DOSM SABAH – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 04 Jul 2025 07:10:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png DOSM SABAH – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dagangan Sabah cecah RM107.8 bilion, kekal kukuh tiga tahun sejak 2022 https://sabahmedia.com/2025/07/04/dagangan-sabah-cecah-rm107-8-bilion-kekal-kukuh-tiga-tahun-sejak-2022/ https://sabahmedia.com/2025/07/04/dagangan-sabah-cecah-rm107-8-bilion-kekal-kukuh-tiga-tahun-sejak-2022/#respond Fri, 04 Jul 2025 06:50:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76673
Read Time:3 Minute, 13 Second

Putrajaya : Perdagangan Sabah kekal kukuh apabila mencatat jumlah dagangan sebanyak RM107.8 bilion pada tahun lalu sekaligus melepasi paras RM100 bilion bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2022. 

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, perbandingan jumlah dagangan Sabah tahun ke tahun mencatat pertumbuhan sebanyak 2.7 peratus.

Katanya, eksport Sabah turut  mencatatkan RM61.3 bilion pada lalu, turun sebanyak 2.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Sementara itu, import Sabah meningkat 10.2 peratus, daripada RM42.2 bilion kepada RM46.4 bilion. Pertumbuhan import yang lebih tinggi berbanding eksport menyebabkan imbangan perdagangan mencatatkan susut 27.9 peratus dengan nilai lebihan dagangan yang lebih rendah sebanyak RM14.9 bilion bagi tahun lalu.

“Sebanyak tiga komoditi yang menyumbang kepada eksport Sabah pada tahun lalu ialah petroleum mentah bernilai RM21.3 bilion, diikuti oleh minyak kelapa sawit (RM17.3 bilion) dan gas asli cecair (RM4.6 bilion).

“Secara keseluruhan, eksport ketiga-tiga produk utama ini berjumlah RM43.2 bilion, menyumbang sebanyak 70.4 peratus kepada keseluruhan nilai eksport Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Mohd Uzir berkata, penyumbang utama import Sabah pula adalah produk petroleum bertapis sebanyak RM5.2 bilion, baja dikilangkan (RM1.0 bilion) dan oleokimia berasaskan kelapa sawit (RM266.0 juta).

Beliau turut menjelaskan bahawa eksport Sabah meliputi transaksi perdagangan antarabangsa dan antara wilayah iaitu Semenanjung Malaysia dan Sarawak berdasarkan transaksi fizikal di pintu masuk/keluar negeri Sabah. 

Menurutnya, dari perspektif antarabangsa, jumlah eksport Sabah meningkat 0.9 peratus atau RM338.8 juta berbanding RM38.9 bilion pada tahun sebelumnya. 

“Walau bagaimanapun, eksport Sabah ke Semenanjung mencatatkan penyusutan sebanyak 7.2 peratus atau RM1.6 bilion kepada RM20.5 bilion pada tahun 2024.

“Penurunan ini disebabkan oleh pengurangan eksport bagi beberapa komoditi utama seperti petroleum mentah (-RM1.9 bilion, -10.6%), minyak kelapa sawit (-RM45.2 juta,-6.5%), dan oleokimia berasaskan kelapa sawit (-RM17.2 juta,-44.8%),” katanya.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata, peningkatan import Sabah pada tahun lalu turtt disokong oleh import yang lebih tinggi dari Semenanjung yang meningkat sebanyak 14.9 peratus atau RM3.9 bilion, daripada RM26.0 bilion pada tahun sebelumnya. 

Katanya, di peringkat global, terdapat peningkatan import dari Indonesia (+RM418.4 juta, +49.7%), Thailand (+RM112.0 juta, 7.5%) dan China (+RM101.0 juta, 2.4%). 

“Mengikut kategori umum, peningkatan import Sabah disokong oleh kategori makanan dan minuman, 10.2 peratus dan bekalan perindustrian, 9.0 peratus.

