Dua beranak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 05 Apr 2026 06:16:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dua beranak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua beranak cedera ditikam kes samun di Tongod, polis buru suspek https://sabahmedia.com/2025/02/02/dua-beranak-cedera-ditikam-kes-samun-di-tongod-polis-buru-suspek/ https://sabahmedia.com/2025/02/02/dua-beranak-cedera-ditikam-kes-samun-di-tongod-polis-buru-suspek/#respond Sun, 02 Feb 2025 04:20:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67866
Read Time:1 Minute, 28 Second

BELURAN: Seorang bapa dan anaknya cedera parah selepas ditikam dalam satu kejadian samun berkumpulan di sebuah kebun persendirian di Kampung Napagang, Entilibon, Tongod, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.00 petang daripada seorang wanita tempatan yang dimaklumkan oleh pekerja jirannya bahawa suami dan anaknya mengalami kecederaan akibat ditikam dengan senjata tajam, dipercayai besi pengangkat buah sawit.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa iaitu lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, badan, belakang badan, lengan serta paha akibat tikaman senjata tajam.

“Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hasan, suspek dalam kes ini telah dikenal pasti sebagai dua pekerja mangsa sendiri, iaitu Anuar, 40-an, dan Saril, 20-an, kedua-duanya warganegara Indonesia.

Polis sedang giat memburu dua suspek disyaki terlibat kes mencederakan dua beranak di Tongod.

“Kedua-dua suspek bertindak melarikan diri selepas mencederakan mangsa dengan membawa lari sebuah kenderaan Toyota Hilux Single Cab putih bernombor pendaftaran SAB 7801 P milik mangsa.

“Suspek juga melarikan beberapa barang peribadi termasuk dokumen penting, telefon bimbit dan dompet mangsa,” jelasnya.

Berikutan kejadian itu, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta dikenakan denda dan sebatan.

Hasan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau keberadaan suspek diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Saksi kejadian juga digesa tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sandra (011-2806 6182), Asisten Superintendan Henry Ak Laiyau (010-941 6656), Balai Polis Beluran (089-511 222) atau Balai Polis Tongod (087-748 223),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/02/dua-beranak-cedera-ditikam-kes-samun-di-tongod-polis-buru-suspek/feed/ 0 67866
Dua beranak ditahan SPRM, terima rasuah kira-kira RM10,000 https://sabahmedia.com/2024/02/02/dua-beranak-ditahan-sprm-terima-rasuah-kira-kira-rm10000/ https://sabahmedia.com/2024/02/02/dua-beranak-ditahan-sprm-terima-rasuah-kira-kira-rm10000/#respond Fri, 02 Feb 2024 05:10:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48860
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan dua beranak kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak kira-kira RM10,000.

Menurut sumber, kedua-dua suspek memperoleh wang tersebut dengan memperdaya orang ramai membabitkan permohonan rumah skim Program Perumahan Rakyat di salah sebuah daerah di negeri ini.

Menurutnya, suspek pertama seorang bapa berusia 40-an dipercayai melakukan perbuatan tersebut bersama anak lelakinya yang berusia 20-an dan mereka telah ditahan antara kira-kira jam 3 hingga 4 pagi tadi dalam satu serbuan di sebuah kawasan perumahan di Sandakan.

“Kedua-dua beranak ini dipercayai melakukan kesalahan tersebut dari tahun 2023 dan mereka ditahan kerana meminta sejumlah wang daripada orang ramai dengan menjanjikan rumah mesra rakyat dan diberi insentif seperti perkakasan rumah sekiranya para pemohon dapat menarik lebih ramai orang.

“Wang rasuah yang diterima adalah melalui bayaran tunai dan pindahan bank ke akaun isteri suspek,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy semasa dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, beberapa tangkapan lagi dijangka akan dibuat susulan kes ini dan turut mengingatkan orang ramai yang pernah menjadi mangsa kepada sindiket seperti ini agar tampil ke hadapan bagi membantu siasatan SPRM.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/02/dua-beranak-ditahan-sprm-terima-rasuah-kira-kira-rm10000/feed/ 0 48860
Dua beranak didakwa di mahkamah, jual jongkong emas secara haram https://sabahmedia.com/2023/10/25/dua-beranak-di-dakwa-jual-jongkong-emas-secara-haram/ https://sabahmedia.com/2023/10/25/dua-beranak-di-dakwa-jual-jongkong-emas-secara-haram/#respond Wed, 25 Oct 2023 06:29:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44145
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas di sini, hari ini kerana didakwa terlibat dalam perniagaan menjual jongkong emas secara haram mengakibatkan kerugian kepada kerajaan negeri lebih RM1.3 juta dalam jualan antara 2019 dan 2023.

Tertuduh, Datuk Lo Fui Ming, 67, dan anak lelakinya Lo Teck Yong, 42, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Jason Juga.

Kedua-dua tertuduh merupakan bekas pengarah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan perlombongan mineral emas di Bukit Mantri, Tawau.

Mengikut kertas pertuduhan, sebanyak 24 pertuduhan dibacakan dibawah seksyen 418 Kanun Keseksaan terhadap Lo Fui Ming dan 24 pertuduhan dibawah seksyen 109 Kanun Keseksaan dibacakan bersama seksyen 418 Kanun Keseksaan terhadap Lo Teck Yong.

Kes-kes tersebut atas kesalahan menipu Kerajaan Negeri Sabah iaitu Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Negeri Sabah dengan tidak mengisytiharkan hasil penjualan kuantiti jongkong emas yang sebenar dalam dokumen invois yang dikemukakan kepada JTU.

Menurut syarat perjanjian pajakan tanah dan perlombongan mineral dengan JTU, syarikat berkenaan disyaratkan untuk membayar royalti sebanyak 5 peratus daripada hasil penjualan mineral emas yang dilombong di Bukit Mantri kepada JTU.

Diantara tahun 2019 hingga tahun 2023, kedua-dua tertuduh dikatakan telah menjual lebih kurang 26 jongkong emas secara haram kepada syarikat pembeli yang dilombong dan dihasilkan di Bukit Mantri, Tawau, dan jualan ini tidak direkodkan.

Malah kedua-dua mereka tidak membayar royalti 5 peratus kepada kerajaan untuk penjualan emas berkenaan dan mengakibatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri Sabah dianggarkan sebanyak RM 1.3 Juta.

Tertuduh Lo (tengah) dan Teck Yong bersama peguam Zahir Shah di lobi Mahkamah Kota Kinabalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Wai Keong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zahir Shah.

Lo dan Teck Yong dibenarkan diikat jamin RM100,000 setiap seorang, dan pasport antarabangsa mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 8 Disember ini untuk sebutan semula kes.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/25/dua-beranak-di-dakwa-jual-jongkong-emas-secara-haram/feed/ 0 44145