DOSM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 08 Jan 2026 08:48:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png DOSM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bilangan penduduk bukan warganegara di Sabah menurun 0.32 peratus pada 2025 – DOSM Sabah https://sabahmedia.com/2026/01/08/bilangan-penduduk-bukan-warganegara-di-sabah-menurun-0-32-peratus-pada-2025-dosm-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/01/08/bilangan-penduduk-bukan-warganegara-di-sabah-menurun-0-32-peratus-pada-2025-dosm-sabah/#respond Thu, 08 Jan 2026 08:29:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89393
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Bilangan penduduk bukan warganegara di Sabah pada 2025 mencatatkan penurunan sebanyak 0.32 peratus kepada 1,040.2 ribu orang berbanding 1,043.6 ribu orang pada 2024.

Maklumat itu berdasarkan penerbitan Statistik Migrasi Antarabangsa 2025 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 24 Disember lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah hari ini, bagi tempoh 1991 hingga 2025, Sabah kekal merekodkan bilangan penduduk bukan warganegara tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Peratusan tertinggi dicatatkan pada 1991 iaitu 56.5 peratus bersamaan 453,470 orang, manakala bilangan tertinggi direkodkan pada 2018 dengan seramai 1.16 juta orang.

Pada 2025, anggaran penduduk bukan warganegara di Sabah adalah seramai 1.04 juta orang, namun jumlah tersebut masih lebih rendah berbanding paras tertinggi yang dicatatkan pada 2018.

Tempoh 2020 hingga 2022 menunjukkan perubahan ketara susulan pandemik COVID-19 apabila bilangan penduduk bukan warganegara di Malaysia dan Sabah mencatatkan penurunan, masing-masing kepada 2.56 juta orang dan 780,000 orang pada 2021 berbanding tempoh sebelum pandemik.

Mengikut daerah, Sandakan merekodkan bilangan penduduk bukan warganegara tertinggi pada 2025 iaitu 195,100 orang, diikuti Tawau (142,900 orang) dan Kota Kinabalu (125,400 orang).

Dari segi komposisi penduduk, Kinabatangan mencatatkan peratusan penduduk bukan warganegara tertinggi iaitu 72.9 peratus, diikuti Kalabakan (69.3 peratus) dan Kunak (53.4 peratus).

Sementara itu, kadar pertumbuhan tahunan penduduk bukan warganegara di Kota Kinabalu meningkat kepada 2.9 peratus pada 2025 berbanding 1.6 peratus pada 2024, didorong pemulihan pasca pandemik COVID-19 susulan pembukaan semula sektor ekonomi dan pendidikan yang menyaksikan kemasukan tenaga kerja serta pelajar antarabangsa.

Bagaimanapun, jumlah penduduk bukan warganegara di Kota Kinabalu pada 2025 masih lebih rendah berbanding paras tertinggi yang dicatatkan pada 2018 iaitu 144,700 orang.

DOSM memaklumkan, anggaran penduduk bukan warganegara 2025 disusun berdasarkan anggaran pertengahan tahun bagi tempoh Julai 2024 hingga Jun 2025, berasaskan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 menggunakan konsep de jure, iaitu individu yang telah atau akan menetap sebagai ahli biasa isi rumah selama enam bulan atau lebih di tempat tinggal biasa mereka.

Konsep pengukuran ini tidak mengambil kira daytime dan nighttime population, iaitu individu yang berada di sesuatu kawasan pada waktu siang atau malam tanpa menetap secara tetap, yang lazimnya menyumbang kepada peningkatan sementara jumlah penduduk khususnya di kawasan bandar bagi urusan bekerja, perniagaan, membeli belah, berurusan dengan agensi kerajaan/ swasta, melancong, melawat saudara mara/ sahabat dan lain-lain urusan harian.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/08/bilangan-penduduk-bukan-warganegara-di-sabah-menurun-0-32-peratus-pada-2025-dosm-sabah/feed/ 0 89393
Inflasi Malaysia kekal 4.0 peratus pada November 2022 – Perangkaan  https://sabahmedia.com/2022/12/23/inflasi-malaysia-kekal-4-0-peratus-pada-november-2022-perangkaan/ https://sabahmedia.com/2022/12/23/inflasi-malaysia-kekal-4-0-peratus-pada-november-2022-perangkaan/#respond Fri, 23 Dec 2022 07:42:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26790
Read Time:2 Minute, 4 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Inflasi Malaysia kekal di paras 4.0 peratus pada November 2022 yang menyamai bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi November 2022 mencatat 129.0 berbanding 124.0 pada tempoh sama setahun lepas.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata inflasi kumpulan makanan meningkat 7.3 peratus dan kekal sebagai penyumbang utama kenaikan inflasi bulan ini manakala restoran dan hotel meningkat 7.0 peratus daripada 6.8 peratus pada Oktober 2022.

“Peningkatan lebih perlahan direkodkan bagi kumpulan pengangkutan (5.0 peratus) dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.8 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan utama lain yang turut mencatat peningkatan adalah perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (3.6 peratus), pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.6 peratus) serta pendidikan (1.5 peratus).

Selain itu, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain dan kesihatan masing-masing merekodkan kenaikan sebanyak 1.4 peratus manakala minuman alkohol dan tembakau serta pakaian dan kasut masing-masing meningkat sebanyak 0.8 peratus dan 0.4 peratus berbanding November 2021, katanya.

Inflasi teras yang mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan tanpa mengambil kira harga makanan segar yang tidak menentu serta harga barangan kawalan oleh kerajaan, mencatat peningkatan 4.2 peratus pada November 2022 berbanding tempoh sama pada 2021.

“Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu 8.2 peratus,” katanya.

Mohd Uzir berkata inflasi bagi Januari hingga November 2022 meningkat 3.4 peratus berbanding 2.3 peratus bagi tempoh sama tahun lepas, didorong terutamanya oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (5.6 peratus), pengangkutan (4.7 peratus) dan restoran serta hotel (4.7 peratus).

Kadar inflasi bulan ke bulan pada November 2022 meningkat 0.3 peratus berbanding 0.2 peratus pada Oktober 2022 yang disumbangkan terutamanya oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (0.7 peratus) dan restoran serta hotel (0.5 peratus).

Selain itu, kata beliau, kesihatan dan pelbagai barangan serta perkhidmatan masing-masing meningkat 0.3 peratus. 

Empat negeri mencatat inflasi melebihi paras nasional 4.0 peratus iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya (7.9 peratus), Selangor (4.8 peratus), Sarawak (4.7 peratus) dan Johor (4.2 peratus). 

“Inflasi bagi kumpulan pendapatan di bawah RM3,000 meningkat 3.9 peratus daripada 124.7 pada November 2021 kepada 129.6 pada November 2022 yang disumbangkan oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol sebanyak 6.9 peratus,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/23/inflasi-malaysia-kekal-4-0-peratus-pada-november-2022-perangkaan/feed/ 0 26790