Dr joachim – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 26 May 2025 12:25:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dr joachim – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 GRS perlu terajui kerjasama PRN Sabah – Dr Joachim https://sabahmedia.com/2025/05/26/grs-perlu-terajui-kerjasama-prn-sabah-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2025/05/26/grs-perlu-terajui-kerjasama-prn-sabah-dr-joachim/#respond Mon, 26 May 2025 12:10:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74571
Read Time:56 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu mengetuai sebarang bentuk kerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

“Selagi GRS mempunyai majoriti, kita terbuka untuk bekerjasama dengan parti lain. Namun, yang paling penting, GRS mesti berada di ‘tempat duduk pemandu’,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Joachim berkata, sehingga kini belum ada perbincangan rasmi antara GRS dengan Bersatu mahupun Perikatan Nasional (PN) berhubung kerjasama pilihan raya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Parti Bersatu Sabah (PBS) telah mengemukakan permohonan beberapa kerusi dalam agihan dalaman GRS, namun rundingan masih berjalan.

“GRS merangkumi PBS dan STAR, dan kita bergerak sebagai satu pasukan. Fokus utama ialah memastikan kerusi yang ditandingi boleh dimenangi,” katanya.

Katanya, tumpuan perlu diberikan kepada kejayaan gabungan secara keseluruhan, bukan kepada mana-mana parti secara individu.

“GRS mesti menang. Jangan bincang mengenai parti secara individu, keutamaan adalah GRS,” katanya.

Selain PBS dan STAR Sabah, GRS turut dianggotai Gagasan Rakyat, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/26/grs-perlu-terajui-kerjasama-prn-sabah-dr-joachim/feed/ 0 74571
Keajaan Negeri mempunyai perancangan bina lebih banyak perumahan kos rendah https://sabahmedia.com/2025/04/14/keajaan-negeri-mempunyai-perancangan-membina-lebih-banyak-perumahan-kos-rendah/ https://sabahmedia.com/2025/04/14/keajaan-negeri-mempunyai-perancangan-membina-lebih-banyak-perumahan-kos-rendah/#respond Mon, 14 Apr 2025 05:14:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71919
Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membina lebih banyak perumahan kos rendah yang mampu milik untuk B40 di seluruh negeri Sabah.

Timbalan Ketua Menteri II dan juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata dalam Rancangan Malaysia Ke Duabelas (RMKe12), Kerajaan Negeri melalui agensi pelaksananya Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) sedang melaksanakan pembinaan perumahan kos rendah sebanyak 225 unit di lima lokasi strategik iaitu 50 unit di Kemabong Tenom, 50 unit di Sukau Kota Kinabatangan, 50 unit di Melalap Tenom, 25 unit di Beluran dan 50 unit di Pitas melalui biayaan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri.

“Rumah ini akan dijual kepada golongan B40 yang berpendapatan rendah dengan harga RM47,000 seunit,” katanya ketika menjawab soalan, daripada ADUN dilantik Datuk Suhaimi Nasir yang bertanyakan apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi membina lebih banyak perumahan kos rendah yang mampu milik untuk B40 di seluruh negeri Sabah.

Beliau menjawab soalan berkenaan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke-16.

Tambahnya lagi, Kerajaan Negeri melalui LPPB juga telah merancang untuk membina lebih banyak lagi rumah kos rendah bagi golongan B40 ini di dalam Rancangan Malaysia Ke Tigabelas (RMKe13).