“Semenanjung menyumbang sebanyak 46.8 peratus daripada jumlah dagangan negeri Sabah. Manakala di peringkat antarabangsa, rakan dagangan utama negeri Sabah adalah China, Thailand, Republik Korea, Jepun dan India dengan sumbangan sebanyak 26.8 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut menerbitkan Statistik Perdagangan Luar Negeri tahunan bagi 15 negeri yang memberikan nilaian perdagangan antarabangsa setiap negeri dengan negara-negara antarabangsa lain bagi tempoh 2019 hingga 2024. 

Bagi negeri Sabah katanya, nilai yang digunakan adalah nilai perdagangan antarabangsa negeri Sabah tanpa mengambilkira perdagangan negeri Sabah dengan Semenanjung Malaysia dan Sarawak. 

Bagi tahun lalu katanya, jumlah perdagangan Sabah mengikut nilaian tersebut mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.6 peratus kepada RM43.0 bilion daripada RM41.5 bilion pada tahun 2023. Jumlah dagangan ini disumbangkan oleh eksport yang bernilai RM32.1 bilion dan import bernilai RM10.9 bilion. 

“Eksport Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 3.2 peratus kepada RM32.1 bilion pada tahun 2024, berbanding tahun 2023 sebanyak RM31.1 bilion. Import Sabah pada tahun 2024 bernilai RM10.9 bilion, mencatatkan peningkatan sebanyak 5.0 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Angka yang dinyatakan ini terdapat perbezaan dengan laporan yang diterbitkan pada 16 Jun 2025 berikutan pengemaskinian yang telah dibuat mengikut data terkini,” katanya.

Terdahulu, DOSM menerbitkan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Sabah, Julai 2025. 

Penerbitan ini memaparkan statistik volum dan nilai barangan perdagangan luar negeri Sabah dengan rakan dagangan serta perincian mengikut klasifikasi komoditi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/04/dagangan-sabah-cecah-rm107-8-bilion-kekal-kukuh-tiga-tahun-sejak-2022/feed/ 0 76673
Sabah catat pencapaian dalam pelbagai aspek https://sabahmedia.com/2024/12/29/sabah-catat-pencapaian-dalam-pelbagai-aspek/ https://sabahmedia.com/2024/12/29/sabah-catat-pencapaian-dalam-pelbagai-aspek/#respond Sun, 29 Dec 2024 01:12:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66090
Read Time:3 Minute, 46 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1. Sabah dalam sejarah. Pada tahun 2023, ada banyak perkara yang telah bertambah baik untuk rakyat Sabah, dan ada juga perkara yang masih memerlukan usaha yang gigih dan masa yang lebih lama untuk di tambah-baik.

2. Dua minggu lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menerbitkan Buku Tahunan Perangkaan Sabah 2023. Ianya melaporkan kedudukan dan pencapaian pelbagai perkara di Sabah, antaranya dari aspek: pembangunan ekonomi, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, keselamatan awam, keterjaminan makanan.

3. Dalam tempoh masa 5 tahun (2019 – 2023), agenda pembangunan ekonomi telah berjaya menjana Hasil Pendapatan Kerajaan Sabah yang lebih tinggi, meningkat 64% (RM 2.70 billion), dari RM 4.26 billion kepada RM 6.97 billion.

Ini jelas membuktikan agenda pembangunan ekonomi yang di laksanakan di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021 – 2025) telah berjaya meletakkan Sabah di asas dan landasan yang lebih kukuh bagi membina kesejahteraan rakyat Sabah

4. Di samping itu, dalam tempoh masa yang sama, dengan peningkatan Hasil Pendapatan, Kerajaan Sabah juga telah meningkatkan Perbelanjaan Pembangunan. Ini bermakna hasil pendapatan yang lebih banyak di guna-pakai untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan bagi membina kesejahteraan rakyat Sabah.  

Antara lain:

  •  Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan: dana perbelanjaan meningkat 102% (RM 109 juta)
  •  Kementerian Pembangunan Infrastruktur: dana perbelanjaan meningkat 99 % (RM 351juta)

5. Pembangunan ekonomi telah berjaya merendahkan kadar Pengangguran Sabah pada tahun 2023. Sejak tahun 2021, kadar pengangguran telah merekodkan trend penurunan, setelah melonjak tinggi akibat pandemik Covid-19: 5.8% (2019), 8.0% (2020), 8.2% (2021), 7.7% (2022), 7.5% (2023).

