Dua Beradik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 25 Sep 2024 05:50:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dua Beradik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua beradik, kanak-kanak & bayi dikhuatiri hanyut dibawa arus deras https://sabahmedia.com/2024/09/25/dua-beradik-kanak-kanak-bayi-dikhuatiri-hanyut-dibawa-arus-deras/ https://sabahmedia.com/2024/09/25/dua-beradik-kanak-kanak-bayi-dikhuatiri-hanyut-dibawa-arus-deras/#respond Wed, 25 Sep 2024 05:21:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61158
Read Time:45 Second

KENINGAU: Dua beradik kanak-kanak berusia dua tahun dan seorang bayi dikhuatiri hanyut dibawa arus deras ketika banjir melanda tempat kediaman rumah mangsa di Kampung Dalit, Sook pada jam 5 petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.06 malam Selasa (24 Sept).

“Menurut pengadu terdapat tujuh orang mangsa hanyut di bawa arus ketika banjir di tempat kediaman rumah mangsa pada jam 5 petang semalam (24 Sept).

“Lima mangsa selamat manakala dua orang lagi masih hilang merupakan mangsa kanak-kanak berusia dua tahun dan bayi dua bulan.

“Pasukan Bomba dari BBP Keningau (Balai Bantuan) bersama BBP Nabawan berada di lokasi untuk mengambil maklumat mangsa.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/25/dua-beradik-kanak-kanak-bayi-dikhuatiri-hanyut-dibawa-arus-deras/feed/ 0 61158
Dua beradik kanak-kanak rentung dalam kebakaran rumah https://sabahmedia.com/2023/09/21/dua-beradik-kanak-kanak-rentung-dalam-kebakaran-rumah/ https://sabahmedia.com/2023/09/21/dua-beradik-kanak-kanak-rentung-dalam-kebakaran-rumah/#respond Thu, 21 Sep 2023 11:28:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42235
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Dua beradik kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam satu kejadian kebakaran memusnahkan enam buah rumah di Kampung Pulutan, Menggatal tengah hari tadi (21 Sept).

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 1.13 petang tadi di lokasi berkenaan.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bersama anggota BBP Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, mendapati kebakaran memusnahkan 100 peratus enam buah rumah jenis tidak kekal.

“Terdapat dua orang mangsa kanak-kanak rentung dalam kebakaran itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut maklumat yang diperolehi, dua kanak-kanak lelaki yang rentung itu merupakan adik beradik dikenali sebagai Jackron Jabri berusia enam tahun manakala adiknya Jayraiyen Jabri, lima tahun. Kedua-dua mayat mangsa ditemui berhampiran ruang tamu.

“Difahamkan, kedua-dua mangsa dtinggalkan sendirian di rumah ketika ibu mereka keluar bekerja manakala bapa mereka keluar menghantar anak saudaranya ke hospital untuk temujanji pemeriksaan kesihatan.

“Sementara adik beradik mangsa yang lain pergi ke sekolah, Jackron sebelum kejadian baru balik dari pra sekolah manakala adiknya Jayraiyen memang ditinggalkan sendirian di rumah,” kata kenyataan itu.

Seterusnya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi terkawal pada jam 2.53 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.25 petang setelah memastikan tiada lagi bahaya lain dan bara-bara api yang tinggal.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/21/dua-beradik-kanak-kanak-rentung-dalam-kebakaran-rumah/feed/ 0 42235
Dua beradik maut dipercayai lemas semasa mandi di kolam terbiar https://sabahmedia.com/2023/08/03/dua-beradik-maut-dipercayai-lemas-semasa-mandi-di-kolam-terbiar/ https://sabahmedia.com/2023/08/03/dua-beradik-maut-dipercayai-lemas-semasa-mandi-di-kolam-terbiar/#respond Thu, 03 Aug 2023 00:28:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39437
Read Time:1 Minute, 0 Second

SANDAKAN: Dua beradik termasuk seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai lemas semasa mandi di sebuah kolam terbiar di Kampung Bambu Batu 7 di sini pada pagi Rabu (2 Ogos).

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek dalam kenyataannya hari ini mengesahkan kejadian.

Menurut Fuad, semalam (2 Ogos), pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan menerima aduan dari pengadu pada jam 11.18 pagi menyatakan dua orang telah lemas di Kg. Batu Putih Jalan Sungai Kayu dan kedua-dua mangsa sedang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Duchest of Kent (HDOK) sebelum kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 12.40 tengahari semasa menerima rawatan.

Katanya, hasil siasatan awal polis, mendapati pada masa kejadian jam lebih kurang 10.00 pagi kedua-dua mangsa bersama empat lagi ahli keluarga mereka mandi di sebuah kolam terbiar di Kampubg Bambu Batu 7, Sandakan.

