Dua individu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 Mar 2024 06:37:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dua individu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tular dua individu bergaduh berpunca tidak beri laluan semasa melalui jalan sempit https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/ https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/#respond Sat, 23 Mar 2024 06:37:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51477
Read Time:36 Second

KOTA BELUD: Tular di media sosial satu pergaduhan melibatkan dua individu lelaki di Kota Belud awal pagi semalam.

Video berdurasi sembilan saat itu tular memaparkan dua individu bergaduh dan seorang daripadanya memegang sebilah parang di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain ketika dihubungi pemberita hari ini berkata kejadian tersebut berlaku pada Jumaat (22 Mac) jam lebih kurang 11.30 pagi di jalan masuk tempat letak kenderaan berhampiran Tamu Mingguan Kota Belud.

“Punca pergaduhan disebabkan provokasi kedua-dua pihak yang mana masing-masing tidak mahu memberikan laluan semasa melalui jalan sempit.

“Kedua-dua yang terlibat mempunyai hubungan kekeluargaan telah berdamai secara baik dan tidak ada laporan dibuat sehingga kini.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/feed/ 0 51477
Dua individu ditahan guna dokumen palsu bernilai lebih RM1 juta https://sabahmedia.com/2023/08/07/dua-individu-ditahan-guna-dokumen-palsu-bernilai-lebih-rm1-juta/ https://sabahmedia.com/2023/08/07/dua-individu-ditahan-guna-dokumen-palsu-bernilai-lebih-rm1-juta/#respond Mon, 07 Aug 2023 12:06:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39666
Read Time:37 Second

TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah telah menahan dua pemilik syarikat kerana disyaki menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan berjumlah lebih RM1.1 juta.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 40an dipercayai ditahan kira-kira jam 2 petang ketika hadir di pejabat SPRM Cawangan Tawau, hari ini.

“Suspek disyaki terlibat menggunakan dokumen palsu pada tahun 2020 untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan di bawah pakej ransangan ekonomi 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Tawau pada 9 Ogos 2023.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/07/dua-individu-ditahan-guna-dokumen-palsu-bernilai-lebih-rm1-juta/feed/ 0 39666
Dua individu dikesan bantu siasatan kes SPRM https://sabahmedia.com/2023/07/21/dua-individu-dikesan-bantu-siasatan-kes-sprm/ https://sabahmedia.com/2023/07/21/dua-individu-dikesan-bantu-siasatan-kes-sprm/#respond Fri, 21 Jul 2023 12:30:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38711
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes SPRM.

Individu pertama, Aries Ryan Phillip Among, 29, mempunyai alamat terakhir di No. 42, Lorong 5, Taman Hilton Donggongon, 88300 Penampang, Sabah.

Sementara itu, individu kedua, Ika Ka Shira Binti Jeffry, 26, pula mempunyai alamat terakhir di Lot 15, Lorong 14, Ujana Kingfisher, Kuala Inanam, Likas, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, PKPs Masnah Basir di talian 088-488381, 016-8811870 atau e-mel kepada [email protected].

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/21/dua-individu-dikesan-bantu-siasatan-kes-sprm/feed/ 0 38711