6. Walaupun data merekodkan trend menurun, kadar pengangguran di Sabah masih tinggi berbanding dengan kadar pengangguran nasional serta lain-lain negeri dan wilayah di seluruh negara. Malangnya, ini adalah satu isu legasi yang akan mengambil masa untuk di tangani.

7. Usaha untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan menarik pelaburan domestik dan asing menjadi terhad akibat isu-isu infrastruktur, terutamanya: bekalan elektrik dan air yang menyeluruh dan mencukupi, serta keterhubungan jalan-raya.

8. Data DOSM menunjukkan kadar pengangguran melibatkan ramai golongan muda dan berpendidikan menengah sahaja: m

  • majoriti penganggur adalah belia muda berumur 15 – 24, merangkumi 58.6% dari keseluruhan jumlah penganggur di Sabah
  • majoriti penganggur hanya memiliki pendidikan menengah sahaja, merangkumi 55.8% dari keseluruhan jumlah penganggur di Sabah

 

9. Dari aspek pendidikan, pencapaian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sabah terus bertambah baik. Dalam tempoh masa 5 tahun (2019 – 2023), peratusan bilangan pelajar yang memperolehi Sijil SPM telah meningkat dari 87.8% ke 94%. 

Dengan adanya Sijil SPM, pelajar berpeluang untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti Universiti, Kolej Vokasional dan Kolej Komuniti. Seterusnya, pengetahuan dan kemahiran yang di miliki boleh membuka peluang pekerjaan yang lebih besar.

10. Menariknya, data DOSM menunjukkan jurang pelajar wanita dan lelaki di Universiti Awam di Sabah adalah besar, di mana wanita (66%) dan lelaki (34%).

11. Selain itu, perkhidmatan Kesihatan di Sabah turut bertambah baik. Sebagai contoh: Dalam tempoh masa 5 tahun, bilangan kakitangan perubatan yang berdaftar di Sabah telah meningkat: Doktor Perubatan (1.6%), Doktor Pergigian (54%), Jururawat Terlatih (6%).

12. Dalam tempoh masa yang sama, bilangan katil di hospital kerajaan di Sabah juga telah meningkat 4.4% (214), dari 4,819 kepada 5,033. Ini membolehkan lebih ramai rakyat Sabah mendapat rawatan di hospital kerajaan.

13. Secara keseluruhan, tahap keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah telah bertambah baik. Dalam tempoh masa 5 tahun (2019 – 2023), kadar jenayah kekerasan dan harta benda telah menurun, manakala jenayah komersil pula telah meningkat:

  • jenayah kekerasan: menurun 16.4%
  • jenayah harta benda: menurun 29.8%
  • jenayah komersil: meningkat 36.2% 

14. Malah, Kes Mahkamah di Sabah juga telah menurun, merangkumi kedua-dua kes sivil dan jenayah.

15. Namun begitu, isu keterjaminan makanan Sabah masih membimbangkan. Dalam tempoh masa 4 tahun (2020 – 2023), import beras Sabah telah meningkat dengan amat ketara: 

  • kuantiti import beras: meningkat 261%
  • nilai import beras: meningkat 334%

Tambahan lagi, import beras Sabah bergantung tinggi kepada satu negara sahaja iaitu Vietnam, merangkumi lebih 70% daripada kuantiti dan nilai import beras.

16. Komited untuk menangani isu berkenaan, Kerajaan Sabah telah menubuh semula Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) baru-baru ini. Dengan adanya LPBS, pengurusan dan pembangunan industri padi dan beras Sabah secara lebih tersusun di jangka dapat memperkasa agenda keterjaminan makanan Sabah.

17. Ini sudah pasti memerlukan komitmen yang tinggi dan dana yang banyak untuk meningkatkan hasil padi dan beras, dengan membina infrastruktur pertanian yang lebih menyeluruh, membeli peralatan pertanian moden yang mencukupi, membangunkan benih padi yang bermutu serta memberi insentif kepada para petani. 

18. Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/29/sabah-catat-pencapaian-dalam-pelbagai-aspek/feed/ 0 66090