Dua cedera – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 26 Apr 2026 03:35:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dua cedera – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemandu maut, dua cedera selepas pacuan empat roda terbabas https://sabahmedia.com/2026/04/26/pemandu-maut-dua-cedera-selepas-pacuan-empat-roda-terbabas/ https://sabahmedia.com/2026/04/26/pemandu-maut-dua-cedera-selepas-pacuan-empat-roda-terbabas/#respond Sun, 26 Apr 2026 03:32:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95574
Read Time:1 Minute, 16 Second

TENOM: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sendiri dalam kejadian di Kilometer 7 Jalan Tenom–Enubai berhampiran Kampung Sri Meranti, di sini, malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa dikenali sebagai Victor Chung Yin Tat, 41, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tenom, Superintendan Azmir Abd Razak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu sekitar jam 10 malam menerusi panggilan MERS999 sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu mangsa bersama dua penumpang, termasuk isterinya.

“Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Binsilon menuju ke Pekan Tenom sebelum dipercayai hilang kawalan akibat keadaan jalan licin dan cuaca hujan lebat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kenderaan tersebut kemudian terbabas ke bahu kiri jalan sebelum terbalik.

Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Tenom.

“Sementara itu, isterinya yang berusia 37 tahun mengalami kecederaan pada badan serta patah tulang rusuk kiri, manakala seorang lagi penumpang lelaki berusia 28 tahun cedera di bahagian kepala.

“Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tenom untuk rawatan lanjut,” katanya.

Azmir berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tenom sebelum dibawa ke Hospital Keningau untuk proses bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu yang hilang kawalan kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/26/pemandu-maut-dua-cedera-selepas-pacuan-empat-roda-terbabas/feed/ 0 95574
Dua cedera, kemalangan melibatkan lori muatan kayu dan Bas Ekspres https://sabahmedia.com/2023/06/13/dua-cedera-kemalangan-melibatkan-lori-muatan-kayu-dan-bas-ekspres/ https://sabahmedia.com/2023/06/13/dua-cedera-kemalangan-melibatkan-lori-muatan-kayu-dan-bas-ekspres/#respond Tue, 13 Jun 2023 13:34:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36314
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Dua lelaki cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu lori muatan kayu dan Bas Ekspres (Semporna-Kota Kinabalu) di Jalan Tamparuli – Ranau awal pagi tadi (13 Jun).

Kejadian kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan lori muatan kayu dan Bas Ekspres di Jalan Tamparuli – Ranau pagi tadi.Foto ihsan JBPM Sabah

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.04 pagi tadi mengenai kejadian tersebut.

“Sebaik menerima panggilan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bergegas ke lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu lori muatan kayu dan Bas Ekspres (Semporna-Kota Kinabalu) milik Syarikat Dyana Ekspres.

“Terdapat dua orang mangsa lelaki dilaporkan mengalami kecederaan yang merupakan penumpang Bas Ekspres telah diberi rawatan awal oleh Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian.

“Mangsa seterusnya di hantar ke hospital menaiki Jentera EMRS dan Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 6.00 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Bas Ekspres yang terlibat dengan kemalangan itu memuatkan seramai 33 orang termasuk pemandu, pembantu pemandu dan penumpang.

Dua mangsa yang mengalami kecederaan dikenali sebagai Kantie Amir, 29, dan Nursiq Rahim, 39.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/13/dua-cedera-kemalangan-melibatkan-lori-muatan-kayu-dan-bas-ekspres/feed/ 0 36314
Dua cedera, kereta terjunam dari tingkat 3 https://sabahmedia.com/2022/12/25/dua-cedera-kereta-terjunam-dari-tingkat-3/ https://sabahmedia.com/2022/12/25/dua-cedera-kereta-terjunam-dari-tingkat-3/#respond Sun, 25 Dec 2022 15:22:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26920
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Dua orang mangsa cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki terbabas di tingkat 3 tempat letak kenderaan lalu melanggar tembok dan terjunam ke tingkat 2 dalam satu kejadian di Kompleks Star City di sini pagi tadi.

Sebuah kenderaan jenis Toyota Vios terbabas di tingkat 3 tempat letak kenderaan lalu melanggar tembok dan terjunam ke tingkat 2.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.56 pagi tadi (25 Dis) mengenai kejadian itu.

Katanya, pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat sebuah kenderaan jenis Toyota Vios terbabas di tingkat 3 tempat letak kenderaan lalu melanggar tembok dan terjunam ke tingkat 2 di Kompleks Star City, Kota Kinabalu.

“Terdapat dua orang mangsa terlibat dalam kejadian itu dan mereka telah keluar sendiri dari kenderaan.

