) lagi diperlukan untuk mencapai 60% sasaran vaksinasi ini.

“Sehubungan dengan itu, saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan pusat atas komitmen dan keprihatinan dalam pemberian dan menambah jumlah vaksin ke negeri Sabah,” katanya.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta pemimpin kerajaan neegri yang bertungkus-lumus dalam memastikan Sabah mampu mencapai 60 peratus vaksinasi menjelang Oktober dan imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

“Saya difahamkan pada bulan ini Sabah telah menerima jumlah bekalan vaksin yang besar manakala negeri kita juga akan menerima bekalan vaksin termasuk CanSino dalam jumlah yang besar mulai bulan Ogos depan.

“Bekalan vaksin yang besar ini pasti dapat mempercepatkan lagi proses suntikan vaksinasi selain mampu meningkatkan sasaran dos suntikan sehari kepada 50,000 dos suntikan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/29/sambut-baik-pemberian-dos-tunggal-lebih-praktikal-jimat-masa-annuar/feed/ 0 3731
PARLIMEN : Sabah Mahu Penghantaran Bekalan Vaksin COVID-19 Termasuk Dos Tunggal Terus Ditingkatkan & Mencukupi Bagi Melancarkan PICK https://sabahmedia.com/2021/07/28/parlimen-sabah-mahu-penghantaran-bekalan-vaksin-covid-19-termasuk-dos-tunggal-terus-ditingkatkan-mencukupi-bagi-melancarkan-pick/ https://sabahmedia.com/2021/07/28/parlimen-sabah-mahu-penghantaran-bekalan-vaksin-covid-19-termasuk-dos-tunggal-terus-ditingkatkan-mencukupi-bagi-melancarkan-pick/#respond Wed, 28 Jul 2021 06:56:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3686
Read Time:1 Minute, 28 Second

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan diminta untuk terus meningkatkan jumlah penghantaran bekalan vaksin COVID-19 ke negeri Sabah bagi memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus berjalan lancar tanpa halangan.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Sabah juga turut meminta agar vaksin bagi dos tunggal turut dibekalkan dengan secukupnya ke negeri itu untuk diberikan kepada penduduk di luar bandar dan pedalaman.

Katanya, sebelum ini Sabah dilihat ketinggalan dari segi peratusan pendaftaran dan penerimaan vaksin disebabkan kurangnya bekalan vaksin yang dibekalkan ke negeri itu.

“Sebelum ini saya telah menyuarakan berulang kali perkara berhubung kurangnya bekalan vaksin yang dihantar ke Sabah. Syukur bulan ini penghantaran bekalan vaksin dipertingkatkan berbanding sebelum ini hanya mampu memberikan 10,000 hingga 12,000 dos sehari kepada penerima.

“Justeru, saya meminta kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Penyelaras PICK untuk dapat memastikan bekalan pada bulan-bulan seterusnya jangan diberhentikan dan perlu terus ditambah kerana Sabah ada unik,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian ketika membahaskan penerangan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkenaan Program Vaksinasi di Parlimen hari ini.

Bung berkata, keluasan Sabah yang luas selain faktor geografi yang mencabar juga perlu dilihat dengan keperluan pemberian vaksin dos tunggal kepada penduduk diluar bandar dan pedalaman.

Katanya, pelaksanaan program jangkauan luar (outreach) yang dilaksanakan kini dengan pemberian dua dos vaksin dilihat kurang berkesan kerana petugas perlu datang semula dilokasi yang sama bagi tujuan pemberian vaksin dos kedua.

“Justeru itu, saya syorkan dan mencadangkan agar kerajaan persekutuan memberi kami (Kerajaan Sabah) vaksin dos tunggal untuk diberikan kepada penduduk luar bandar selain terus menghantar bekalan vaksin yang lain dengan secukupnya,” katanya.

Bung turut mencadangkan agar kerajaan mewajibkan pemberian vaksin kepada semua masyarakat agar rakyat di negara ini boleh hidup dalam komuniti yang sudah mencapai imuniti kelompok.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/28/parlimen-sabah-mahu-penghantaran-bekalan-vaksin-covid-19-termasuk-dos-tunggal-terus-ditingkatkan-mencukupi-bagi-melancarkan-pick/feed/ 0 3686