Dua kanak-kanak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 02 Oct 2023 13:41:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dua kanak-kanak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di Sungai Pegalan https://sabahmedia.com/2023/10/02/dua-kanak-kanak-perempuan-dikhuatiri-lemas-di-sungai-pegalan/ https://sabahmedia.com/2023/10/02/dua-kanak-kanak-perempuan-dikhuatiri-lemas-di-sungai-pegalan/#respond Mon, 02 Oct 2023 13:25:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42953
Read Time:1 Minute, 0 Second

KENINGAU: Dua beradik kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika bermain di tebing Sungai Pegalan, Kampung Linkudou dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau PKPgB Sharudy Delamin berkata, sepasukan Bomba dari BBP Keningau bergegas ke lokasi kejadian sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 5.07 petang tadi (2 Oktober) mengenai dua kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di lokasi kejadian tersebut.

“Maklumat awal diterima, menurut saksi kejadian iaitu seorang kanak-kanak yang kebetulan berada berhampiran di lokasi kejadian ternampak dua mangsa kanak-kanak perempuan sedang bermain di tebing Sungai Pegalan, semasa bermain adik mangsa terjatuh ke dalam sungai manakala kakaknya cuba menyelamatkan adiknya namun kedua-duanya hilang di dalam sungai tersebut,” kata Sharudy ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Sharudy, hasil maklumat tersebut pasukan Bomba dibantu pasukan Polis Keningau segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah ‘Surface Searching’ bagi mengesan keberadaan kedua-dua mangsa berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Azila Jabar berusia 12 tahun manakala adiknya Arlina, 9 tahun.

Sharudy berkata, bagaimanapun kedua-dua mangsa masih belum diemui dan operasi SAR ditangguh pada jam 7 malam tadi.

Katanya, operasi akan disambung esok (Selasa) dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/02/dua-kanak-kanak-perempuan-dikhuatiri-lemas-di-sungai-pegalan/feed/ 0 42953
Dua kanak-kanak lelaki ditemui lemas ketika mandi dalam parit https://sabahmedia.com/2023/02/14/dua-kanak-kanak-lelaki-ditemui-lemas-ketika-mandi-dalam-parit/ https://sabahmedia.com/2023/02/14/dua-kanak-kanak-lelaki-ditemui-lemas-ketika-mandi-dalam-parit/#respond Tue, 14 Feb 2023 14:23:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29586
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA MARUDU: Dua kanak-kanak lelaki ditemui lemas di dalam parit, salah seorang daripadanya disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital manakala seorang lagi masih tidak sedarkan diri.

Dalam kejadian kedua-dua mangsa berusia 10 tahun itu ditemui lemas semasa menjalankan aktiviti memancing dan mandi-manda di kawasan parit Jalan Radu, Kota Marudu pada petang tadi (14 Feb).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.49 petang tadi berhubung kejadian itu.

Katanya, menurut maklumat yang diperolehi terdapat dua orang kanak-kanak dilaporkan lemas semasa menjalankan aktiviti memancing dan mandi-manda di kawasan parit tersebut.

“Mangsa pertama berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dilaporkan tidak sedarkan diri, seterusnya dibawa ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Manakala mangsa kedua turut berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dilaporkan tidak sedarkan diri, mangsa kedua sempat diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh seorang pegawai bomba PBKII KUP Lainor Unsigang yang berada di luar waktu penugasan di lokasi kejadian sementara menunggu ketibaan pasukan Bomba dan Ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun menurut kenyataan itu, seorang mangsa dikenali sebagai Mohammad Azam Masrul Abdullah disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan di hospital Kota Marudu.

“Seterusnya operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 5.45 petang tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/14/dua-kanak-kanak-lelaki-ditemui-lemas-ketika-mandi-dalam-parit/feed/ 0 29586
Dua kanak-kanak ditemui mati lemas di anak sungai tepi jalan Beringis-kawang https://sabahmedia.com/2023/01/24/dua-kanak-kanak-ditemui-mati-lemas-di-anak-sungai-tepi-jalan-beringis-kawang/ https://sabahmedia.com/2023/01/24/dua-kanak-kanak-ditemui-mati-lemas-di-anak-sungai-tepi-jalan-beringis-kawang/#respond Tue, 24 Jan 2023 13:08:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28408
Read Time:1 Minute, 24 Second

PAPAR: Dua beradik kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas semasa mandi di anak sungai di tepi jalan Beringis-kawang selepas mengikuti ibu dan nenek mereka mencari lokan di sungai tersebut dalam satu kejadian pada Sabtu lalu. (21 Jan)

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihak polis telah menerima maklumat daripada orang awam melalui telefon pada 21 Jan 2023, jam 3.02 petang mengatakan terdapat dua orang kanak-kanak lemas di anak sungai Jalan Beringis -Kawang Papar .

“Kedua-dua mangsa berumur 12 dan 13 tahun itu dikatakan telah dihantar ke Hospital Papar oleh orang awam. Namun kedua-dua mangsa dikatakan telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut siasatan awal, Kamaruddin berkata, kedua-dua mangsa telah mengikuti ibu dan neneknya untuk mencari lokan di tepi jalan Beringis -Kawang iaitu tempat kejadian.

“Kedua – dua mereka kemudiannya telah mandi di satu anak sungai yang ada di kawasan tersebut. Sementara itu ibu serta nenek mereka mencari lokan di kawasan berhampiran.

“Mangsa disedari lemas oleh ibu dan neneknya di anak sungai tadi. Melihat kejadian itu ibu mangsa telah meminta bantuan orang awam yang lalu di kawasan tersebut sementara nenek mangsa balik ke kediamannya di Kg. Kawang dan memaklumkan kejadian itu bagi meminta bantuan.

“Dengan bantuan penduduk kampung kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan dari anak sungai tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Keduanya terus dikejarkan ke Hospital namun telah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

“Kedua-dua mangsa merupakan pelajar sekolah di SK Kawang Papar dan merupakan murid tahun 5 dan tahun 6 di sekolah tersebut.

“Setakat ini tidak terdapat sebarang unsur-unsur jenayah ke atas kematian kedua-dua mangsa, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/24/dua-kanak-kanak-ditemui-mati-lemas-di-anak-sungai-tepi-jalan-beringis-kawang/feed/ 0 28408