dron sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 02 Nov 2024 05:30:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dron sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah galakkan syarikat, pihak industri guna teknologi UAV https://sabahmedia.com/2024/11/02/sabah-galakkan-syarikat-pihak-industri-guna-teknologi-uav/ https://sabahmedia.com/2024/11/02/sabah-galakkan-syarikat-pihak-industri-guna-teknologi-uav/#respond Sat, 02 Nov 2024 05:29:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63171
Read Time:1 Minute, 10 Second

Tawau : Syarikat dan pihak industri berkaitan pertanian, perindustrian, pelancongan dan perkhidmatan di negeri sentiasa digalakkan untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi ‘Unmanned Aerial Vehicle’(UAV) dalam operasi harian.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, teknologi dron mempunyai penggunaan yang meluas dan mampu untuk menyelesaikan beberapa isu dengan segera.

Katanya, di negara-negara maju, dron telah mula digunakan untuk menghantar barangan dengan keupayaan terbang sejauh kira-kira 10 kilometer dalam tempoh enam minit dengan kemampuan membawa beban sehingga 1.1 kilogram.

“Oleh itu, saya percaya integrasi teknologi dron ini akan memastikan kita di Sabah mampu untuk berkembang seiring dengan kemodenan teknologi semasa.

“Ini kerana kita mengakui bahawa integrasi teknologi ini ke dalam ekonomi Sabah akan mempunyai pulangan yang besar untuk kemajuan dan kemakmuran negeri kita.

“Walau bagaimanapun, dalam memastikan usaha ini berjaya, ia memerlukan usaha dan kerjasama daripada semua pihak berkepentingan – kerajaan, pemain industri, penyelidik dan daripada masyarakat sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampian Hadiah Program Sabah Maju Jaya (SMJ) Dron Tawau di Dewan Masyarakat Tawau di sini hari ini.

Arifin berkata, pihaknya turut memuji usaha Ahli Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui dalam mendedahkan lebih awal kepada anak-anak pelajar khususnya di peringkat sekolah rendah berkaitan teknologi dron.

“Selaku menteri bertanggungjawab, saya menyokong sepenuhnya usaha seperti ini dan mengharapkan agar usaha ini bukanlah kali pertama dan bukan juga kali yang terakhir,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/02/sabah-galakkan-syarikat-pihak-industri-guna-teknologi-uav/feed/ 0 63171