Dr Velerie – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 03 Feb 2026 21:56:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dr Velerie – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pengiktirafan global: Dr Velerie bawa suara pendidikan Asia ke pentas dunia https://sabahmedia.com/2026/02/04/pengiktirafan-global-dr-velerie-bawa-suara-pendidikan-asia-ke-pentas-dunia/ https://sabahmedia.com/2026/02/04/pengiktirafan-global-dr-velerie-bawa-suara-pendidikan-asia-ke-pentas-dunia/#respond Tue, 03 Feb 2026 21:54:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90944
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Dunia pendidikan mencatat detik membanggakan apabila anak jati Sabah, Dr Velerie Wheelervon Primus disenaraikan dalam Top 50 Guru Terbaik Dunia 2026 dan kini berada di Dubai sejak 1 Februari bagi menyertai Konvensyen Guru Dunia serta menghadiri Majlis Anugerah Guru Terbaik Dunia 2026.

Dr Velerie seorang pendidik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor, Keningau merupakan satu-satunya guru mewakili Asia dalam program pendidikan terbesar dunia itu.

Kehadiran beliau bukan sekadar pencapaian peribadi, malah menjadi pengiktirafan global yang mengangkat martabat pendidik rantau Asia dalam landskap pendidikan antarabangsa.

Dr Velerie berkata, sepanjang berada di Dubai, beliau turut menyertai kursus berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) dalam bidang pendidikan bagi memperkukuh kemahiran dan pendekatan pengajaran selari perkembangan teknologi semasa.

Menurutnya, beliau juga terlibat secara aktif dalam perbincangan profesional bersama lebih 400 guru dari pelbagai negara.

“Pertemuan ini menjadi ruang strategik untuk bertukar idea, berkongsi amalan terbaik, dan membina kolaborasi antarabangsa demi masa depan pendidikan yang lebih inklusif, berperikemanusiaan dan berdaya tahan menghadapi cabaran global,” katanya kepada Sabah Media.

Beliau berkata, kejayaan itu membuktikan kualiti pendidik bertaraf dunia tidak ditentukan oleh lokasi sekolah, sebaliknya dipacu keikhlasan jiwa, kekuatan kepimpinan serta keberanian membawa perubahan bermakna kepada anak didik.

“Pencapaian ini bukan hanya milik saya semata-mata, malah untuk seluruh komuniti pendidikan Malaysia. Ia menjadi bukti bahawa apabila guru diperkasa, mereka mampu membawa suara dari bilik darjah ke pentas dunia serta menyalakan harapan bagi masa depan pendidikan yang lebih adil dan berimpak,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/04/pengiktirafan-global-dr-velerie-bawa-suara-pendidikan-asia-ke-pentas-dunia/feed/ 0 90944
Dr Velerie terima anugerah “Rise Educator Award 2023” https://sabahmedia.com/2023/06/01/dr-velerie-terima-anugerah-rise-educator-award-2023/ https://sabahmedia.com/2023/06/01/dr-velerie-terima-anugerah-rise-educator-award-2023/#respond Thu, 01 Jun 2023 11:28:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35595
Read Time:1 Minute, 48 Second

KENINGAU: Dr Velerie Wheelervon Primus, 34, seorang guru Pendidikan Khas dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor di daerah ini yang juga merupakan seorang ikon budaya Negeri Sabah telah dianugerahkan “Rise Educator Award 2023” anjuran Taylor’s University.

Majlis penyampaian anugerah itu di sempurnakan oleh Pengarah Bahagian Sumber Dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, Zainal Abas dan Pengarah Kampus Taylor’s College, Josephine Tan di Taylor’s College, Subang Jaya di Selangor pada 27 Mei lalu.

Dr Velerie meraih anugerah Rise Educator Award 2023.

Dr Velerie berkata, beliau sangat terharu kerana tidak menyangka yang beliau akan menerima anugerah itu, bagaimanapun beliau akan terus komited untuk membangunkan Bilik Sensori Khusus buat Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Pedalaman Sabah.

“Perasaan saya sangat terharu kerana tidak menyangka yang saya akan menerima anugerah ini.

“Rancangan seterusnya saya sekarang dalam proses membangunkan Bilik Sensori Khusus buat Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Pedalaman Sabah khususnya

“Dalam masa yang sama saya akan menerbitkan beberapa modul pembelajaran untuk pembelajaran murid serta menerbitkan modul pentaksiran bilik darjah untuk kegunaan guru,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Memegang prinsip “Kerana Seni Itu Indah”, Dr Velerie pernah memenangi 12 Anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Menurut Dr Velerie, antara anugerah yang pernah dimenanginya adalah Guru Pamer keunggulan 2022, Guru Ikon Budaya Negeri Sabah 2021 dan 2022, Guru Inovasi 2022, Calon Guru Seni Persembahan Peringkat Kebangsaan 2023, Anugerah Ketua Menteri Sabah 2018, Anugerah Menteri Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah 2019, Golden Award Folklore Dance Russian Federaration 2021 dan Memenangi lebih 10 anugerah emas dalam pertandingan inovasi.

Sementara itu Guru Besar SK Bingkor, Madalina Juanis berkata, sebagai seorang guru, Dr Velerie banyak membantu sekolah dan juga membantu murid dalam meningkatkan kemahiran asas membaca dan juga kemahiran menulis.

“Beliau komited dan mempunyai hala tuju yang jelas dalam membangunkan dan mendidik terutamanya dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di pedalaman Negeri Sabah.

“Penyertaan Rise Educator Award 2023 ini menjadi medium kepadanya untuk menyampaikan advokasi beliau iaitu “Memartabatkan Hak Murid Berkeperluan Pendidikan Khas,” katanya.

Menurut Dr Velerie lagi, wang kemenangan bernilai RM10,000 yang diperolehi daripada anugerah tersebut akan disalurkan kesemuanya untuk membangunkan sebuah bilik sensori khusus untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di SK Bingkor di Keningau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/01/dr-velerie-terima-anugerah-rise-educator-award-2023/feed/ 0 35595