“Biayaan Kerajaan Negeri yang akan datang dan kini di peringkat penyemakan serta kelulusan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/14/keajaan-negeri-mempunyai-perancangan-membina-lebih-banyak-perumahan-kos-rendah/feed/ 0 71919
Dr. Joachim seru penduduk Kundasang bersatu dan sokong GRS https://sabahmedia.com/2025/03/19/dr-joachim-seru-penduduk-kundasang-bersatu-dan-sokong-grs/ https://sabahmedia.com/2025/03/19/dr-joachim-seru-penduduk-kundasang-bersatu-dan-sokong-grs/#respond Wed, 19 Mar 2025 04:46:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70717
Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh FLORIETA DIET

RANAU: Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyeru rakyat khususnya penduduk di kawasan Kundasang agar bersatu dan memberikan sokongan penuh kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Marilah kita ‘misompuru’ (bersatu). Inilah tujuan utama kita membentuk GRS), sebuah gabungan Parti tempatan yang dominan. Pada masa yang sama, kita juga akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kita mesti memastikan kemenangan GRS kerana gabungan ini mempunyai rekod terbaik dalam pentadbiran. GRS telah membentuk kerajaan yang stabil serta komited dalam memajukan Sabah,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Balairaya Kampung Tinongian di sini, pada Isnin.

Dr Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kundasang turut untuk mendengar keluhan serta permasalahan yang dihadapi penduduk kampung. Majlis tersebut dihadiri kira-kira 200 penduduk dan turut menyaksikan sesi soal jawab antara pemimpin dan rakyat.

Sementara itu, Ketua Kampung Tinongian, Timbalun Natoh mewakili penduduk kampung, menzahirkan penghargaan kepada Dr. Joachim atas kesudiannya meluangkan masa untuk hadir.

“Peluang bersemuka dengan rakyat ini menunjukkan komitmen tinggi Dr. Joachim terhadap masyarakat, meskipun beliau mempunyai jadual tugas yang padat,” katanya.

Terdahulu, Dr. Joachim bersama kepimpinan tempatan telah meninjau tapak pembinaan gelanggang terbuka bagi Sekolah Kebangsaan Karagasan serta meninjau pembinaan dewan mini yang bakal dimanfaatkan oleh penduduk kampung.

Selepas itu, Dr. Joachim turut merasmikan Balairaya Kampung Kepuakan yang baharu serta melawat Gereja SIB Kepuakan, yang memerlukan kerja-kerja pembaikan.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada badan bukan kerajaan (NGO) serta individu yang telah bermurah hati menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gompoyo; Setiausaha Sulit; Japli Sami; Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Kundasang, Dounis Sani; Ketua Daerah DUN Kundasang, Dominic Ghanie; Pemaju Mukim, Ratimin Kukunot; Ahli Dewan Belia DUN Kundasang; Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Jaminus Agang; Ketua Kampung Kepuakan, Thomas Tanburud, serta Pengerusi JKKK Tanjunin Galumbu dan Ahli Dewan Belia Sabah (ADBS) DUN Kundasang Salbinus Tangkiris.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/19/dr-joachim-seru-penduduk-kundasang-bersatu-dan-sokong-grs/feed/ 0 70717
Prihatin nasib penjaja, Dr. Joachim hulur bantuan mangsa kebakaran di Kundasang https://sabahmedia.com/2025/03/16/prihatin-nasib-penjaja-dr-joachim-hulur-bantuan-mangsa-kebakaran-di-kundasang/ https://sabahmedia.com/2025/03/16/prihatin-nasib-penjaja-dr-joachim-hulur-bantuan-mangsa-kebakaran-di-kundasang/#respond Sat, 15 Mar 2025 22:15:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70483
Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh FLORIETA DIET

KUNDASANG: Prihatin dengan nasib penjaja yang terjejas akibat kebakaran, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, turun padang pada Sabtu bagi menyampaikan bantuan kepada mereka.

Dr. Joachim berharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban para penjaja gerai sayur yang kehilangan tempat mencari rezeki akibat kebakaran di Pekan Kundasang.

Kejadian pada Khamis lalu telah memusnahkan lapan premis, termasuk tiga kedai runcit, dua inap desa, satu blok rumah sewa dengan 11 pintu, serta sebuah stor penyimpanan barang runcit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata beliau mendapat berita mengenai kejadian tersebut ketika berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63. Sebaik tiba dari Kuala Lumpur, beliau terus ke lokasi kejadian untuk meninjau sendiri situasi di lapangan.

