Drastik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 03 Mar 2023 05:36:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Drastik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan diminta ambil tindakan drastik tangani Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu – Dr Yusof https://sabahmedia.com/2023/03/03/kerajaan-diminta-ambil-tindakan-drastik-tangani-isu-tuntutan-pihak-mendakwa-waris-kesultanan-sulu-dr-yusof/ https://sabahmedia.com/2023/03/03/kerajaan-diminta-ambil-tindakan-drastik-tangani-isu-tuntutan-pihak-mendakwa-waris-kesultanan-sulu-dr-yusof/#respond Fri, 03 Mar 2023 05:35:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30247
Read Time:2 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob mahu kerajaan memandang serius dan mengambil tindakan secepat mungkin berhubung dengan isu tuntutan pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu terhadap negeri Sabah.

Dr Yusof berkata, beliau amat risau keadaan penduduk khususnya rakyat tempatan di Sabah sekiranya isu ini berlarutan dan terlalu lama mencari jalan penyelesaiannya. Walaupun isu kedaulatan Sabah tidak terjejas dan tuntutan waris kesultanan Sulu tersebut berbentuk tuntutan komersial, tetapi ia tetap perlu diselesaikan sehingga tiada lagi sebarang isu ditimbulkan.

“Kami penduduk di sini sebagai medan pertikaian isu ini, mungkin isu ini tidak begitu dirasai di Semenanjung kerana berada di 1900 kilometer berada di situ, kami di sini berada di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ESSCOM hanya 15 minit kalau daripada Tawi-Tawi, Filipina untuk sampai ke Lahad Datu melalui perairan antarabangsa, jadi itulah yang berlaku pada tahun 2013 masa krisis pencerobohan di Tanduo.

“Kita naik bot, dayung sampan, naik rakit pun sudah sampai, sudah tentu kita tahu kita ada ESSCOM, yang dapat menjaga keselamatan sempada tapi apakah tindakan selanjutnya daripada kerajaan demi untuk kesejahteraan kita di sini sebagai rakyat Malaysia,” katanya semasa sesi taklimat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi mengenai Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu bersama Kerajaan Negeri Sabah dan ahli komuniti Sabah di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu pada Rabu.

Dr Yusof yang juga pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berpendapat bahawa isu itu turut memberi kesan kepada generasi muda di negeri ini.

“Sebenarnya ia memberi kesan kepada generasi muda, kegelisahan ini dikaitkan sebagai satu yang tidak asing bagi mereka dan sudah tentu sekali ia mimpi ngeri yang mungkin jadi kenyataan suatu hari nanti jikalau perkara ini tidak diselesaikan.

“Saya kesian orang-orang muda, orang-orang kampung yang tinggal di sini yang menerima tekanan ini jadi saya mahu kerajaan ambil tindakan yang drastik,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menyarankan supaya kerajaan meneliti status warga asing yang tinggal di negeri ini.

“Di Sabah kita biarkan stateless people, kita biarkan orang menyusup masuk, manakala di Pulau Gaya kita tengok kita tidak tahu siapa mereka di sana kita mesti pastikan satu-satu, kita tidak tahu berapa ramai mereka di Sabah, apa yang berlaku di Bosnia, jiran boleh bunuh jiran, rakan boleh bunuh rakan, dan saya harap ini tidak akan berlaku di Sabah,” ujarnya.

Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang & Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dari Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan wakil Sekretariat Khas iaitu YBhg Prof Datuk Dr Sundra Rajoo dan Datuk Feroz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Taklimat sama juga telah dibincangkan bersama-sama dengan Ahli-ahli Parlimen dari Blok Kerajaan dan Blok Pembangkang untuk menerangkan mengenai latar belakang melibatkan isu tuntutan ini dan perkembangan berkaitan tindakan undang-undang di empat bidang kuasa iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda.

Selain itu, taklimat ini juga bertujuan mendapatkan pandangan daripada warga Sabah yang terkesan secara langsung.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/03/kerajaan-diminta-ambil-tindakan-drastik-tangani-isu-tuntutan-pihak-mendakwa-waris-kesultanan-sulu-dr-yusof/feed/ 0 30247
Desak Kerajaan Ambil Tindakan Drastik Tangani Isu Kenaikan Harga Barang https://sabahmedia.com/2021/12/02/desak-kerajaan-ambil-tindakan-drasik-tangani-isu-kenaikan-harga-barang/ https://sabahmedia.com/2021/12/02/desak-kerajaan-ambil-tindakan-drasik-tangani-isu-kenaikan-harga-barang/#respond Thu, 02 Dec 2021 02:36:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9177
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TUARAN: Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) mendesak agar kerajaan mengambil tindakan drastik untuk menangani isu kenaikan harga barangan khususnya makanan dan bahan-bahan pertanian.

Naib presiden Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) Patrick Tangkalau berkata, kenaikan harga barang semakin membebankan rakyat hari ini. Kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk membendung kenaikan harga barangan dengan memperkasakan penguatkuasaan undang-undang dari segi kawalan harga barang, menghadkan kerbergantungan kepada sumber import dan menyelaraskan pemberian subsidi bagi mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pengeluaran negara.

Patrick berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini, yang menyatakan bahawa kenaikan harga barang masih tidak membebankan rakyat.

“Kita lihat peningkatan harga barangan keperluan harian, peralatan binaan, input pertanian dan makanan telah memberi kesan kepada pelbagai pihak di peringkat pembekal, kontraktor, peniaga serta pengguna sendiri.

“Kenaikan ini bukanlah bersifat sementara tetapi perubahan ekonomi negara atau dunia mempengaruhi keadaan semasa.

“Pembukaan banyak sektor ekonomi mula kenampakan dan sepatutnya sektor-sektor ini mengawal penawaran harga dan menstabilkan ekonomi negara. Bukan memonopoli sesuatu produk dan mengambil kesempatan menaikkan harga produk atau barangan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Patrick juga mencadangkan kepada kerajaan hari ini supaya membuat perubahan drastik dengan menaikkan kadar gaji sektor awam dan swasta kerana tuntutan kerajaan hanya kepada memanjangkan tempoh perkhidmatan berbanding dengan kenaikan gaji pekerja-pekerja sektor ini.

Beliau turut menyeru kepada rakyat supaya terus memainkan peranan menstabilkan harga dengan meningkatkan daya usaha dan inisiatif kendiri dalam memperkasakan ekonomi keluarga dengan mengusahakan tanah sendiri, membangunkan usaha-usaha yang mendatangkan ekonomi dan kecukupan keluarga berbanding hanya berharap kepada bantuan one-off Kerajaan hari ini.

“Bukalah kawasan tanah yang ada, usahakan secara kecil-kecilan untuk sara hidup dan pastinya menjadi skala besar pengeluaran hasil usaha itu setelah stabil,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/02/desak-kerajaan-ambil-tindakan-drasik-tangani-isu-kenaikan-harga-barang/feed/ 0 9177