“Sewaktu mandi di kolam tersebut, dua orang telah lemas. Kedua-dua mangsa yang lemas berjaya diselamatkan oleh orang kampung yang datang memberi bantuan. Mangsa yang lemas telah dibawa ke HDOK dengan Ambulans.

“Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Amira Rolan, perempuan berusia 19 tahun dan adiknya Muhamad Awira,10 tahun.

“Kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/03/dua-beradik-maut-dipercayai-lemas-semasa-mandi-di-kolam-terbiar/feed/ 0 39437
Dua beradik lelaki cedera diserang buaya ketika memasang pam air https://sabahmedia.com/2023/02/07/dua-beradik-lelaki-cedera-diserang-buaya-ketika-memasang-pam-air/ https://sabahmedia.com/2023/02/07/dua-beradik-lelaki-cedera-diserang-buaya-ketika-memasang-pam-air/#respond Tue, 07 Feb 2023 13:46:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29201
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA MARUDU: Seorang lelaki parah manakala adiknya mengalami cedera ringan selepas diserang seekor buaya ketika turun ke sungai berhampiran rumahnya untuk memasang pam air di Kampung Sinasak, Pitas dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan (Supt) Zairolnizal Ishak berkata, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa lelaki adalah adik beradik masing-masing berusia 53 dan 51 tahun itu telah turun ke dalam sungai berhampiran rumah kediaman mereka pada jam 5.30 petang Isnin (6 Feb) untuk memasang pam air di Sungai Bengkoka, Kampung Sinasak, Pitas.

“Semasa kedua-dua mangsa membetulkan paip PVC di dalam sungai yang pada ketika itu air di paras lutut, mangsa tidak menyedari seekor buaya berukuran 2.4 meter datang dari arah sebelah kiri abangnya dan telah menyerang dengan menggigit bahagian kakinya.

“Melihat kejadian itu, adiknya cuba membantu menyelamatkan abangnya namun dia juga turut digigit buaya tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zairolnizal, kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Pitas untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Abangnya mengalami kecederaan parah di kedua belah kaki, tangan serta badan dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Pitas, manakala adiknya cedera ringan bahagian tangan kanan serta kaki sebelah kiri dan hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

“Bagaimanapun, keadaan mangsa (abang) adalah stabil dan akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (HQE) untuk rawatan lanjut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/07/dua-beradik-lelaki-cedera-diserang-buaya-ketika-memasang-pam-air/feed/ 0 29201
Bot Karam: Dua Beradik Meninggal Dunia, Satu Masih Hilang https://sabahmedia.com/2022/01/02/bot-karam-dua-beradik-meninggal-dunia-satu-masih-hilang/ https://sabahmedia.com/2022/01/02/bot-karam-dua-beradik-meninggal-dunia-satu-masih-hilang/#respond Sun, 02 Jan 2022 07:06:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10581
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TAWAU: Dua beradik berumur lima dan 15 tahun dijumpai meninggal dunia manakala seorang masih hilang dipercayai lemas dalam insiden bot karam di Kg Batu Payung, dekat sini pada Sabtu petang.

Dalam kejadian 6.45 petang Sabtu (1 Januari 2022), pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai satu kejadian bot karam di Kg Batu Payung kira-kira 24 kilometer jarak dari Balai Bomba Daerah Tawau.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) PgKB I Misran Bisara, hasil maklumat dari mangsa bot karam, kejadian berlaku semasa bot cuba berpatah balik dari Batu 4 Kg Rawa-Rawa ke Kg Batu Payung tetapi bot terbalik dan karam.

“Terdapat sembilan orang mangsa sekeluarga di mana enam orang mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang kampung, dua orang mangsa telah dijumpai awal pagi tadi namun disahkan telah meninggal dunia manakala seorang mangsa masih belum dijumpai.

“Dua mangsa adik-beradik yang dijumpai oleh penduduk kampung namun meninggal dunia dikenali sebagai Saiful Muhaimin, 15, mangsa dijumpai di Perairan Tinagat pada jam 8.58 pagi manakala adiknya Jaidi Muhaimin ,5, dijumpai di pesisir pantai pada pada jam 6.30 pagi. Bagaimanapun mangsa ketiga dipercayai kakak kepada kedua-dua mangsa Rahena Muhaimin, 20, masih belum temui,” kata Misran.

Pasukan bomba bersama agensi bantuan terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) 13 orang berserta dua buah bot, Polis Diraja Malaysia (PDRM) lima orang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) tujuh orang berserta sebuah bot, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) lima orang dan penduduk kampung berserta 20 buah bot.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan. Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/02/bot-karam-dua-beradik-meninggal-dunia-satu-masih-hilang/feed/ 0 10581