Dalam lawatan itu, beliau turut mendengar penerangan daripada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dounis Sani, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Suatin Mayor, Presiden Persatuan Penjaja Gerai Sayur Kundasang Mariana Taliban serta wakil daripada Majlis Daerah Ranau.

Dr. Joachim memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu laporan penuh kebakaran dari bahagian forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Beliau juga dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah dan JBPM akan bermesyuarat minggu depan untuk tindakan lanjut.

Selain itu, beliau berharap pihak JKDB dan Majlis Daerah dapat membantu mempercepatkan proses pembinaan semula premis yang terjejas mengikut prosedur yang ditetapkan, demi memastikan penjaja dapat kembali meneruskan perniagaan mereka secepat mungkin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/16/prihatin-nasib-penjaja-dr-joachim-hulur-bantuan-mangsa-kebakaran-di-kundasang/feed/ 0 70483
Penduduk luar bandar diseru terus berusaha tingkat taraf hidup – Dr Joachim https://sabahmedia.com/2024/12/11/penduduk-luar-bandar-diseru-terus-berusaha-tingkat-taraf-hidup-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2024/12/11/penduduk-luar-bandar-diseru-terus-berusaha-tingkat-taraf-hidup-dr-joachim/#respond Wed, 11 Dec 2024 06:13:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65213
Read Time:1 Minute, 38 Second

RANAU: Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyeru penduduk luar bandar untuk terus berusaha meningkatkan taraf hidup melalui penglibatan dalam kursus-kursus yang dianjurkan di peringkat kampung.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Mesin Soya di Dewan Kampung Langsat, Ranau, kelmarin (10 Disember).

Dr. Joachim, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, turut mengucapkan penghargaan kepada tenaga pengajar dari Pusat Latihan SNS Enterprise, Siti Noraida Michael Abdullah, dan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE), yang telah menyediakan mesin memproses soya.

Kursus Memproses Tauhu dan Air Soya, yang berlangsung selama dua hari, telah disertai oleh 30 peserta terdiri daripada suri rumah dan ibu tunggal dalam kategori B40.

Menurut Dr. Joachim, inisiatif ini adalah salah satu usaha berterusan Kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat, khususnya di kawasan DUN Kundasang.

“Belanjawan 2025 yang baru-baru ini dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah turut memberi fokus kepada pelbagai bantuan khas yang akan disalurkan kepada rakyat pada tahun hadapan. Bagaimanapun, hanya mereka yang memenuhi syarat tertentu sahaja yang layak menerima bantuan ini,” katanya.

Beliau turut menggalakkan penduduk di PDM Langsat untuk terus berusaha meningkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing. Mereka yang berminat dengan penggunaan mesin memproses soya boleh menghubungi DIDR atau Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang untuk tindakan lanjut.

Siti Noraida turut memaklumkan bahawa kursus seterusnya akan menumpukan kepada kaedah penanaman hidroponik dan proses penyediaan makanan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Sulit kepada Dr. Joachim, Japili Sami; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani; Ketua Kampung Langsat, Daimin Ikos Abdullah; kakitangan dan Task Force UPPM Kundasang; serta Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Kampung Debut, Kampung Kirokot dan Kampung Singgaron Baru.

Dalam program berlainan, Dr. Joachim turut menghadiri Majlis Makan Tengah Hari bersama Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia cawangan Daerah Ranau di Kampung Liwagu, selain melakukan lawatan ke Kampung Pinolobu dan Kampung Kinasaraban.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/11/penduduk-luar-bandar-diseru-terus-berusaha-tingkat-taraf-hidup-dr-joachim/feed/ 0 65213
Dapatkan rawatan segera sekiranya ada tanda-tanda awal kanser – Dr. Joachim https://sabahmedia.com/2022/12/11/dapatkan-rawatan-segera-sekiranya-ada-tanda-tanda-awal-kanser-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2022/12/11/dapatkan-rawatan-segera-sekiranya-ada-tanda-tanda-awal-kanser-dr-joachim/#respond Sun, 11 Dec 2022 01:58:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26107
Read Time:1 Minute, 19 Second

KUNDASANG: Seramai 70 peserta telah menyertai Program Kesedaran Kanser anjuran Biro Wanita Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) dengan kerjasama JPKK Kampung Siba yang diadakan di Dewan Kg. Siba, Bundu Tuhan, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berterima kasih kepada persatuan sukarelawan ini kerana menganjurkan program tersebut serta sudi memberikan ceramah mengenai penyakit kanser umpamanya kanser payudara, serviks, ovari dan lain-lain.

