Dr Davina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Nov 2024 04:13:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dr Davina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Derma Darah ‘Lead With Life’ dapat sambutan luar biasa https://sabahmedia.com/2024/11/13/program-derma-darah-lead-with-life-dapat-sambutan-luar-biasa/ https://sabahmedia.com/2024/11/13/program-derma-darah-lead-with-life-dapat-sambutan-luar-biasa/#respond Wed, 13 Nov 2024 04:09:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63682
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Program Kesihatan dan Derma Darah ‘Lead With Life’ yang julung kali dianjurkan oleh Parti Gabungan Rakyat Sabah menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Pengerusi Biro Kesihatan Exco Pergerakan Wanita PGRS, Dr. Davina Datuk Markus Majihi berkata, sokongan orang ramai terhadap program tanggungjawab sosial berkenaan di luar jangkaan sama sekali.

Dr Rashid melakukan pemeriksaan gigi pengunjung yang datang sambil diperhati Dr Davina.

Katanya, sambutan luar biasa juga datang daripada penderma darah kali pertama apabila jumlah pendaftaran penderma dalam kalangan mereka melebihi dari sasaran awal sebanyak 108 peratus.

“Walaupun terdapat beberapa cabaran, 68 peratus daripada penderma yang mendaftar berjaya menderma darah.

“Kita menzahirkan penghargaan mendalam kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan program ini.

“Kami sangat terharu dengan sokongan yang luar biasa, terutamanya daripada golongan belia, dan sukarelawan wanita yang tampil sebagai penderma darah kali pertama,” katanya.

Beliau berkata, program tersebut jelas membuktikan keprihatinan dan perpaduan masyarakat dalam membantu menyumbang kepada Tabung Darah sekali gus membantu mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun katanya, bagi pengalaman penganjuran kali ini, diakui beberapa aspek perlu ditambah baik, seperti memperkukuh garis panduan pra-derma dan langkah persediaan untuk penderma baharu.

“Setiap kempen memberi kami pelajaran yang berharga, dan kami komited untuk menambah baik proses ini bagi memastikan kelancaran program di masa hadapan,” katanya.

Beliau berharap pada masa akan datang lebih ramai penderma akan tampil bagi memberi sokongan kepada program seumpama itu.

“Kepada semua yang menyumbang, daripada penderma kepada organisasi yang berkolaborasi, terima kasih kerana menjayakan program ini. Bersama-sama, kita mencipta impak yang kuat, satu derma pada satu masa.

“Kita juga telah menetapkan satu penanda aras baharu untuk kempen derma darah ‘Lead With Life’ pada masa hadapan,” katanya.

Dr. Davina memberikan komitmen untuk meneruskan misi ini dalam membina Sabah yang lebih sihat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/13/program-derma-darah-lead-with-life-dapat-sambutan-luar-biasa/feed/ 0 63682
Belia wanita Sabah diseru sertai Kempen Derma Darah ‘Lead With Life”  – Dr Davina https://sabahmedia.com/2024/11/08/belia-wanita-sabah-diseru-sertai-kempen-derma-darah-lead-with-life-dr-davina/ https://sabahmedia.com/2024/11/08/belia-wanita-sabah-diseru-sertai-kempen-derma-darah-lead-with-life-dr-davina/#respond Thu, 07 Nov 2024 23:34:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63412
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Pengerusi Biro Kesihatan Exco Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat, Dr. Davina Datuk Markus Majihi menyeru orang ramai, terutamanya golongan belia wanita yang belum pernah menderma darah, untuk “tarik lengan baju” dan membuat perubahan.

Katanya bekalan darah di bank darah Sabah yang sentiasa berada pada tahap paling rendah.

Dr Davina menekankan keperluan mendesak bagi penderma baru untuk tampil pada kempen derma darah dan kesihatan ‘Lead With Life’ yang akan diadakan pada 9 hingga 10 November 2024 di Tingkat 4, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Inilah peluang bagi belia wanita dan semua penderma baharu untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka sendiri.

“Hanya 30 minit masa anda sudah dapat memberikan makna yang besar kepada seseorang yang memerlukan, sama ada mangsa kemalangan, pesakit Thalassemia, pesakit kanser, atau mereka yang menjalani pembedahan yang memerlukan darah untuk menyelamatkan nyawa, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Melalui program ‘Lead With Life’, kempen derma darah ini dapat mewujudkan ruang yang selesa khususnya untuk penderma baru.

Kempen ini akan menawarkan panduan tentang proses derma darah, pemeriksaan pergigian dan kesihatan percuma, serta sudut kawasan penghargaan eksklusif untuk penderma di mana mereka boleh menikmati hidangan ringan, menerima sijil, dan merakam foto kenangan. 

Bank darah Sabah kini menghadapi kekurangan bekalan yang kritikal, dan Dr. Davina menegaskan perlunya sokongan penuh daripada masyarakat.

“Setiap titisan darah dapat memberikan impak seumur hidup. Saya mengajak belia Sabah, terutamanya para wanita, untuk bersama-sama dalam usaha menyelamatkan nyawa ini,” tambah beliau.

Bagi mengelakkan daripada masa menunggu yang lama, sesiapa yang berminat untuk menderma darah boleh membuat temu janji menerusi whatsapp ke talian 011-26361928.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/08/belia-wanita-sabah-diseru-sertai-kempen-derma-darah-lead-with-life-dr-davina/feed/ 0 63412