Dr Dzulkefly – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 06 Sep 2026 11:05:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dr Dzulkefly – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KKM serah tiga klinik pergigian bergerak baharu bagi Sabah hujung tahun ini – Dr Dzulkefly https://sabahmedia.com/2026/09/06/kkm-serah-tiga-klinik-pergigian-bergerak-baharu-bagi-sabah-hujung-tahun-ini-dr-dzulkefly/ https://sabahmedia.com/2026/09/06/kkm-serah-tiga-klinik-pergigian-bergerak-baharu-bagi-sabah-hujung-tahun-ini-dr-dzulkefly/#respond Sun, 06 Sep 2026 11:04:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102935
Read Time:51 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU: Tiga klinik pergigian bergerak baharu akan diserahkan untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di Penampang, Kudat dan Keningau, Sabah menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata inisiatif itu membuktikan kesungguhan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan pergigian masyarakat luar bandar dan pedalaman Sabah seiring dengan usaha memperkasakan fasiliti pergigian moden di kawasan bandar.

Beliau berkata penyediaan kemudahan klinik pergigian bergerak itu juga membolehkan perkhidmatan pencegahan serta rawatan asas sampai terus kepada masyarakat yang menghadapi kekangan jarak dan logistik.

“KKM sama sekali tidak melupakan masyarakat di luar bandar dan pedalaman Sabah,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata pendekatan itu penting bagi memastikan perkhidmatan kesihatan mulut dapat dinikmati secara lebih adil dan saksama oleh semua penduduk negeri ini.

“Kesihatan holistik semestinya bermula daripada kesihatan mulut yang baik,” katanya.

Beliau berkata KKM akan terus merakyatkan perkhidmatan kesihatan supaya setiap rakyat sama ada di bandar mahupun di desa mendapat penjagaan kesihatan yang adil, saksama dan berkualiti tinggi. –BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/06/kkm-serah-tiga-klinik-pergigian-bergerak-baharu-bagi-sabah-hujung-tahun-ini-dr-dzulkefly/feed/ 0 102935
KKM mula tempatkan pakar perubatan tetap di beberapa hospital di Sabah – Dr Dzulkefly https://sabahmedia.com/2026/09/05/kkm-mula-tempatkan-pakar-perubatan-tetap-di-beberapa-hospital-di-sabah-dr-dzulkefly/ https://sabahmedia.com/2026/09/05/kkm-mula-tempatkan-pakar-perubatan-tetap-di-beberapa-hospital-di-sabah-dr-dzulkefly/#respond Sat, 05 Sep 2026 05:54:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102859
Read Time:1 Minute, 30 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mula menempatkan pakar perubatan tetap di beberapa hospital di Sabah seperti Kota Marudu dan Beaufort sebagai langkah mengatasi kekurangan tenaga pakar di negeri ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata usaha itu juga melengkapkan inisiatif kementerian menggerakkan penggiliran pakar ke kawasan luar bandar Sabah.

“Sasaran tiga hingga lima tahun KKM adalah merapatkan jurang kepakaran di Sabah menerusi pemerkasaan Kluster Sandakan dan Tawau setaraf Kota Kinabalu merangkumi perkhidmatan kardiotorasik,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Beliau berkata anak tempatan Sabah yang merupakan lulusan Institut Latihan KKM kini diserap secara tetap menerusi kuasa autonomi perjawatan, disusuli pelarasan gaji Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 15 peratus, kelulusan Elaun Perpindahan Penuh bagi pegawai bertukar status tetap dan semakan insentif Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP).

Selain itu, tindakan segera menaik taraf kuarters petugas di Lahad Datu, Beaufort dan Kota Marudu juga akan dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan negeri, katanya.

Dr Dzulkefly berkata KKM turut memperluas inisiatif Program Hospital Services Outsourcing kepada sektor swasta secara agresif bagi menangani isu kesesakan lobi dan wad hospital awam.

Skop itu akan diperluas kepada 15 perkhidmatan kritikal merangkumi rawatan dialisis, imbasan diagnostik serta misi pembedahan berkala bagi menyelesaikan backlog pesakit dan memendekkan tempoh menunggu secara drastik, katanya.

“Langkah ini diperkemas lagi menerusi kolaborasi strategik bersama Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) untuk memanfaatkan sepenuhnya setiap kapasiti perubatan yang ada di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Dr Dzulkefly sebanyak 53 projek pembangunan kesihatan bernilai RM1.56 bilion akan dilaksanakan mengikut Rancangan Malaysia Ke-13, manakala RM75.5 juta bagi pembaikan 132 klinik daif serta suntikan RM1 bilion untuk Rekod Perubatan Elektronik (EMR).

“Sasaran integrasi digital primer kita disingkatkan kepada suku pertama 2027 berbanding 2045 sebelum ini, selangkah ke arah merealisasikan visi ‘Satu Individu, Satu Rekod’ menjelang 2030,” katanya. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/05/kkm-mula-tempatkan-pakar-perubatan-tetap-di-beberapa-hospital-di-sabah-dr-dzulkefly/feed/ 0 102859