“Terima kasih kepada Presiden PSKS, Lawrence Imui kerana menghantar pasukan sukarelawan untuk menjayakan program. Saya yakin program ini juga dapat memberikan kesedaran dan pendedahan kepada orang ramai mengenai cara-cara pencegahan kanser serta garis panduan meneruskan kehidupan sekiranya menghidap kanser,”katanya ketika merasmikan majlis penutupan program itu.

Dr. Joachim berkata, penceramahnya, Dr. Rizin Kusop adalah seorang yang berkelayakan serta berpengalaman dalam bidang perubatan.

“Sehubungan itu, saya memohon semua yang hadir dapat memanfaatkan semua maklumat yang diberikan. Pencegahan adalah lebih baik dari mengubati.

“Silalah dapatkan rawatan segera kepada mereka yang mempunyai tanda-tanda awal menghidap kanser. Ada juga antara mereka yang menghidap kanser payudara masih hidup sehingga kini,” kata Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian.

Turut hadir menjayakan program itu ialah Pengerusi dan Setiausaha Biro Wanita PSKS, Rufina Koting dan Labidah Ewit; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Kundasang, Dounis Sani; Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Siba, Bundu Tuhan, Hillary Piul; Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga Negara (LPPKN), Ketua-ketua kampung, dan Ahli Majlis Tertinggi PSKS.

Sementara itu, Biro Wanita PSKS mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA), Sabah di atas tajaan yang diberikan untuk mengadakan program ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/11/dapatkan-rawatan-segera-sekiranya-ada-tanda-tanda-awal-kanser-dr-joachim/feed/ 0 26107
Mengubah pemerintahan tidak akan menghentikan penularan COVID-19, mengapa membuang masa dan usaha – Dr Joachim https://sabahmedia.com/2021/08/04/mengubah-pemerintahan-tidak-akan-menghentikan-penularan-covid-19-mengapa-membuang-masa-dan-usaha-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2021/08/04/mengubah-pemerintahan-tidak-akan-menghentikan-penularan-covid-19-mengapa-membuang-masa-dan-usaha-dr-joachim/#respond Wed, 04 Aug 2021 07:39:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4050
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam menyatakan penting bagi Kerajaan Negeri, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memberikan sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah COVID-19 di negeri ini, daripada membuang masa dan usaha politik “tukar kerajaan (mengubah pemerintahan)”.

“Ini jelas bukan waktunya untuk mengubah pemerintahan. Bagaimana kita dapat memastikan bahawa penyebaran COVID-19 akan berhenti setelah kita menukar pemerintahan? Atau mungkin ia akan menjadi lebih buruk, tidak ada kepastian, “kata Dr Joachim, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, rakyat Sabah telah memberi mandat kepada GRS pada Pilihan Raya Negeri tahun lalu, adalah menjadi tugas para pemimpin GRS sekarang untuk menunaikannya.

“Janganlah kita terus bermain politik tetapi memberikan sepenuh tumpuan untuk menyelesaikan masalah COVID-19,” kata Dr Joachim, yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS).

Dr Joachim berkata, kerajaan GRS juga berada dalam landasan yang tepat dalam menarik pelabur asing dan tempatan ke Sabah.

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi GRS, mengatakan para pemimpin GRS telah mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama dalam Kerajaan Negeri dan menegakkan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri ke-16 pada bulan September tahun lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/04/mengubah-pemerintahan-tidak-akan-menghentikan-penularan-covid-19-mengapa-membuang-masa-dan-usaha-dr-joachim/feed/ 0 4050