Dua buah rumah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 12 Jul 2023 11:13:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dua buah rumah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tanah Runtuh: Dua buah rumah musnah https://sabahmedia.com/2023/07/12/tanah-runtuh-dua-buah-rumah-musnah/ https://sabahmedia.com/2023/07/12/tanah-runtuh-dua-buah-rumah-musnah/#respond Wed, 12 Jul 2023 11:13:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38152
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Dua buah rumah musnah terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Skim Penempatan Telipok dekat sini petang tadi (12 Julai).

Menurut kenyataan jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.41 petang tadi.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas tiba di lokasi kejadian mendapati dua buah rumah jenis tidak kekal musnah terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu.

“Sebuah rumah tidak berpenghuni dan sebuah lagi berpenghuni munsah 100 peratus,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dilaporkan.

Seterusnya pasukan bomba membuat pemantauan di lokasi kejadian serta memastikan tiada kemerbahayaan lain di sekitarnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.25 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/12/tanah-runtuh-dua-buah-rumah-musnah/feed/ 0 38152