“Mangsa seorang lelaki berusia 24 tahun dan wanita berusia 30 tahun itu hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seterusnya, pasukan Bomba bertindak menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain dan memasang sawar-sawar di lokasi kejadian.

“Kemudiannya kedua-dua mangsa dihantar ke hospital menggunakan Ambulans dan operasi ditamatkan pada jam 11.59 pagi pada hari sama,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/25/dua-cedera-kereta-terjunam-dari-tingkat-3/feed/ 0 26920
Dua cedera dalam pergaduhan, polis tahan dua suspek lelaki https://sabahmedia.com/2022/12/05/dua-cedera-dalam-pergaduhan-polis-tahan-dua-suspek-lelaki/ https://sabahmedia.com/2022/12/05/dua-cedera-dalam-pergaduhan-polis-tahan-dua-suspek-lelaki/#respond Mon, 05 Dec 2022 11:52:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25858
Read Time:2 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Polis menahan dua suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan menggunakan senjata mengakibatkan dua orang mangsa cedera dalam satu kejadian di hadapan sebuah kilang makanan laut yang terletak di Sepanggar dekat sini pada Khamis lalu.

Pada 4 Disember 2022, viral satu video melalui aplikasi Tik Tok berdurasi satu minit 33 saat tentang kejadian pergaduhan antara dua kumpulan lelaki di Daerah Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Zaidi berkata, hasil siasatan polis mendapati kejadian ini berlaku pada 1 Disember 2022 jam lebih kurang 12.15 tengah hari, bertempat di hadapan sebuah kilang makanan laut yang terletak di Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Dalam kejadian ini empat lelaki telah menyekat laluan keluar masuk kilang tersebut dengan mengunakan sebuah kereta perodua bezza berwarna merah dengan tujuan hendak berjumpa dengan pengusaha kilang tersebut yang dikatakan gagal menjelaskan gaji sebanyak rm10,000 kepada salah seorang lelaki berkenaan.

“Rakan kepada pengusaha kilang berkenaan telah mengarahkan kumpulan lelaki tersebut untuk mengubah kereta perodua bezza dari
laluan keluar masuk ke kilang berkenaan tetapi tidak diendahkan lalu bertindak membaling alat pemadam api ke arah kereta perodua bezza yang telah memecahkan cemin tingkap penumpang hadapan kereta
bezza,’ katanya.

Menurutnya, kumpulan lelaki tersebut bertindak balas dengan menyerang, menumbuk dan memukul pengusaha kilang dan rakannya termasuk menggunakan rantai besi. Salah seorang lelaki juga telah mengambil sebilah parang dan cuba menyerang pengusaha kilang dan rakannya namun telah diredakan oleh ketua kumpulan lelaki tersebut.

“Akibat kejadian ini pengusaha kilang mendapat cedera ringan di telinga kiri dan sakit sakit di tubuh badan manakala rakannya mendapat cedera luka di belakang kepala dan menerima lima jahitan di pusat kesihatan Menggatal,” jelas Mohd Zaidi.

Beliau berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah seksyen 148 kanun keseksaan (merusuh) dan seksyen 324 kanun keseksaan (mendatangkan cedera dengan senjata bahaya).

Berikutan kejadian itu, menurut Mohd Zaidi, pada 4 Disember 2022 ketua kumpulan lelaki berusia 47 tahun dan pekerjanya berumur 53 tahun telah ditangkap bersama rantai besi yang digunakan untuk menyerang mangsa serta kereta perodua bezza telah dirampas untuk siasatan kes tersebut.

“Pihak polis juga sedang mengesan dua lagi lelaki yang terlibat dalam kes ini dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat atau mengenali mereka melalui video yang diviralkan itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Vermal Al Subramaniam
di talian 010-2314432.

“Pihak polis juga mengesahkan bahawa kejadian pergaduhan atau rusuhan ini tiada melibatkan unsur-unsur kongsi gelap dan ia berpunca kepada rasa tidak puas hati bekas pekerja kepada majikan, rakan kongsi yang masih gagal menjelaskan baki gaji tertunggak,” katanya.

Sementara itu, pihak polis menasihatkan semua pihak untuk mengambil tindakan melalui saluran undang-undang yang sedia ada sekiranya menghadapi masalah berkaitan kewangan atau keberhutangan dan tidak mengambil tindakan yang melanggar undang-undang kerana ia akan mengeruhkan keadaan dan berisiko kepada kejadian jenayah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/05/dua-cedera-dalam-pergaduhan-polis-tahan-dua-suspek-lelaki/feed/ 0 25858